Usah Terus Buang, Ikut Cara Ini Cuci Pakaian Yang Terendam Air Banjir Supaya Kembali Bersih

Share

Sedih melihat rumah ditenggelami air banjir. Lebih menyedihkan bila mana banyak barang yang rosak, termasuklah pakaian diselaputi  dengan lumpur.

Jangan terburu-buru buang semuanya. Masih boleh dipakai walaupun tenggelam dalam air. Berikut adalah tip yang boleh digunakan:

Gambar hiasan

1. Bersihkan dari lumpur

Memandangkan dobi tak terima, jadi  kenalah cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan lumpur  terlebih dahulu dengan cara merendam baju tersebut.

Biarkan lumpur keluar dan bilas beberapa kali sehingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.

gentlenursery.com

2. Asingkan pakaian berwarna

Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.

 

3. Rendam dengan air panas

Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.

Gambar hiasan

4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman

Selain baju anda, boleh gunakan cara yang sama untuk baju anak-anak atau bayi. Rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.

5. Cuci seperti biasa

Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih.

Gambar hiasan

Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju kering dan mematikan kuman sepenuhnya.

Sumber: Popmama