Usah Sedih Tak Ada Anak Perempuan, Lelaki Pun Boleh Masuk Dapur. Menarik Cara Wanita Ini!

Share

Anak itu anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Jika dikurniakan lelaki dan perempuan ia umpama bonus buat rumahtangga. Bagaikan lengkap sebuah keluarga.

Namun ada juga pasangan suami isteri hanya dikurniakan satu jantina sahaja sama ada anak lelaki atau perempuan.

Begitulah coretan yang dipaparkan oleh puan Nozahiyah Ismail

yang memiliki lima orang anak lelaki!

Biarpun tanpa cahayamata perempuan, urusan kerja didapur diberi kepada anak lelaki.

Selanjutnya ikuti perkongsiannya.

My 5 Hero. Allah yang memberikan rezeki berapa ramai anak apa jantina anak-anak kita.

Bersyukur sangat.. dengan 5 hero ini.. mudah kerja2 ibu di dapur dan dalam rumah.
Cuma anak lelaki ni kena panggil dan kena ajar. Mereka x de skill automatik macam ank perempuan.
Naluri mereka pun beza dgn kita wanitA. Kena rajin2 berkomunikasi dengan mereka.

Kecil.. didikannya lain.. bila remaja macam ni.. dah lain pulak. Nk tegur pun.. panggil sorang2 masuk bilik dan berbicara.

Siapapun mereka, merekalah ank2 kita. Kita x dapat pilih siapa anak kita.. mereka juga x dapat pilih siapa ibu bapa mereka. Mereka ada lah anugerah. Anugerah y sangat2 tidak ternilai. Kita bentuk mereka. Kasih kan mereka.. even mereka semua lelaki. Itulah rezeki kita.

Jangan pernah menyalahkan takdir or bersedih, kerana anak semua lelaki, sebab pasti ada berita gembira buat kita. Perancangan Allah sangat sempurna. Yakinlah dengan setiap perancangannya

Saya sharing SBB ada terbaca, ada y bersedih SBB semua anaknya lelaki. Semoga boleh menceriakan balik suri tersebut.

Sumber: Nozahiyah Ismail