Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.

Jadilah wanita hebat seperti Ustazah Asma Harun.

Walau di kecam tidak pula memburukan orang lain. Tidak pernah melontar kata-kata buruk untuk raih perhatian.

Tidak menyalahkan sesiapa apabila dirinya dikecam. Bagaikan lilin yang membakar diri, tetap mendoakan yang terbaik.

Lontaran kata-kata penuh inspirasi, figura berwajah redup ini  pernah berhasrat untuk bersara dari dunia dakwah namun tetap tabah untuk menyampaikan ilmu dan hal kebaikan berpandukan Al-Qur’an dan hadis.

Bersuara lembut tetapi tegas apabila berbicara membuatkan anak kelahiran Terengganu dikagumi ramai. Lebih istimewa rupanya ibu kepada tujuh orang anak ini adalah keturunan daripada susur galur golongan pendakwah di Negeri Terangganu Darul Naim.

Seterusnya menerusi perkongsian video KELUARGA INSPIRASI Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, mendedahkan dirinya acap kali menerima kecaman sehingga diberi beberapa gelaran yang kurang sedap didengar dengan kata-kata kesat dan sindiran.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.

Hati wanita ini kental dengan cabaran yang datang, dia bersedia untuk menghadapi untuk kecaman apabila mengupas sesuatu yang tular atau pihak-pihak tertentu.

“Berpegang kepada kata-kata  Iman Shafie, bahawa jadilah kamu seperti kayu gaharu, apabila dibakar akan lebih mewangi.

“Saya anggap hinaan dan kecaman itu ibarat mereka sedang membakar.

“Maknannya saya harus membalas dengan cara baik ,memberi reaksi dan kebaikkan. kadang Saya harus akui ada kesilapan dalam menegur ketika menyampaikan. Dan mungkin kaedah penyampain itu tidak sampai, jadi salah faham.

“Oleh sebab itu saya kena kawal kecaman dan hinaan itu. Kadang ia betul. Saya kena muhasabah diri. Jika ia tidak benar, kita minta ampun pada Allah semoga orang yang membuat kecaman itu diampun kan Allah.

Ads

“Begitulah cara saya bertahan dalam dunia dakwah yang tidak menjanjikan pujian tetapi lebih banyak cacian dan kejian.”

VIDEO KELUARGA INSPIRASI: USTAZAH ASMA’ HARUN

GELARAN DALAM BENTUK KECAMAN SEPANJANG BERDAKWAH

Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.

Hati mana yang tidak sebak apabila pelbagai gelaran diberi, namun begitulah pentas dunia. Kebaikkan dibalas dengan kata-kata kejian.

“Saya pernah digelar ‘penjual agama’, penunggang agama, sukakan kemasyuran. suka tunggang isu viral supaya kekal diperkatakan, wanita punca kepada fitnah.”

Jauh di sudut hatinya sedih apabila digelar sebegini, namun kadang kataanya lebih ralat apabila kecaman yang datang adalah daripada individu ilmuan.

 

Ads

RASA NAK BERSARA TAPI BANGKIT SEMULA

“Tipu jika kecaman itu datang dalam bentuk video dan kata-kata saya tak koyak., saya tak down, Saya manusia biasa dan perempuan. Tentu saya ‘down’. Memang fikir dan terasa hati.

“Tapi saya cepat bangkit. 10 kali jatuh, 11 kali bangkit. 10 duduk dan tanpa henti bangun kembali. Sampai saya kata cukuplah saya nak fokus kepada anak-anak pula.”

“Kadang rasa nak fokus kepada keluarga, semua Allah dah bagi cukup. Tapi setiap kali saya berniat begitu, setiap kali itu Allah akan tunjukkan keputusan itu salah. Allah beri ujian.”

“Motivasi diri buat saya apabila diperlaku begitu adalah dengan berkata bahawa,

‘saya layak di hina dan dikecam. Bahkan kalau manusia hakikat aib saya, hakikat diri saya dan keburukan saya. Saya lebih layak dikecam lebih daripada itu’.”

Nyata dunia dakwah bukan sesuatu yang mudah. Bukan calang-calang mampu bertahan dengan kata-kata kesat dan sindiran.

Namun Ustazah Asma Harun tekad untuk istiqomah  untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.

Ads

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI