Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Namun, kebahagiaan perkahwinan itu tetap harus dijaga dengan sempurna.
Biarpun, perkahwinan itu sudah lama, pastikan ia tetap utuh sehingga ke hujung nyawa. Tetap romantis walaupun telah berusia.
Begitu lah perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin bahawa usia perkahwinan bukan halangan untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan.
SEMAI KASIH SAYANG KE HUJUNG NYAWA.
Kasih sayang dlm rumahtangga perlu dijaga walaupun dah semakin lama…
Ada pasangan, makin lama, makin bahagia…kenapa jd mcm ni? Sebab dibajai rumahtangga itu dgn perkara2 baru atau masih mengekalkan perkara2 lama tanpa ada yg tertinggal walau satupun…
IKLAN
Waktu bercinta, dia punya ambik berat, dia punya prihatin, memg tip top…Awal perkahwinan, masih sama…nak ke mana2 pun bersama2, lintas jalan pun berpimpin tangan…
BILA KASIH SAYANG DAH PUDAR
Dah masuk 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun, maka semua tu beransur2 hilang…
Ada perkara yg dah ditinggalkan, ada perkara yg dah tak diamalkan, ada perkara yg dah xbuat lagi dah…dah jarang spend masa bersama2, dah jarang bergurau senda, dah jarang ada utk pasangan…
IKLAN
Maka, kasih sayang juga semakin berkurangan…
Hambar dan pudar…
Dulu, bila pasangan makan, xpernah tak teman…skrg pasangan mkn sendirian…Dulu, bila pasangan buat keje2 rumah, xpernah tak tolong…skrg pasangan buat sorang2…Dulu, saling bercerita antara satu sama lain…skrg pasangan buka mulut nak sembang pun disuruh diam…
Perubahan seperti ini yg memudaratkan hubungan…
IKLAN
JANGAN MALU NAK ROMANTIK
Tak perlu malu utk romantik dgn pasangan, tak perlu segan utk bermesra dgn pasangan sbb sayang itu perlu ditunjuk…pimpin ja tgn dia jika nk lintas jalan, suap je dia mkn klu dia sibuk dgn anak2, cuit ja dia, melawak ja dgn pasangan walaupun didepan anak2…kekalkan cara ketika bercinta itu selepas berumahtangga…tetap call, mesej, ambik berat, prihatin dan sebagainya sama mcm dahulu…
Usia perkahwinan bukan halangan utk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan…
Kredit: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi memastikan masakan enak, sudah tentu kita akan akan membeli dan memilih barang yang segar termasuk buah-buahan, ikan serta ayam.
Bagi yang gemar makan ayam, ada caranya untuk memilih daging ayam yang segar. Ia bertujuan untuk memastikan masakan yang berasaskan ayam enak dimakan.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya. Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.
Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
Lima tips memilih ayam segar.
1. Warna ayam. Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur ayam Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar. Kak Diet Makan apa tuuu pagi ni…?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memilikulnya. Inilah dugaan hidup yang dilalui keluarga ini apabila dianugerahkan anak syurga, yang kini telah pun berusia hampir 20 tahun.
Ikuti kisah keluarga ini, semoga dapat menjadikan kita lebih sabar dan cekal dalam mendepani ujian hidup berkeluarga.
Cabarannya terasa sangat berbeza dalam kembara kami kali ini.
Dia bukanlah bayi, mahupun kanak-kanak, malah bukan lagi anak remaja. Balqis kini sudah di usia dewasa.Tubuhnya membesar selari dengan usia. Namun, kemampuannya tidak sama.
Balqis memerlukan bantuan kami sepenuhnya untuk uruskan dirinya.Kami akur, dia tidaklah membesar di hadapan kami sekelip mata. Hampir 20 tahun, memakan masa.Hampir 20 tahun Allah berikan latihan untuk kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit perubahan kami lihat dengan hati dan mata. Dari tidak sedar, menjadi pemerhati.
Dari tidak mampu duduk tegak, sudah boleh duduk bersandar.
Dari sepi tidak bersuara, sudah bising dengan bunyian dan perkataan tertentunya.
Dari dijangka terbaring sahaja, sudah ligat tangan mahu menyalam dan menegur semua yang dia jumpa.Subhanallah.
Banyak sungguh perubahannya kesan diserang sawan ketika 6 bulan usia.
Cuma, semakin dewasa semakin besar jugalah cabarannya. Tubuhnya, ragamnya dan juga mood turun naiknya.
Sepanjang kembara kami kali ini, ragamnya sangat mencabar buat kami dan juga adik-adiknya.
“I used to feel bad for Kakak, but this trip…I was like Arrrrggghhh why do you have to make it so difficult, Kakak!” Luahan hati si adiknya ini ketika sesi bulatan keluarga diadakan pada malam terakhir kami di Pulau Redang. Ia luahan ikhlas sekadar mahu lepaskan dari dada yang dipendam.
Masing-masing tunduk memandang ke pasir. Naufal tidak sedikitpun menaikkan kepalanya. Menitis-nitis airmatanya.
Nadiyah dari awal sudah tulus dengan perasaannya, tidak disimpan rasa mahupun airmata. Nafis mengesat-ngesat mata dengan bajunya, tidak mampu bersuara.
Sungguh, anak-anak terasa lelah dengan kerenah kakak mereka, kali ini. Berbeza dari kembara sebelumnya.
Serba tidak kena. Serba mendesak dan merenggek. Serba kelam kabut dibuatnya.
Urusan yang sepatutnya mudah, menjadi amat payah dan memakan masa. Tenaganya kuat sekali mengalahkan kami yang semakin tua.
Pulau yang di kelilingi pasir, perlukan tenaga untuk menarik kerusi rodanya. Tolak di atas pasir, tidak akan bergerak. Maka, terpaksa ditarik secara mengundur Balqis di atas kerusi rodanya. Lelah si tua bergerak ke sana sini.
Waktu tidurnya pula sangat mencabar dalam chalet yang kami maklum, serba sederhana. Dia terlalu biasa punya ruang tidur sendiri yang sunyi penuh privasi. Tiada gangguan buka tutup pintu dari sesiapa kerana dia punya bilik dan katil khasnya yang tersendiri. Tidurnya sangat payah sepanjang di Pulau Redang. Lalu, dikacau, dicekau, dipunggah segala isi dalam chalet kami.
Menyiapkannya juga sangat melelahkan. Perlu dikendung tubuhnya yang besar dan panjang melewati ruang pintu chalet yang rendah dan sempat.
Trip snorkling, Balqis mengamuk di hadapan semua penumpang lain. Dia mahu turun snorkling, tidak mahu ketinggalan, tidak mahu sabar menunggu giliran. Digelongsorkan tubuh badannya mengambil perhatian. Lantas terjunlah si Abi ke dalam lautan dalam membawa si anak dewasa ini hingga terlupa telefon bimbitnya di dalam poket…. menyelamlah bersama kekalutan.
Sungguh! Kalutnya hingga memerlukan tenaga dan menguji kesabaran yang luar biasa. Malangnya, kami hanya ibubapa yang biasa-biasa. Sangat lemah tenaga dan iman yang sentiasa turun naiknya.
Namun, Berhati-hatilah hati yang membaca.
Usahlah rasa ibubapa anak istimewa mengeluh bila berkongsikan hal-hal yang tidak nampak di mata biasa kita.
Usah terdetik di hati, “Mereka tidak redha dengan tentuanNya”.
Usah dijaja, “Itulah kifarah dariNya.”
Usah mendabik dada, “Lega aku tidak diuji sedemikian rupa.”
Usah penuhi hati dengan simpati semata-mata, tanamkanlah juga empati yang tinggi bila berhadapan dengan keluarga seperti kami.
Jangan sesekali ucapkan ayat klise; “Sabar lah ya”; kerana dengan bersabarlah anak ini masih sihat, selamat dan bahagia di bawah bumbung rumah mereka.
Jangan! Jangan juga sesekali katakan kami hebat. Sesungguhnya kita ada Allah, Yang Maha Hebat ….bukan kita, manusia.
Lalu, Bacalah dan dapatkan manfaat darinya. Jadikan ia ilmu bermanfaat dan diamalkannya. Agar kelak kami boleh bawa bersama persembahkan di hadapanNya. Agar bantu tutup lubang-lubang dosa dalam menjaga anak syurga amanahNya.
Inilah bantuan yang sebaik-baiknya untuk kami, dari para sahabat yang sudi membaca dan menyelami kisah-kisah kami bersama Balqis yang amat istimewa.
Pada zaman sekarang ini, harga barang makin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.
Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.
Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.
Caranya : RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10- 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov
Total : RM 4436.00
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana RM5 yang dapat.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.
Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!
Disaat kita berjimat cermat untuk menyiapkan juadah berbuka puasa, ada baiknya kita masak sendiri buat anak berbuka. Bukan hanya lebih jimat bahkan banyak kebaikannnya.