Jika sebelum ini solat terawih kita akan lakukan di masjid. Hanya mengikut imam setiap hari. Kini berbeza semasa dalam tempoh PKP.
Ingin tahu penjelasan lanjut mengenai ibadah terawah di rumah. Ustaz Nur Mohamad Hadi jelaskan mengenai hal ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan rahmat kepada sekalian alam. Bagi mereka yang ingin kembali kepada Allah maka pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka.
Ramai dikalangan kita yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang untuk melakukan dan merancakkan lagi pelbagai ibadah. Antara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita apabila tibanya Ramadhan ialah menunaikan Solat Terawih secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Solat Terawih ialah ibadah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam di Bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu subuh. Dinamakan Terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat.
Bagi mereka yang mendirikan Solat Terawih maka ganjaran yang cukup besar disediakan Allah seperti mana di dalam sebuah hadis sabda Rasulullah :
Ads
Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR Muslim 759]
Menjadi persoalan yang amat penting ialah bagaimana cara untuk melakukannya dan apakah hukum meninggalkan bacaan zikir selepas dua rakaat atau empat rakaat solat terawih jika kita tidak mengetahuinya.
Maka disini DR HD akan menjelaskan secara mudah mengenai Solat Terawih yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dirumah.
PERTAMA : Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan Solat Terawih. Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.
KEDUA : Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.
Ads
KETIGA : Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.
KEEMPAT : Solat terawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah : Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat.[HR Bukhari 936]
KELIMA : Niat bagi solat Sunat Terawih dihati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.
KEENAM : Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.
Ads
KETUJUH : Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat Solat Terawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukan lah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ianya tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.
KELAPAN : Selepas selesai mengerjakan Solat Sunah Terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan Solat Sunat Witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat Solat Witir dihati ialah : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.
Dengan penjelasan di atas seharusnya tidak ada lagi alasan yang boleh kita berikan untuk tidak mengerjakan Solat Sunat Terawih di rumah. Beruntunglah bagi mereka yang mencari redha Allah di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan Ramadhan merupakan bulan kita melipat gandakan amalan kebajikan kita serta melatih diri untuk sentiasa mentaati perintah Allah.
Jika diluar Ramadhan kita selalu menyalahkan syaitan dek kerana sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan tetapi di Bulan Ramadhan ini Allah merantai syaitan-syaitan seperti mana sabda Rasulullah : Apabila datang Bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan diikat syaitan-syaitan. [HR Muslim 1793]
Jadi jika di Bulan Ramadhan rutin maksiat kita masih berjalan seperti biasa dan masih lagi jauh dari Allah maka persoalan yang patut dikemuka dan difikirkan ialah : Siapa syaitan yang sebenarnya?.
Sumber: Nur Mohammad Hadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi seorang isteri, kehilangan suami yang menjadi tempat berkongsi kasih dan bergantung harap pastinya bukan mudah untuk dilalui. Hanya yang mengalaminya sahaja yang dapat merasai betapa sedih, pilu, sebak malah pelbagai rasa tersimpan di hati bila diuji dengan sebuah kehilangan.
Pun begitu meskipun jasad terpisah, kenangan dan memori indah bersama pasangan akan kekal terpahat di ingatan dan menjadi sumber kekuatan untuk membesarkan anak-anak.
Begitulah yang cuba dikongsikan oleh isteri kepada arwah Lt Kol (PA) Ag Askandar bin Ampuan Yaacub yang telah meninggal dunia semasa menjalani Misi Pendakian Gunung Everest.
Luahan hati itu diterjemahkan di dalam coretan yang cukup menyentuh hati, dikongsikan dan membuatkan warganet turut tersentuh hati membacanya.
Ini Antara coretan yang dikongsikan oleh Fiza Hamid.
Coretan Fiza Buat Arwah Suami :
I’m really proud of you sawoku ..
