Ustazah Asma’ Harun Amalkan Doa Ini Untuk Hati Lebih Tenang. Jadikan Panduan Untuk Keluarga Lebih Bahagia.

Share

Saban hari hidup kita sibuk dengan hal dunia, hingga alpa dengan dunia akhirat. Hati pula rasa resah dan tidak tenang. Segala perbuatan jadi tidak tenang.

Segala ujian kesusahan jadi begitu sukar. Hidup mula rasa sia-sia dan tertekan. Mulai rasa punya keluarga ada tanggungjawab yang berat dan sukar. Hati mula merunggut.

Namun semua itu, boleh diatasi dengan tenang jika jiwa kita tenang.

Sebagaimana perkongsian seorang wanita tentang amalan doa yang diamalkan oleh pendakwah terkenal Usatazah Asma Harun.

Ikuti perkongsian ini.

Amalkan Surah Ghafir ayat 44

Doa yang Ustazah Asma’ Harun amalkan ketika menghadapi ujian saat bersalin anak ketujuh. Beliau diuji dengan rahim bocor dan uri terkeluar. Diberitahu oleh doktor bahawa rahimnya kemungkinan besar akan dibuang.

Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Urusan pembedahan dipermudahkan. Ibu dan anak selamat dan rahimnya juga selamat.

Subhanallah.

Disaat tiada siapapun dapat memahami kerisauan beliau, beliau ditenangkan dengan ayat ini. Diulang-ulang ayat ini.

Beliau serahkan segala-galanya kepada Allah. Dan menyakini bahawa Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. Allah mengetahui apa yang beliau rasakan.

Surah Ghafir ayat 44 yang bermaksud :

“AKU MENYERAHKAN URUSANKU KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT KEPADA HAMBA-HAMBANYA “

Disaat kita diuji, Kita sangat mengharapkan orang lain memahami kita. Kita sangat sedih bila suami atau isteri tak faham apa yang kita rasakan. Tatkala kita diuji, kita selalu kata, orang lain tidak akan faham kita, orang lain tak rasa apa yang kita rasakan.

Moga ayat ini dapat menenangkan kita. Ya, memang ayat ini akan tenangkan kita. Itu memang janji Allah.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Kita redha, pasrah…kita serahkan sahaja pada Allah. Yakinlah bahawa Allah sedang melihat kita. Allah tahu apa yang kita rasakan. Allah tahu kita sedang sedih.

Dan yang paling penting..

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BAGI KITA

Apa sahaja yang yang berlaku semua dalam aturan Allah. Yakinlah. Allah sedang aturkan sesuatu yang terbaik buat kita.

Peringatan buat diri sendiri. Moga diri ini sabar tatkala diuji. Moga diri ini syukur tatkala diberi nikmat. Moga ayat ini menjadi kekuatan dan ketenangan apabila diri ini diuji.

Kerana ujian dan nikmat pasti silih berganti. Kerana dunia ini memang Allah ciptakan untuk itu. Terima kasih Ustazah Asma’ Harun..Moga Allah memberkati hidupmu.

Kredit: Ummi Ana via Awanis Arifen