Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ terus dari program Salam Baitullah. Tindakan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, semalam tidak lagi mampu menyelamatkannya.
Baru muncul semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu.
“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.
“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X, hari ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Suhaimi berkata Don Daniyal sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan.
“Apa yang kami dah beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat. Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.
“Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.
Sebelum ini Don Daniyal mengundang kontroversi apabila dia membuat dakwaan bahawa Nabi Muhammad SAW melamar dan ditolak seorang wanita , Ummu Hani.
Kontroversi itu menyaksikan dia direhatkan seketika oleh RTM daripada terlibat dalam program Salam Baitullah.
Malam tadi dia membuat kemunculan semula, namun sekali lagi menuai kecaman apabila membuat dakwaan yang diragui mengenai kelebihan memandang ulama.
Dakwaan Don Daniyal itu ditegur oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Rozaimi Ramle, dan Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Hapiz Mahaiyadin kerana bersumberkan hadis palsu.
Menurut Rozaimi, RTM khususnya Suhaimi tidak patut terburu-buru mengembalikan Don Daniyal daripada berehat.
“Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana komited bertindak sehingga keputusan merehatkan terus Don Daniyal dari program Salam Baitullah dikeluarkan.
“Ketua Pengarah Penyiaran pula jangan cepat berubah dalam membuat keputusan. Sepatutnya, dia harus menilai dulu impak Don Daniyal kepada masyarakat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Jangan Larang Aku Memilih Kamu Bersemut Ucapan Anniversary Ustaz Don Isteri!
Tengah Jawab Soalan, Tiba-Tiba Stuck Fikir Jawapan! Ustaz Don Kongsi Tip Mudah Dapat Idea
Isteri Bersabar Susun Strategi Bila Suami Ada Orang Ketiga-Ustaz Don
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my