Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat, yakin, dan bersedia menghadapi hari persekolahan.
Dalam perkongsian ini ustazah Aminah Mat Yusoff , kita akan melihat empat perkara penting yang boleh dijadikan bekal utama buat anak-anak kata-kata semangat, pesanan azimat, doa ibu bapa, dan penyerahan sepenuh kepercayaan kepada guru. Dengan amalan ini, bukan sahaja anak-anak lebih berdisiplin dan bermotivasi, malah hubungan ibu bapa, guru, dan anak akan menjadi lebih erat serta diberkati.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff