Usah Takut Serah Kad Debit Buat Isteri Berbelanja. Percayalah, Dalam Setiap Rezeki Suami, Ada Bahagian Isteri Juga

Share

Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.

Apa lagi, tahu menghargai dan membalas segala pengorbanan si isteri. Itu yang ditunjukkan oleh saudara Akhtar Syamir yang memilih cara berbeza dalam berkongsi rezeki  sekali gus menghargai  pasangan hidupnya.

Memberikan kad debit kepada isteri untuk berbelanja, membeli barangan yang diperlukan. Itu sudah mampu menggembirakan isterinya.

Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing.


“Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudharatan”. Kata saya sambil berseloroh. Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.

Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons. Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu.

Cukup pencuci muka dan bende alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun. Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.

Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.

Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.

Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.

Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?

Kongsikan penulisan ini. Buat inspirasi kepada semua. Semoga lebih ramai suami mencari alasan untuk menggembirakan isteri. Alasan saya pada kali ini ialah 11.11.

Carilah alasan-alasan seperti ini.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

BroOhsem