Saban hari hidup kita sibuk dengan hal dunia, hingga alpa dengan dunia akhirat. Hati pula rasa resah dan tidak tenang. Segala perbuatan jadi tidak tenang.
Segala ujian kesusahan jadi begitu sukar. Hidup mula rasa sia-sia dan tertekan. Mulai rasa punya keluarga ada tanggungjawab yang berat dan sukar. Hati mula merunggut.
Namun semua itu, boleh diatasi dengan tenang jika jiwa kita tenang.
Sebagaimana perkongsian seorang wanita tentang amalan doa yang diamalkan oleh pendakwah terkenal Usatazah Asma Harun.
Ikuti perkongsian ini.
Amalkan Surah Ghafir ayat 44
Doa yang Ustazah Asma’ Harun amalkan ketika menghadapi ujian saat bersalin anak ketujuh. Beliau diuji dengan rahim bocor dan uri terkeluar. Diberitahu oleh doktor bahawa rahimnya kemungkinan besar akan dibuang.
Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Urusan pembedahan dipermudahkan. Ibu dan anak selamat dan rahimnya juga selamat.
Ads
Subhanallah.
Disaat tiada siapapun dapat memahami kerisauan beliau, beliau ditenangkan dengan ayat ini. Diulang-ulang ayat ini.
Beliau serahkan segala-galanya kepada Allah. Dan menyakini bahawa Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. Allah mengetahui apa yang beliau rasakan.
Surah Ghafir ayat 44 yang bermaksud :
Ads
“AKU MENYERAHKAN URUSANKU KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT KEPADA HAMBA-HAMBANYA “
Disaat kita diuji, Kita sangat mengharapkan orang lain memahami kita. Kita sangat sedih bila suami atau isteri tak faham apa yang kita rasakan. Tatkala kita diuji, kita selalu kata, orang lain tidak akan faham kita, orang lain tak rasa apa yang kita rasakan.
Moga ayat ini dapat menenangkan kita. Ya, memang ayat ini akan tenangkan kita. Itu memang janji Allah.
“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
Kita redha, pasrah…kita serahkan sahaja pada Allah. Yakinlah bahawa Allah sedang melihat kita. Allah tahu apa yang kita rasakan. Allah tahu kita sedang sedih.
Ads
Dan yang paling penting..
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BAGI KITA
Apa sahaja yang yang berlaku semua dalam aturan Allah. Yakinlah. Allah sedang aturkan sesuatu yang terbaik buat kita.
Peringatan buat diri sendiri. Moga diri ini sabar tatkala diuji. Moga diri ini syukur tatkala diberi nikmat. Moga ayat ini menjadi kekuatan dan ketenangan apabila diri ini diuji.
Kerana ujian dan nikmat pasti silih berganti. Kerana dunia ini memang Allah ciptakan untuk itu. Terima kasih Ustazah Asma’ Harun..Moga Allah memberkati hidupmu.
Cikgu bukan Islam ajar tulisan Jawi buat ramai warga maya kagum. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Cikgu Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Buat Ramai Warga Maya Kagum
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.
Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.
Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridaltema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.
“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.
” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.
Eira Zain yang memakai baju dari rekaan suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.
“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.
“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.
“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.
Sumber: Eira Zain Bridal (FB)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak-mak memang suka memasak kan, tetapi hati-hati jika kuali calar dan berkarat termasuk kuali jenis non stick (tak melekat). Tak nafikan kuali jenis ini agak mahal dipasaran, namun penggunaan yang lama akan menyebabkan lapisannya tercalar. Keadaan ini amat bahaya dari sudut kesihatan. Makanan yang enak dan berkhasiat jadi tak selamat untuk keluarga. Perkongsian Hadihaizil Din moga jadi panduan bersama.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur.
Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
Petua penjagaan kuali non stick
1. Elakkan memanaskan kuali non stick tanpa bahan masakan diatas api. Cara ini akan memusnahkan lapisan non stick kuali tersebut.
2. Jika kuali basah, jangan keringkan kuali ini diatas api. Sebaikknya gunakan tisu dapur atau kain kering untuk lapkannya.
3. Pastikan mengunakan senduk jenis non-stick atau kayu untuk mengacau masakan pada kuali non-stick. Jangan guna jenis senduk besi yang boleh menyebabkan permukaan kuali tercalar.
4. Jangan terus membasuh kuali non-stick sebaik sahaja selepas anda siap memasak. Cara ini boleh menghilangkan lapisan non – stick kuali tersebut. Apabila kuali dah sejuk barulah anda basuh.
5. Jangan guna penyental (besi berbulu) untuk membasuh kuali non-stick. Hanya gunakan span lembut.
6. Digalakkan mengunakan api yang sederhana kuali jenis ini mudah panas sekali gus menjimatkan masa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.