Usah Risau Ada Kelemumur, Buat Je Petua Ni Kasi Lenyap Semua. Mudah & Paling Penting Berkesan!

Share

Walaupun masalah kelemumur ini sering kita alami, namun kita sendiri tidak tahu untuk merawatnya melainkan kita memilih untuk membeli shampoo yang ada perawatan kelemumur semata-mata.

Pun begitu, tahukan anda, sebenarnya petua orang dulu-dulu dalam merawat kelemumur ada caranya yang tersendiri. Kaedah ini bula dipraktikkan, kita tidak lagi terlalu bergantung dengan produk yang tersedia ada dipasaran.

Nak tahu bagaimana caranya?

Lain tidak bukan menggunakan bahan terpilih daripada bahan-bahan masakan yang sedia ada di dapur anda iaitu seperti serai dan limau purut. Nak tahu lanjut ini cara penyediaannya.

Petua hilangkan kelemumur

Bahan-bahan:

3 batang serai

2 biji limau purut

Air

Pengisar makanan

Pisau

 

Cara penyediaan :

  1. Hiris serai halus-halus dan kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar makanan.
  2. Masukkan air sedikir dan kisar hingga separuh halus.
  3. Kemudian masukkan perahan limau purut.
  4. Kisar sekali lagi dan kemudian asingkan jusnya.
  5. Ambil jus tadi dan lumur di kulit kepala. Amalkan sekali sehari untuk kesan yang diingini.

Selain cara di atas, orang tua-tua dahulu juga ada yang mengamalkan cuka makanan dilumur pada bahgian kulit kepala. Kemudian biarkan seketika sebelum dicucui bersih. Lakukan berkali-kali sehingga masalah kelemumur dapat diatasi.

Begitu juga, garam boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Sifat scrub pada bahan ini dapat menanggalkan kulit mati di kepala.

Cara hilangkan kelemumur dengan garam mudah sahaja:

  1. Sediakan garam secukupnya
  2. Gosok garam pada kulit kepala
  3. Biarkan sebentar
  4. Bilas kepala dengan air sehingga bersih

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.