Ustazah Ini Kongsi 6 Sikap Kita Buat Tanpa Sedar Ketika Buat Posting Di Media Sosial. Deep!

Share

Manusia tanpa sedar membina dirinya mempunyai karektor seperti pemalu, berani, diktator, bongkak dan sebagainya. Keadaan ini dipengaruhi dengan persekitaran serta cara didikan ibu bapa ketika kecil.

Karektor inilah akan membentuk sikap dalam diri. Malah melalui posting juga melambangkan personalitinya. Begitulah juga dengan perkongsian oleh pendakwah terkenal ini Ustazah Asma Harun yang menyentuh mengenai beberapa sikap individu ketika posting di media sosial. Apa pun beliau membuat penegasan bahawa ‘sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah’.

Deep!

Ikuti perkongsian.

 

Ada orang susah payah campur berdebar update status, tapi hanya dapat 2,3 like. Allah nak jaga hati dia, supaya kejar like Allah. Dia terus update, dia tak kisah dah walau kawan pun tak support .

Ada orang suka tinggalkan comment panjang di update status orang, kemudian ramai pula baca dan tersentuh. Baru dia faham, disitulah tempat dia berkongsi, bukan di status sendiri.
Teruskanlah, pasti ada yang membacanya.

Ada orang dia tak pandai nak comment panjang, cuma tulis “terima kasih..” atau “Aamiin” atau “Moga Cepat sihat” atau cuma tinggalkan emoji 😭😁😢😊☺️🤭 dll. Dia kumpul pahala doa, tenangkan dan bahagiakan orang lain, lalu dia turut rasa bahagia.

Ada orang jarinya laju je scroll sampai tak sempat nak like, tapi dia gigih baca semua comment², kejap senyum kejap berkerut sorang2. Begitulah dia, lalu dia scroll pula fb comment yang dia suka atau dia tak suka. Boleh, namun pastikanlah yang bermanfaat.

Ada orang dia boleh nangis baca sesuatu berita atau cerita yang menyedihkan di FB, hatinya juga selalu tersentuh dengan kata motivasi, nasihat dan teguran, emojinya selalu 😭 nampak sebak. Namun tak lama selepas itu, dia tarik selimut atau layan tv. Dia mudah tersentuh dan menangis tapi susah berubah.

Ada orang status dia ramai yang like, comment dan share. Lalu dia rasa riyak, takabbur, Ujub, dan Sum’ah. Dialah yang paling rugi di antara semua di atas, nauzubillah. Namun dia juga boleh jadi yang paling beruntung, jika ikhlas.

Namun, siapakah yang lebih beruntung ?

Mereka yang baca, tulis, lihat dan dengar sesuatu ilmu, lalu mereka BERAMAL DAN BERUBAH.

Dimanapun kedudukan kita di atas, sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah.