
Sebagai pelajar, mesti ada ketikanya kita buntu apabila setiap nota yang dibaca sukar untuk difahami.
Ustaz Don Daniyal ada memberikan beberapa petua yang harus diamalkan oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini.
Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Sinar Bestari, paling utama yang harus diutamakan adalah menjaga makan dan juga minum.
‘Jangan hentam semua benda. ‘
Yang kedua adalah, menjaga hubungan baik dengan Allah dan mak ayah.
‘Seorang penuntut ilmu tidak akan mendapat ilmu yang sebenar kalau dia jaga hubungan dengan Allah semata tapi tak jaga hubungan dengan mak bapak atau jaga hubungan dengan mak bapak tapi tak jaga hubungan dengan Allah.’ – kata Ustaz Don dalam video tersebut.
Untuk senang nak ‘absorb’ ilmu, kena tenangkan hati dan lapangkan dada selain mengamalkan 2 perkara iaitu;
1. Husnuzon (sangka baik) / Berlapang dada
2. Perbanyakkan selawat
‘Anak-anak pelajar sekarang kena rajin berselawat, Insya-ALLAH berjaya di dunia dan akhirat.’ – Ustaz Don.
Sumber : Youtube Sinar Bestari
Nak Jadi Menantu Kesayangan, Ini Tip Yang Perlu Anda ‘Alert’ & Ambil Tahu Bila Beraya Di Rumah Mentua.

Isi Kandungan
TogglePertama kali beraya di rumah mentua, rasa teruja dan gementar silih berganti kan. Nak nak lagi kalau keluarga pasangan ramai. Macam mana situasi nak bermesra nanti kan.
Nah, untuk menantu-menantu perempuan, ini tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.
1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.
4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.
5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.
6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.
7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.
8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.
9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?
Sumber: Siraplimau
“Best Dad Ever” Fazura Ucap Kesyukuran Fattah Amin Bergelar Daddy Fatima

Pasangan sejoli Fazura dan Fattah Amin sering mencuri perhatian peminat-peminatnya. Bersempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini, Fazura memuat naik video baharu di akaun Youtube miliknya dengan penampilan istimewa bersama suami tercinta.
Dalam video berdurasi 6 minit itu, Fazura mengajukan beberapa soalan kepada Fattah berkaitan dengan dirinya dari zaman Fattah remaja, sehingga menjadi seorang bapa.
Selain itu, Fazura turut mengajukan soalan tentang perasaan Fattah selepas menjadi seorang bapa kepada cahaya mata mereka, Fatima.
Pelakon kacak yang juga seorang bapa yang penyayang ini menceritakan perasaannya sangat teruja bila pertama kali tahu dirinya bakal bergelar bapa.
Katanya ketika itu memang tak sangka dan tak prepare pun untuk bergelar bapa tapi dia sangat seronok melalui pengalaman baru tersebut serta tak sabar menanti kelahiran Fatima.
Menurut Fattah lagi, pengalaman membesarkan Fatima merupakan perkara paling menyeronokkan dalam hidupnya.
“Fatima ni kadang tak macam budak umur dia. Dia seorang kanak-kanak yang matang. Contohnya kita baru ajar atau cakap sekali je dengan dia sesuatu perkara tapi dia boleh ingat atau ikut apa yang diajar,” ujar Fattah yang masih ingat perkataan pertama Fatima adalah ‘dada’.
Fatima Ikut Muka Daddy
Dalam pada itu ketika ditanya wajah Fatima lebih mirip kepada mummy atau daddy, Fattah memberitahu kalau ikut ramai orang kata Fatima muka macam daddy tapi perangai 100% macam mummy terutama bab makan.
Patutlah Fatima kelihatan manja dan rapat dengan daddy di mana-mana acara atau lokasi mereka sekeluarga berada. Memang daddy’s girl sangat. Terbukti sekali cinta pertama seorang anak perempuan pada ayahnya.
Dalam pada itu, sebagai seorang suami dan bapa, Fattah sememangnya sangat menyayangi isteri dan anaknya. Bila tengok pada foto yang dimuat naik oleh Fazura sempena Hari Bapa, Fattah telah meninggalkan komen balas meluahkan rasa cinta dan sayangnya lebih lagi kepada Fazura dan Fatima.
Mommy, Daddy loves you more and Fatima
Memang sweet habis pasangan ini.
Berusaha untuk menjadi bapa dan suami yang setia dan penyayang, Fattah sentiasa ingat pesanan ayahnya.
“Kita hidup bukan nak please orang, buat sesuatu bukan sebab orang tapi sebab Allah dan diri kita. Apa je org cakap pasal kita, kita ignore, move forward dan kuat semangat.
Masa nak kahwin, ayah pesan jangan terfikir nak buat benda tak baik contoh nak betray wife, kerana apa sahaja kita buat Allah pasti akan balas kalau tak di dunia pasti di akhirat.”
Sumber: Youtube Myfazura
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
“Jangan Bila Dah Tiada Baru Nak Terkenang, ‘Kalau Isteri Ada… Tentu Buat Ini Bila Nak Raya Macam Ni…’ Dah Terlambat!” Pesanan Buat Suami. Deep!

Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.

Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.

Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa,
“Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.