Usia Baru 9 Tahun Tapi Menderita Ketumbuhan Otak, Sawan Kronik, Sakit Saraf & Asma. Sebaknya Baca Perkongsian Lelaki Ini.

Share

Tatkala anak-anak lain seusianya bebas berlari ke sana ke mari dengan penuh keriangan, dia hanya mampu terbaring lesu tidak bermaya. Baru berumur 9 tahun, namun si kecil ini sudah diduga hebat dengan 4 jenis penyakit.

Kisah adik Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Binti Mohd Fauzi ini dikongsikan oleh saudara Najmi Farisham

di laman facebooknya baru-baru ini.

Luluh hati aku bila dengar seorang kanak-kanak perempuan, Nour Rabiatul Adawiyyah Iman binti Mohamad Fauzi, berusia 9 tahun sedang bertarung 4 jenis penyakit. 

Adik ini menderita ketumbuhan otak, sawan kronik, sakit saraf dan asma. Sehingga ke hari ini sudah lebih seminggu kena tahan dalam wad di Hospital Taiping. Aku duk mesej dengan maknya, hari ini baru sedar setelah 7 hari tak sedarkan diri, itupun masih lemah.

Ayahnya cuma kerja kampung. Maknya pula tak bekerja. Setiap hari terpaksa berulang alik ke hospital untuk jaga Iman. Sedikit sebanyak sedikit terjejaslah kewangan mereka. Lagipun Iman ini bergantung dengan susu khas yang mana kos bagi sebulan RM500.

Iman juga nanti akan ikuti rawatan lanjut kerana doktor masih tak dapat kesan punca sawan yang terlalu kerap.

Jika ada dalam kalangan kita yang bermurah hati nak berkongsi rezeki, bolehlah sumbangkan ke nombor akaun ini ya. Kita bantu setakat mampu, insya-Allah.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian pada  akaun
Haslizah Ibrahimn Bank Bsn Giro-i di nombor 0890041000096805. Atau boleh menghubungi Haslizah di talian 01157605916 untuk maklumat lanjut.