Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Kerjaya & Keluarga Sama-sama Hebat. Jadikan Inspirasi Buat Semua!

Share

Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini, orangnya cantik, terpuji akhlak dan lemah lembut bicaranya. Beliau sewajarnya layak dijadikan inspirasi buat kita wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Bukan sahaja semata-mata menjadikan contoh dalam membentuk peribadi diri, tetapi juga melihat usaha dan semangatnya dalam menuntut ilmu.

Jujur kita boleh katakan, memegang status seorang ibu dan dalam masa yang sama aktif  sebagai pendakwah, pensyarah, penulis buku, panel di radio IKIM FM dan banyak lagi jawatan yang disandang, bukan calang-calang pengorbanan telah dilakukannya hingga berjaya pula menyambung pelajaran ke peringkah PhD.

Kegigihan dan kesanggupan beliau untuk bekerja keras menuntut ilmu, cukup luar biasa. Akhirnya, detik manis itu, terakam indah pada Oktober 2018 yang lalu.

Lantas, pasti ramai ibu-ibu terinspirasi dengan kejayaan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini dan begitu jugalah apa yang dirasai oleh Puan Nurul Husna Kamarudin Berkongsi rasa keterujaan di akaun fbnya dan  turut memohon didoakan berjaya juga menjadi another “beauty with brain” seperti  Ustazah Datuk Norhafizah Musa ini.

 

Saat bahagia turut dikongsi bersama adik beradik

Apa yang pasti, beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya dan pengajian, malah cukup beruntung dikurniakan keluarga yang cukup bahagia. Hidup bersama suami tercinta Dr. Azahar Yaakub dengan dikurniakan tujuan orang anak sebagai pelengkap keluarga bahagia.

sumber : Instagram ustazahnorhafizahmusa