Setiap ibu bapa pastinya inginkan zuriatnya menjadi seorang anak yang beriman dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Tidak dinafikan menggalas peranan sebagai ibu bapa adalah tugas yang berat dan mencabar. Ini kerana, sikap anak itu mencerminkan didikan ibu bapanya.

Bagi ibu bapa yang ingin mendidiknya menghafaz Al-Quran boleh cuba cara ustaz Khairul Anuar Basri yang dikongsikan oleh Taufiq Razif di laman facebooknya.

Begini Cara Didik Anak Hafaz Al-Quran. Ikuti Panduan Ustaz Ini.

Ni ilmu yang Ustaz Khairul Anuar Basri kongsi pada saya tentang cara nak didik anak kecil hafaz Al Quran

9 tips mudah dan hebat, macamana kita boleh didik anak-anak kecil menghafaz Al-Quran.

Ads

Begini Cara Didik Anak Hafaz Al-Quran. Ikuti Panduan Ustaz Ini.

1. Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid. Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.

2. Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafaz menggunakan teknik yang pelbagai. Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.

Ads

3.Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari. Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.

4. Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.

5. Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat. Ujian ini boleh diselangseli juga ketika perlu.

Ads

6. Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila mana menaiki kereta. Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.

7. Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz. Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.

8. Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah) yang sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.

9.Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan. Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.

p/s : Hebat Ustaz Khairul Anuar Basri ni. Saya ingat ke biasa biasa je. Rupanya dia antara orang pertama di Malaysia ni yang rakam bacaan 30 Juzuk Al Quran dalam bentuk CD dan diedarkan oleh Inteam Records. Subhanallah! Cepat follow ustaz ni laju laju

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI