Ustaz Pesan Buat Ini Untuk Pasangan Jika Nak Rezeki Melimpah Ruah.

Share

Rezeki yang melimpah ruah idaman semua orang. Kita tentunya inginkan ia berlaku dalam kehidupan keluarga kita.

Namun nak menjemput rezeki ni ada caranya.  Ikuti bagaimana suami nak murah rezeki.

Ikuti perkongsian ini.

Semasa dengar kuliah Maghrib beberapa hari lepas, Ustaz tersebut berpesan kepada kami semua,

Wahai suami-suami, kalau nak murah rezeki, buat ini:

1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, hidang dah atas meja, kemudian beliau menjemput kita makan, kita pula sibuk dengan
telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan ia sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.

2. Jika pulang sahaja ke rumah, tiba-tiba anak-anak menerpa, cakap ayah nak itu ayah nak ini, pergi duduk. Cakap seorang demi seorang,
cium dahi mereka walau kita tak mampu nak lunaskan setiap satunya, tak boleh marah, tak boleh herdik.
Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa..

3. Bangun pagi, jika tidak kejutkan pasangan, kita sahaja yang bersiap dan biarkan isteri masih berdengkur, juga boleh mengurangkan
rezeki rumah tangga. Mulalah sana tak cukup, sini rasa nak marah dan sebagainya.
Waktu pagi adalah masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur kerana masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah
perbuatan baik menjemput rezeki masuk.

4. Banyak-banyak bergurau dari marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua. Banyak jenaka atau banyak sedih. Jika banyaknya
ketawa, senyum dah gembira, itu tanda rezeki mahu masuk ke dalam rumah kita.

Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki.
Begitulah.
5. Usaha untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita masih kecil. Mula dengan RM10, RM50, letak dalam purse mereka. Biarkan ia berputik seperti cinta yang dulunya kecil hari ini sudah beranak.

6. Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.

Semoga bermanfaat kawan-kawan.

Lagi petua nak dilimpahkan rezeki, jika suami berikan HIBAH / hadiah buat isteri. Lagi berjela-jela doa isteri dan anak-anak untuk keberkatan hidup dan rezeki suami dan bapanya Tak percaya, cuba buat.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad