Ustaz ini pernah tular gara-gara mengenakan kostum Spider-Man ketika menyambut para pelajar kembali ke sekolah.
Bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit di kawasan pedalaman Sarawak, pemilik nama sebenarnya Ustaz Muhamad Tarmizi Awang @ Yacoob, 35 sekali lagi meraih perhatian apabila mendekorasi kediaman yang asalnya tampak usang kepada ruang yang lebih selesa dan cantik.
Kalau pergi sibu penuh barang bawa masuk sek, maklum la nie je kenderaan yang ada😂.. Nk kena naik feri lagi… Motor je la yg sesuai
Lebih menarik lagi, Ustaz Spider-Man menjadikan ruang kosong di bahagian bawah kolong dijadikan rumah arnab yang cukup comel selain tanaman kubis yang subur dan mengindahkan lagi kawasan kediaman tersebut.
Bawah rumah nie macam-macam ada, binatang berbisa… Dari bersepah macm nie maka wujud la idea nk buat tempat arnabSeronk arab main kejar bawah nie…Nampak suram je sini,maka kita buat la kebun miniMaka terhasil lah kebun mini.. Tapi penat juga la nk kena siram pagi petang
Part 1.
kite buat dia👌
Dari kuaters usang ke yg lebih selesa. 😂
Welcome to Borneo buat Guru Baru🥰
Ads
Walaupun sek pedalaman, sempat la pikul econ bawa masuk sini😊….Maklumla sek dalam pulauBila hujan air membasahi dinding nie
Inilah tempat tinggal saya mula mula masuk sekolah dahulu.. (barulah merasa sek pedalaman) 😊… Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik…
Saya mengajar di sek pedalaman Sarawak, dan masih menikmati pengalaman hebat ini,”ujar ustaz Spider-Man lagi.
Mula2 posting haritu. Masuk bilik, ini je yg ada.. Duduk la macm nie berbulan2😊 tikut lalu atas muka tu biasa😂Nah, selepas di kemas2, beli shoope ja.. X dapat nk pos kat sek… Pos laju x sampai, Maklumla sekolah pedalaman 😂.. Pos sampai pekan.. Hari minggu keluar ambik penuh motor 🤣 Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampk la sentimental value sikit
Perkongsian saya buat guru baru,
☑️ Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya…. Terapi diri katakan😂
Ads
☑️ jadilah guru yang kreatif walau dimana kita berada😊
☑️. Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu. Sebab akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin kita pulang tempat asal Nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula khidmat.
Balik sek, petang2 boleh tangkap udang 😊
☑️.Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu, kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun, dialah Spiderman 😂dialah segalanya..
☑️. Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain
Kisah seorang lelaki yang berkongsi video telah tular dikatakan sangat rajin membuat tabungan duit syiling. Bukan calang-calang tabung yang digunakan, ianya sebesar tong dengan ketinggian menghampiri paras pinggang orang dewasa.
Berdasarkan perkongsian video tersebut dikatakan lelaki itu telah menyimpan duit syiling selama 5 tahun. Untuk mengira kesemua wang yang ada, jumlahnya terlalu banyak hingga perlu mendapat bantuan ahli keluarga yang lain.
Dimuat naik dari akaun tik tok @kucingdalamakarung, pemilik ini berkongsi video yang menunjukkan dirinya dan seisi keluarganya membuka tong berisi wang syiling yang disimpan lima tahun oleh ayah mereka.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabyng ayah kami, dari tahun 2015. Bermula dari Maghrib hingga pukul 9 baru selesai.”
‘Setelah mengira semuanya, ternyata jumlah simpanan duit syiling sangat mengagumkan. Jumlahnya mencapai Rp20 juta (RM5,779).
Melihat perkongsian video ini, warganet terinspirasi dan turut ada yang berazam untuk membuat tabungan duit syiling. Antara komen-komen tersebut adalah seperti;
“Idea bagus menabung duit syiling”
“20 juta tu, okey mulai sekarang saya akan kumpul wang syiling di rumah saya dan tidak akan membuangnya”
Kacang Botor atau juga dikenali sebagai Kacang Kelisa antara ulaman yang menjadi kegemaran ramai. Selain mudah dijaga, ia juga cepat mengeluarkan hasil.
Kacang botor matang apabila lenggainya berwarna hijau, berukuran 15-30 cm panjang dan 3 cm lebar. Biasanya buahnya dimakan apabila ianya masih muda, lenggai yang terlalu matang dan keras tidak sesuai lagi untuk dimakan.
Kacang botor tumbuh menjalar, memanjat dan melilit maka penanaman secara komersial perlu menggunakan trellis bagi menggalakkan penghasilan yang tinggi.
Kacang botor sesuai ditanam disemua jenis tanah asalkan sistem pengairannya baik. Ditanam menggunakan biji benih namun biji benih haruslah direndam semalaman sebelum disemai kerana bijinya susah bercambah.
Walaupun pokok kacang botor sangat mudah untuk ditanam, ramai alami masalah pokoknya tak berbuah langsung. Hanya mabuk daun. Rupanya, selain membaja ada perkara lain yang perlu anda lakukan kalau nak hasil tuaian yang banyak. Jom baca perkongsian puan Hashimah Mohamad Shariff untuk mengatasi masalah tersebut.
bunga kacang botor x putus brbunga
Alhamdulillah hasil kutipan hari ini …berbagi rezeki dengan jiran..ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun …petua dia senang je …buang daun dan tunas2 dipangkal pokok…letak baja organik ..hasilnya dengan izin Allah ..
Batang pokok kacang botor…dibuang pucuk dan tunas dipangkal pokok.Pokok yang tak putus berbuah.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...