Saya tau abang sudah cuba yg terbaik ,
saya tau abang mau pulang ke pangkuan kami dalam keadaan bernyawa .. hari² abang cuba contact kami ,tak pernah miss ucap i love you & miss you setiap kali vc .. Setiap masa mau tengok anak² ..
sesungguhnya terasa sangat sakit utk terima abang sudah tiada ..
Tapi Allah lebih sayang abang ..
by tau , by perlu redha ..
Alhamdulillah terima kasih sudah jadi suami yang sangat hebat selama 13tahun ..
Inshaallah by akan terus kuat untuk 6 orang anak kita .. Abang suami yg sangat baik ( caring, loving ) selalu dahulukan pendapat isteri .. selalu cuba tunaikan semua permintaan isteri dan anak² .. walaupun sibuk bekerja , tidak pernah sehari pun abang abaikan kami .. kalau outstation selalu bawa by dan anak² .. sibuk bekerja tapi abang akan selalu curi masa untuk bersama kami ..
Abang memang seorang bapa yg sangat² sayangkan semua anak , selalu pesan dgn anak² ” help mama , listen to mama “.. setiap petang lepas balik dari kerja mesti dia wajibkan anak² keluar bermain di luar rumah .. arwah tak mau anak² stress terkurung di rumah , tiada aktiviti fizikal ..
Abang selalu berterima kasih sebab by sudi jadi surirumah jaga anak² , sentiasa buat saya rasa dihargai .. Bila ada sesiapa tanya “wife kerja mana ” abang selalu jawab dengan bangga:
” wife kerja housewife , tapi kerja housewife sangat susah , dialah yg boleh atur anak2 & rumah , jadi PA saya .. kerjaya yg sangat hebat “
terima kasih sawoku .. you treated me like a queen .. Ramai yg sayang abang .. Ramai yang mau hulurkan sumbangan & bantuan .. Saya sangat² bangga jadi isteri abang ..
Baru-baru ini di akaun TikTok rasmi Skop Productions ada dimuat naik rakaman video di sekitar rumah banglo 6 tingkat milik Datuk Yusof Haslam. Dikatakan video tersebut dibuat bagi memenuhi pemintaan pelajar intern yang begitu teringin untuk melihat kawasan persekitaran yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Sembilu Kasih.
‘Lawatan’ dimulakan di ruangan gelanggang badminton dengan Datuk Yusof Haslam berkongsi kenangan di mana lokasi tersebut sering menjadi tempat bermain buatnya bersama Syamsul.
Dapat dilihat betapa Datuk Yusof Haslam seorang insan yang meskipun dari luarannya nampak serius namun rupa-rupanya sangat baik orangnya dan begitu ramah ketika melayan karenah pelajar intern dengan lawak-lawak spontan yang mencuit hati.
Apa yang lebih mengujakan lagi, siapa sangka di kawasan rumah mewah tersebut Datuk Yusof Haslam turut ada menternak ayam, itik, kambing dan beberapa haiwan lain.
Meninjau di ruangan komen, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Bukan sahaja seakan tidak percaya Datuk Yusof Haslam ada menternak ayam itik di kediamanan mewahnya.
Pelakon Fatin Afeefa kini tampil berkongsi wajah anak pertamanya bersama suami, pempengaruh Aliff Awang yang rupanya sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami.
Ia disahkan oleh Alif yang mesra disapa Opai dalam Instagram miliknya yang kelihatan bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.
Entri terbaru pelakon berbakat ini dalam satu majlis aqiqah yang diadakan membuatkan ramai yang teruja.
Mana tidaknya, majlis aqiqah yang dihias indah dan cantik bertemakan warna biru itu bagi meraikan kesayangan mereka, Muhammad Jibril yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.
“Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.
“Ke arah kehidupan yang baharu,” katanya.
Melalui satu perkongsian video, Fatin yang turut berada di sisi suami turut memangku buah hati tersayangnya.
“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.
“Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.
“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu,” katanya.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang berbadan dua selain terkejut apabila timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.
Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.