Memang benar, setiap yang bergelar suami isteri inginkan rumahtangga bahagia kekal sehingga ke akhir hayat. Namun kadang, ada pihak ketiga atau badai yang mendatang, maka timbulah krisis dalam rumahtangga.
Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, ia lumrah apabila pasangan mengalami fasa andropaus bagi lelaki dan wanita pula fasa menopaus. Namun krisis rumahtangga pada fasa ini dapat diatasi apabila kembali kepada fitrah rumah tangga supaya dapat mengawal perubahan biologi dan psikologi ke arah kebaikan. Jom kita semak perkongsian ustaz ini. Jangan lupa tag kepada pasangan anda.
PETUA CINTA UNTUK ‘ORANG LAMA’
Suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu, hormon testosteron akan berkurangan dan menyebabkan sering berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Ads
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropaus yang mengakibatkan kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah, cepat merajuk, mudah terasa tertekan dan mood yang berubah-ubah.
Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Manakala dalam hal interpersonal pula, lelaki mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya yang semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya.
Ads
Malah, lebih menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalin hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” akan berlaku curang!
Bagi kaum wanita pula mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan.
Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri.
Fokusnya lebih kepada ke“aku”annya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu, ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Ads
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam ialah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga.
Selagi berpegang kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah, lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur.
Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu…maka kembalilah ke pangkal itu.
(InsyaAllah, akan ditulis nanti tips-tips untuk kembali ke pangkal perkahwinan)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak kepada kepada jutawan kosmetik, Yusoff Al Qadrawi telah mencipta momen manis apabila Anugerah MeleTOP ERA 2019 menobatkan namanya sebagai pemenang trofi si Cilik MeleTop.
Kemenangan anaknya amat mengejutkan Aliff Syukri yang hadir bersama isterinya, Shahida ini di majlis berkenaan. Kemenangan ini sekali gus menewaskan finalis lain antaranya Lara Alana , Aqeef Anaqi, Jebat Ayden serta Syeriv Samheizy.
“Semalam saya duduk sebelah @zizanrazak869 yg dah beratus kali menang anugerah… yg kami ni baru pertama kali masih x boleh move on lagi sbb terkejut mcm mana @yusoffalqardawi_terlajaklaris”
Dengan kemenangan Yusuf Al Qadrawi, kini berusia lapan bulan telah membuatkan para peminatnya teruja dengan kemenangannya dengan mengucapkana tahniah atas kejayaannya.
Pelakon Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi baru-baru ini menimang cucu pertama mereka. Perkongsian Tersebut dibuat dengan memuatnaik gambar suaminya sedang memangku cucu mereka.
Turut dimuatnaik adalah gambar anak bongsu mereka yang diharapkan dapat menjadi kawan apabila besar kelak.
“Alhamdulillah… cucu pertama ‘ Wan dan Cik Yang’. Happy nyer Wan, ‘vs’ swipe anak bongsu Wan. Dah besar jadi kawan ye,” tulisnya.
Anak sulung pasangan ini, Nurul Hainil selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.Malah mereka juga turut dikurniakan cucu kedua 26 Oktober lalu apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.
Fauzi ketika ditemubual Harian Metro sebelum ini mengakui gembira kini sudah bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya lagi.
Lisdawati berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram baru-baru ini sekaligus menerima ucapan tahniah dari peminat dan pengikutnya.
sah.spndr Waah tahniah. Naik pangkat nenek dah. Nenek tapi muda 😆👍
alfattah729❤️❤️❤️Tahniah2👏👏👏syukur alhamdullilah kpd Allah SWT🤲🤲🤲
Bila sebut sahaja ibu mentua, ramai daripada kita yang memberikan pesepsi yang kurang senang. Walaupun hanya sekadar ibu mentua, mereka juga sebenarnya inginkan hak yang sama dengan ibu kandung. Usahlah dibezakan kerana kedua-dua mereka juga sebenarnya adalah ibu kita.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Stevens (USWP), Amerika Syarikat membuktikan bahawa memang benar kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini, iaitu ibu mentua dengan menantu wanita.
Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak. Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.
Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita. Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?
Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.
1.Keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.
2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.
3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.
4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.
5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.
6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.
Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kerajaaan Madani mengumumkan perluasan pelaksanaan ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.Bantuan ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali
gus membantu...