Usah Salahkan Pasangan Jika Rezeki Tersasar. Berlapang Dada Dan Baiki Diri Inilah Kuncinya! Deep Perkongsian Wanita Ini

Share

Kehidupan berumahtangga sememangnya mencabar buat pasangan suami isteri. Radar kehidupan pastinya lebih berubah apabila kehadiran anak pula. Ketika ini, pelbagai keperluan perlu disediakan buat anak tersayang dan pasangan. Namun, ada yang mengeluh apabila rezeki semakin kurang setelah berkahwin.

Ekoran itu, wujudlah konflik dalam diri sehingga mencetuskan perbalahan. Perkongsian ibu ini, Nur Baizura Ismail menyifatkan rezeki yang melimpah ruah adalah datang daripada diri sendir, bukannya menyalahkan pasangan. Moga perkongsian ini memberi kita panduan untuk muhasabah diri.

Pernah tak korang rasa, selalu ada rasa nak salahkan suami sebab rezeki keluarga makin lama makin tersasar? Kerana suami selalu solat lewat? Kerana suami susah nak belanjakan isteri dan anak anak? Suami tidak beri duit pada ibu bapa? Lalu kita berfikir, mesti suami kurang amalan rohani nya, sebab itu rezeki kami makin berkurang?
.
Ini pemikiran yang salah. Kerana salahkan orang lain kerana rezeki nya kurang yang dimana rezeki itu datang perginya hanya melalui Allah swt?
.
Tapi kenapa kita tidak melihat pada diri sendiri? Solat kita macamana? Bagaimana hubungan kita dengan mak ayah, anak anak dan adik beradik? Jiran tetangga dan kawan kawan. Aurat. Pergaulan. Bab rezeki jangan sesekali salah kan orang lain. Seolah merasakan diri kita cukup sudah amalan, dah buat dhuha, solat awal waktu, bla bla bla. Lalu menyalahkan orang lain kenapa rezeki kita boleh kurang.

Ye. Manusia sukar menerima kebenaran. Kebenaran tentang silap dari diri sendiri dari terus menyalahkan silap nya dari orang lain. 

Berdoalah. Berubahlah. Bersihkan hati. Berlapang lah dada. Senantiasa lah memperbaiki diri sendiri.

Jangan aniaya orang lain, jika berhutang, bayarlah walaupun sedikit. Usah di perkotak katikkan tentang rezeki orang lain. Jaga bahasa dan jaga adab.

Amalan awak dengan Tuhan bukan untuk dipertontonkan dan dibual bicarakan. Fahamkan konsep riak dan takbur. Hati hati supaya dijauhkan dari sifat demikian.

Moga Allah sentiasa mendengar doa kita. Tidak di mana pun kedudukan awak ketika berdoa, di tempat tertinggi atau di tempat terendah, Allah tetap Maha Mendengar.

Pesanan khas buat diri sendiri. Insofff.