Usahakan Masa Untuk Berdua-Dua, Dengan Anak Pun Boleh. Itu Rezeki Yang Ramai Tak Tahu.

Share

Setiap pasangan suami isteri inginkan bahagia hingga hujung nyawa. Biarpun dugaan yang datang, tetap menempuhinya dengan tabah.

Biarpun, mempunyai anak pasangan suami isteri harus meluangkan masa untuk keluar atau ‘dating’ bersama.

Usia perkahwinan yang sudah lama bukan alasan untuk tidak kekal kan romantis.

Menarik dengan perkongsian wanita ini, wawa shauqi mengenai cara untuk eratkan hubungan suami isteri.

Cara eratkan hubungan suami isteri

Orang kata, sekali sekala suami isteri kena berdating.

Saya tarik nafas panjang. Lepaskan seberat-berat beban keluhan yang tersimpan.

Sepanjang 10 tahun kahwin ni, belum pernah lagi kami dating berdua. Plan pun tak ada.

Dating kami hanya di rumah. Waktu anak dah tidur. Atau waktu anak pergi sekolah. Itupun, dating seminit dua beli kuih bersama. Sebab lepas tu husband dah perlu gegas ke ofis.

Waktu ambil vaksin berdua hari tu baru merasa jenjalan berdua. Tu pun rasa canggung. Macam ada sesuatu yang tercicir. Rasa ada organ dalaman yang tertinggal. Habis je vaksin, menggelupur ambil anak.

Nak kata kami sentiasa lekat dengan anak, idak juga.

Sebab ada hari yang saya perlukan me time, suami akan take over. Kalau suami perlukan me time, saya pulak take over.

Awal tu, down juga bila orang kata laki bini wajib cari masa dating. Down sebab kesempatan tu susah kami nak jumpa.

Tapi bila kami berdua bincang, kami pilih untuk ‘dating’ ikut cara yang kami selesa. Dating ikut piawaian sendiri.

Lepas hantar anak, kami sesama pergi cari makan berdua. Tak pun bersembang sambil cicah biskut kering lepas tidurkan anak.

Ada hari yang kami on movie di tengah malam sambil lumba lipat kain bersama.

Kadang-kadang, saja saya mengadu sesuatu nak dengar dia bercakap acah-acah pakar motivasi.

Mungkin tak seromantik mana. Tapi cukup bagi kami untuk tautkan semula hati dengan rasa cinta.

Kalau ada yang sekapal dengan kami, cubalah. Usahakan.

 

Usaha adakan masa bersama.
Usaha buat pillow talk.
Usaha makan bersama.
Usaha sebantal bersama.
Usaha sambut hari penting sehabis baik.

Kami pegang nasihat seorang sahabat.
“Perkara yang kita usahakan secara ‘istimewa’, akan bertambah istimewa. Kalau kita ambil sambil lewa, spark pun susah dah nak menyala.”

Tapi, kalau rasa mustahil nak adakan masa berdua, jangan down-down.


Boleh jadi, masa bermesra bersama dengan anak-anak tu lebih bermakna. Sebab boleh jadi itu adalah rezeki kita yang tak ramai orang mampu nak ada.

Yang penting, jangan fokus pada benda yang kita tak dapat buat. Tapi fokus macam mana nak perindahkan perkara yang kita mampu buat.

Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada.

Sumber: Wawa Shauqi

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club