Memang tidak dinafikan ibu bapa akan bangga dengan anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun ia tidak bermakna anak yang mendapat keputusan sebaliknya tidak mempunyai masa depan yang cerah. Perkongsian puan Ainizan Abdul Talip ini sungguh bermanfaat. Biarpun hampir setahun kisah ini pernah dipaparkan dilaman facebooknya sebelum ini, namun kisah ini sungguh inspirasi buat ibu bapa. Yang pasti setiap anak itu mempunyai kelebihan tersendiri.
Anak Kurang Dalam Akademik, Ini Perasaan Si Ibu
Tuhan uji Muhammad Ilham, 11 tahun dalam kategori sederhana. Kelas pun second last.
Usaha ibu ayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. Tak ada beza. Cuma yang beza adalah penerimaan ibu dan dia.
4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tengok result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.
Tengah tahun hari tu, masa jumpa tgk report card. Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.
“CAMNE SAYA NAK BUAT ANAK SAYA NI CIKGU”
Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab tak ada ibubapa pun selepas aku. Ibu bapa juga double standart kan anak-anak… Mungkin dorang dah redho. Baik tak payah gi, result sama!
Aku tak bole! Anak aku. Takkan aku nak biarkan anak aku macam tu.
“SAYA SEHABIS DAH BUAT YANG TERBAIK. APA YG KAKAK DIA DAPAT, DIA DAPAT. APA SAYA NAK BUAT LAGI CIKGU?”
“CIKGU, BOLEH KE SAYA BAWA DIA KELUAR KAT TAHFIZ, SEKURANGNYA DIA DAPAT 1 TAHUN NI DARI DIA TAK DAPAT APA-APA.”
Bermula situ, cari sekolah yang terbaik. Tanya kawan, tanya akak.
Last akak cakap, ko cari assofa.
Ads
Start buat research sikit dan terus cal assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send.
Setiap hari berdoa, “Kau bagilah laluan anak aku sekolah tahfiz terbaik. Tak pernah lekang setiap kali berdoa.
Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi intervw pun diterima. Ada juga murid yang tak diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa.
Air Mata Ibu Tumpah Hari ini… Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga airmata ibu.
Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, air mata tak henti nak mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama-sama naik tocang.
Nasib tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yang tumpah. Bukan nak pomote, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu tak ada.
Ads
Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak, nak. Tak semua ibu tabah.
Ya Allah… Doakan anak ini terus istiqamah menjaga agama Mu.
Jadikan dia anak yang soleh yang boleh membawa ayah dan ibu ke syurga, anak yang membantu seluruh keluargaku ke syurga.
Aamiiin…
4 Tahun Cari Jalan…
Saya tulis kisah saya ni cuma nak share 4 tahun saya cari jalan untuk anak saya. Tak sangka ramai juga parent seangkatan dengan saya.
Selalu hujung tahun, kita lihat parent share yg semua A dalam subject. So saya ambil pendekatan lawan arus sikit, anak saya yang kurang dalam akademik. Saya bangga dengan dia. Sebab tak semua orang boleh buat macam dia.
Dalam masa yang sama, saya nampak kekuatan dia dlm bidang hafazan dan kemahiran.
Ads
Ada yang komen, pusat tahfiz tidak sepatutnya dilonggokkan pelajar yang lemah disitu. Supaya nampak gah untuk golongan pandai.
Jika anda tidak pernah dapat ujian seperti anak saya, memang anda akan bercakap begitu!
Tapi dia bagi ujian pada saya supaya ada jalan keluar untuk anak-anak yang begini. Kita nak biarkan ank kita selamanya macam tu ke?
Rupanya ya Allah ramainya parent seperti saya.
Ramai juga yang pm, semua cakap ada masalah macam anak saya…
Semasa saya menulis tu, mmg sya tulis dari hati saya, macam mana sya struggle cari jalan keluar untuk anak saya. Yang saya nmpak jalan dia hanya di tahfiz. Cuma saya berdoa dia permudahkan jalan tahfiz terbaik.
So kepada ibu bapa macam anak saya, anda sendiri akan rasa ketenangan bila anak di tahfiz, cuma kita parent suport yang selagi boleh, dari kewangan, tenaga, masa…
Wahallaualam.
1/1/2018 Tahfiz Rendah Assofa Seremban. Ibu dan ayah. Zulkipli dan ainizan
NOTA: Moga Allah merahmati diri mu, Adik Ilham. Sedikit masa lagi kau di antara yang terpilih di antara yang terbaik.
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
“Jangan Marah, Maki OKU…”
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Kalau sebut nama Ryan Bakery, semestinya ramai yang mengenali individu ini menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya momen-momen zaman kecil kita masa lalu.
Dengan sekali lafaz, Ryan sah menamatkan zaman bujang dan menjadi suami buat pasangannya, Elyia Ibrahim pada Sabtu.
Sebelum ini, ramai mengagumi sikap tunang Ryan Bakery yang sering dilihat membantunya dan menemani dia ketika terlibat dalam beberapa rancangan di kaca televisyen. Jadi melihatkan pasangan bahagia ini akhirnya disatukan membuatkan peminat begitu tumpang bahagia.
Majlis pernikahan pasangan itu dikongsikan menerusi beberapa penguna media sosial termasuk adiknya sendiri, Adam bakery.
Ryan segak mengenakan sepersalinan baju melayu putih lengkap bersongkok dan bersamping dipadankan dengan Elyia yang manis berbusana baju kurung moden.
Meninjau di ruangan komen perkongsian adiknya, rata-rata mengucapkan tahniah buat Ryan bakery dan pasangan. Malah, ada juga yang mengusik bertanyakan giliran adiknya untuk naik pelamin.
Kisah lelaki ini pernah dikongsikan di laman media baru-baru ini. Dalam keadaan diri yang derita sakit kanser, Mohd Izzuddin Zainal, 33, penghidap penyakit kanser limfoma gigih mengambil tempahan tag nama tulisan khat dari katil hospital.
Kegigihannya mendapat perhatian warganet, rata-rata menghulurkan rasa simpati dan menurut isterinya tempahan yang diterima cukup menggalakkan. Namun menerusi Harian Metro semalam, cikgu Izzudin dimaklumkan sudah meninggal dunia. Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya.
“SAYA minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.
“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan Suzana Muhamad Tab, isteri kepada arwah Mohd Izzudin Zainal.
Kisah Mohd Izzudin berusaha mencari rezeki dengan mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat sehingga tular di media sosial, pernah dilaporkan Harian Metro pada 2 dan 7 November lalu.
Mohd Izzudin iaitu guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.
Suzana, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
“Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dalam keadaan sesak nafas.
“Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.
“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya dalam keadaan sebak.
Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3.
Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi esok.
Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar simbol kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga waktu untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan.Sempena Syawal, Majalah Keluarga bertuah diberi peluang untuk...