Baru-baru ini seorang Youtuber, Bryson Lew telah menjadi bualan ramai kerana membeli sebuah rumah bernilai RM1.6 juta sebagai penghargaan kepada keluarganya kerana sentiasa menyokong kerjayanya sebagai content creator di saluran Youtube.
Menurut Bryson, dia mengambil keputusan untuk membeli rumah tersebut kerana rumah yang didiaminya bersama keluarga agak sempit. Dia telag membeli rumah tersebut dengan wang yang diperolehi dari perkongsian video-video di saluran Youtube miliknya.
Dalam satu satu video yang dimuatnaik, Bryson menceritakan bahawa keputusannya ini amat sukar dibuat tanpa sokongan keluarga memandangkan dia baru berusia 19 tahun.
Ads
“Saya tidak pasti apa yang terjadi pada masa depan sama ada mampu atau akan menanggung beban yang besar pada usia yang sangat muda.” ceritanya lagi.
Ads
Menerusi perkongsian ini, ramai para pengikut Bryson memuji tindakannya yang berbakti kepada keluarga. tidak kurang juga menjadikan kejayaan Bryson ini sebagai inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia.
Bila dah meningkat usia, terdedah pada dunia sebenar, kebanyakan anak remaja akan jumpa keseronokan sendiri bersama rakan-rakan hingga mengabaikan orang tua.
Memetik dalam laporan Media Hiburan, penyanyi, Shila Amzah menyeru kepada seluruh anak muda untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama ibu bapa dan jangan terlalu leka mengejar urusan dunia.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, perkara seperti ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir anak muda kerana mereka merasakan waktu mereka sangat panjang. Katanya lagi, perkara seperti ini juga sering kali dia ingatkan kepada adik-beradiknya.
“Saya ingin menasihatkan terutamanya buat anak-anak muda ketika ini, kadang kala kita merasakan kita punyai waktu yang sangat panjang. Misalnya bila kita lakukan sesuatu di luar, kita tak fikirkan apa yang berlaku di rumah.
“Saya tak perlu pergi jauhlah. Adik-adik saya sebagai contoh. Kadang kala mereka juga terlupa sampai saya kena telefon ingatkan mereka. ‘Korang dekat mana? Kenapa biar mak sorang-sorang?’ Perkara-perkara yang macam itulah.
“Kita kena berbalik kepada tujuan asal. Apa sebenarnya tujuan kita di dunia ini? Siapa yang bawa kita ke dunia ini?” katanya.
Anak kepada penyanyi senior, ND Lala ini turut mengingatkan walau sebesar mana pun kejayaan kita di muka bumi ini, jangan pernah sesekali meninggi diri terutama dengan orang telah berkorban jiwa dan raga membesarkan kita.
“Kita kena selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri sebab pucuk pangkalnya kita tidak akan ada di sini tanpa ibu bapa kita.
“Ibu bapa kita ini ada satu je. Mereka tiada galang gantinya. Tiada dijual di Shopee atau Ali Baba. Layanlah mereka dengan elok sementara masih ada,” ujarnya lag.
Malah, penyanyi lagu Bahagiakan Dia turut menyifatkan berbalahan diantara ahli keluarga merupakan sesuatu yang normal namun, ia tidak harus dibiar berpanjangan.
“Bagi saya sendiri, dalam apa jua keadaan sekali pun, sebagai anak beranak, kita tak boleh lari daripada perselisihan faham sebagai keluarga.
Pada akhirnya nanti, apa sahaja perselisihan faham tersebut, saya selalu melihat seandaikan berlaku apa-apa keesokkan harinya, sempat tak untuk saya berbakti kepada orang tua saya.
“Perkara macam ni yang selalu budak-budak muda terlepas pandang. Mereka tak nampak sebab mereka merasakan mereka seperti hidup lama di dunia ini dan momen-momen berharga ini boleh dikembalikan” akhirinya.
Dalam perkembangan, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 ini baru sahaja melancarkan single duet terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Liza Hanim yang berjudul Bahagiakan Dia.Bahagiakan Dia juga merupakan lagu ost bagi drama Cinta Hilang Kata.
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang penduduk di sebuah kondominium yang selamba membuang najis haiwan dari balkoni rumahnya.
Pemilik video berkenaan, Tyara Ulfa yang telah memuatnaik video berkenaan berkata tujuan dia memuat naik video berkenaan kerana berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki yang duduk satu kondominium dengannya.
Video yang menunjukkan seorang lelaki mencedok najis haiwan peliharaannya dan membuangnya ke bawah dari balkoni sememangnya sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan tahan kebersihan jiran yang lain.
Menurut Tyara, dia memuatnaik video berkenaan juga untuk memberi kesedaran kepada pencinta kucing. Mereka haruslah bertanggungjawab sekiranya membela sebarang haiwan peliharaan di rumah lebih-lebih lagi di kondominium.
“Menjaga haiwan di rumah memerlukan komitment tinggi dan bukanlah membelanya dengan hanya suka-suka atau itu trend.”
“Lagi pula, saya bimbang apabila dia buang macam tu nanti terkena pada orang lain. Memang tak patutlah dia buat macam itu sebab habuk-habuk pasir tu boleh terbang dan kotorkan rumah jiran lain,” ujur Tyara.
Hantaran tersebut telah mendapat respon dari netizen yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan dan berharap kepada masyarakat yang terlalu pentingkan diri dapat ubah mentaliti untuk membentuk masyarakat yang harmoni.
Program #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama TV alHijrah, Sinar Harian, rakan sinergi media yang lain dan juga Rumah Ngaji seluruh Malaysia meneruskan misi Malaysia Quran Hour untuk kali ke-7.
Program tahun ini berlangsung isnin lalu menerusi medium Microsoft Teams dan TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Kali ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...