Ustaz Ni Kongsi Cara Terbaik Ibu ayah Boleh Amalkan Untuk Doakan Kesembuhan Anak Yang Sakit!

Share

Bila anak-anak kita diuji dengan kesakitan pastinya hati kita sebagai ibu ayah terasa begitu sedih dan tidak sanggup melihat anak-anak menanggung derita. Hinggakan terdetik di hati kalau boleh biarlah kesakitan itu kita sendiri menanggungnya.

Pun begitu, menerusi perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ada cara yang lebih baik untuk ibu ayah doakan kesejahteraan dan kesihatan anak-anak agar segera sembuh. Ini perkongsiannya;

AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK :

Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk?
Saya ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’… Ada waktu tu saya sampai berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’

Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kepada anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar dan pamantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.

Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.

Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dan lain-lain ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat dan sebagainya tetapi asasnya tetap sama :

Pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.
Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.

Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar dan dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)

Maka dalam posting ini, saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :

1. Baca Al-Fatihah
2. Baca 3 Qul
3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :
بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)

Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku dan yang aku khuatirkan.

Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah dan 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.

Sumber : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

 

ARTIKEL MENARIK:Usia Muda Dah Kumpul Harta, Gadis Ni Kongsi Cara Dia Menyimpan Duit & Buat Ramai Terinspirasi!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

.