
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menarik perhatian ramai apabila muncul di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi membeli kelengkapan persekolahan anak-anaknya.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @misszaw, dia menyapa Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Ustaz Zamrul bin Idrus di lokasi membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur, iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman atau ringkasnya disebut Jalan TAR.
Tambahnya lagi, biar pun sibuk memilih pakaian untuk anaknya, namun Ustaz kesayangan ramai itu tetap mesra melayani peminatnya.
“Terserempak ustaz UAI di Jalan TAr, KL, petang tadi. Sporting habis ustaz.
“Selalu tengok ustaz dalam video je. Sekali jumpa depan-depan. Itu yang teruja. Ustaz pun baik layan peminat dia ,” kongsinya.
Menerusi video berdurasi 53 saat, Ustaz Azhar atau UAI dilihat meninjau pakaian sukan untuk anak lelakinya, mesra melayan peminat yang menyapa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap UAI yang sentiasa rajin melayan peminat untuk mengabadikan foto Bersama.
“Ibu tu kunci syurga dunia & akhirat lelaki.” Panjat Tingkap Hospital ‘Lawat’ Ibu Dijangkiti COVID-19 , Kisah Lelaki Ni Undang Sebak!

Kasih seorang anak, enggan berjauhan dan mengambil risiko demi insan tersayang. Demikian situasi yang dialami oleh seorang pemuda apabila sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari. Menurut sumber, lelaki tersebut berbuat demikian semata-mata untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.
Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.
Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.
“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.
Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.
Gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.
Before she died from coronavirus, the young Palestinian man Jihad al-Sweti used to climb into the hospital’s window to check up on his mother. 💔 #Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/uxmBIzrX5u
— Dania 🕊🇵🇸 (@Daniasalem0) July 17, 2020
الشاب جهاد السويطي من الضفة الغربية يتسلق كل ليلة جدار المستشفى الذي تقبع به والدته للعلاج من فيروس كورونا من أجل دعمها ومواساتها.
والدته فارقت الحياة منذ قليل! pic.twitter.com/wYuHoS4Ng0— Dr. Ramy Abdu| د. رامي عبده (@RamAbdu) July 16, 2020
Sumber: Alaraby
Kluster Sekolah! Ini Senarai 79 Sekolah Di Selangor Tutup Hari Ini Dan Esok. Take Note Semua!

Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara bermula hari ini hingga esok susulan penularan jangkitan Covid-19.
Sumber daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) memaklumkan senarai sekolah ditutup 2 hari iaitu pada 26 dan 27 april 2021) akibat pengesanan jangkitan covid19 di sekolah seperti dilaporkan pada 25 april 2021
Ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.
Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Dalam pada itu, rata-rata didapati ibu bapa melahirkan rasa kerisauan peningkatan penutupan sekolah di Selangor.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Nor Diana Othman berkata, semua murid dan guru sekolah terbabit tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.
“Terdapat seorang pelajar SMK Taman Seraya telah dijangkiti wabak tersebut… Pihak KKM akan membuat penilaian dan menentukan sama ada tempoh penutupan akan dilanjutkan atau sebaliknya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 2,690 kes dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 751 kes.
Sumber: Edisi 9 & Anuar Ahmad
Tip Mak Ayah Nak Bawa Anak Tunai Umrah, Mudahkan Mak Ayah!

Berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sememangnya pengalaman yang paling dinantikan oleh semua mak ayah.
Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Banyak persiapan dan kesabaran yang perlu ada sepanjang berada di sana.
Bagi mak ayah yang bercadang untuk membawa anak untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat ini, tip dan perkongsian seorang bapa, Muaz Aziz menerusi Facebooknya ini boleh anda jadikan panduan.
Nota persediaan sebelum tunai umrah dengan anak anak.
1. Pastikan anak-anak tahu bila hari terbang ke Haramain. Buat countdown supaya anak-anak bersedia.
2. Sebelum tarikh umrah biasakan anak-anak dengan masjid, biasakan anak-anak dengan aktiviti sebelum dan selepas solat.
3. Bawa mainan kegemaran anak-anak sekali pergi umrah (saiz kecil), jangan biarkan dia mengamuk di masjid. Mengganggu jemaah lain.
4. Susun aktiviti sepanjang di Haramain, bukan hanya aktiviti dalam masjid. Susun aktiviti berkelah di luar, masuk pasar raya, beli buah tangan untuk anak-anak.
5. Bawa beg sekadarnya, jumlah beg yang kita boleh urus. Jika banyak sangat beg bimbang tak terurus tambahan bawa anak-anak.
Setiap anak berikan satu beg sandang untuk dia bawa barang kesukaannya. Abdul Bari memang ke mana sahaja di dalam beg sandang dia ada satu ketul kereta kesukaan dia. Cukuplah buat dia gembira.
6. Tukar duit Riyal secukupnya dan sediakan satu kad kecemasan untuk kegunaan di sana. Kegunaan untuk makan, basuh baju, teksi, jajan anak-anak.
7. Tetapkan mindset untuk jaga mulut dan jaga adab sebaiknya. Apa yang berlaku beritahu anak-anak semua tu asbab kita nak dapat pahala.
8. Beritahu anak-anak keistimewaan zamzam, biar sepanjang umrah anak-anak dengan air zamzam sahaja. Air zamzam banyak di Mekah dan Madinah, pastikan di dalam tong zamzam. Water dispenser itu air drinking water.
9. Datang ke masjid seawal satu jam sebelum azan, untuk sembahyang di dalam bangunan masjid. Dataran luar masjid jadikan pilihan ketiga dan keempat.
10. Sediakan small goodies (gula-gula) letak dalam beg anak-anak. Suruh dia berikan pada kanak-kanak lain di sana untuk anak-anak merasai sendiri keseronokan berkongsi dan sedekah.
11. Beritahu pada anak-anak, jangan merungut rasa makanan di sana. Cukup dengan senyap jika tidak kena dengan tekak. Nanti ayah carikan yang lain. Kalau duit tak cukup Ummi payung.
12. Ajak anak-anak solat jenazah setiap kali habis waktu solat. Ceritakan kelebihannya. Di Malaysia sangat jarang anak-anak kita nak dapat peluang solat jenazah.
13. Ambil peluang duduk niat iktikaf di masjid dengan anak-anak. Buat aktiviti di dalam masjid sama ada baca Al-Quran bersama-sama, bawa buku lukisan anak-anak atau ajak berbual tentang kebesaran Allah dan sirah rasul supaya dia tidak bosan.
Boleh juga minta anak-anak tulis (tulisan tangan) atas buku senarai doa yang dia nak doa pada Allah, ajar doa yang khusus (specific). Minta dia ulang-ulang. Macam Najihah dia minta Allah Islamkan labubu.
14. Dalam gembira kena tegas dengan anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.
15. Setiap kali sebelum tidur, ajak anak-anak berdoa bersama-sama supaya Allah mudahkan terjaga satu jam sebelum Subuh dan dapat solat berjemaah di masjid.
16. Puji tingkah laku anak-anak di sana, supaya dia lebih seronok ikut aktiviti dengan ibu ayah.
17. Libatkan anak-anak dalam program sambil sedekah dan lain-lain.
18. Tambah keterujaan anak-anak dengan ganjaran aiskrim dan manisan sesudah selesai Isyak setiap hari.