Anak adalah anugerah yang amat bernilai. Pastinya ibu ayah inginkan anak-anak berjaya.
Malah mengimpikan anak mencapai cita-cita dan berjaya. Hingga ada ibu bapa meletakkan target untuk anak mempunyai kerjaya tertentu.
Begitu juga dengan perkongsian ini.
Semalam, ada rezeki mengurut dengan seorang tukang urut yang hebat.
Sambil dia mengurut, sempat dia bercerita macam macam cerita dari penjagaan kesihatan orang perempuan, cerita kisah hidupanya dan macam macam lagi.
Tapi, dalam banyak banyak cerita, ada 1 cerita tentang anak anaknya yang cukup menyentuh perasaan saya.
Katanya dia ada 5 ke 6 anak, saya dah lupa.
Tapi, dalam ramai ramai anaknya tidak ada yang minat masuk universiti.
Setakat ini semuanya mahu masuk belajar dalam bidang kemahiran.
Anak pertama ambil bidang hospitaliti di IKBN, anak seterusnya ambil bidang elektrik industri. Begitu juga anak ketiga sama juga, mahu masuk kemahiran biar pun result peperiksaan SPM nya begitu baik.
Pada mula, dia cukup frust juga bila anak anak tak nak masuk universiti.
Ads
Yela, dia pun teringin nak hantar anak masuk universiti.
Hantar jauh jauh, feeling dia tu lain.
Rasa lebih bangga gitu nak cerita pada orang sekeliling!
Bila dipujuk, anak anaknya tetap dengan keputusan untuk masuk ke kolej kemahiran di Kelantan
Tidak mahu sambung di universiti.
Tidak mahu pergi jauh jauh.
Jadi,akhirnya dia akur dengan keputusan itu.
Dia dan suaminya sepakat menyokong keputusan itu dan memberi sokongan padu kepada pilihan dan cita cita anak anak.
Mereka tidak sekali kali menjatuhkan semangat anak anak mereka.
Akhirnya, apa yang terjadi anak anak itu masing masing berjaya dengan cara tersendiri.
Ads
Anak pertama jadi pensyarah di kolej kemahiran
Anak kedua pula di tawar bekerja di sebuah kilang sebaik habis belajar.
Walaupun kononnya tidak gah di mata orang sekeliling, tapi masing masing ada rezeki tersendiri.
Yang penting, anak anak minat dan memilih bidang tersebut tanpa paksaan dari sesiapa pun.
Jadi, ibu dan ayah itu jangan seperti tukang kayu yang akan menentukan apakah produk terakhir yang mereka akan hasilkan.
Usah paksakan cita cita kita ke atas anak anak.
Usah jadikan anak anak sebagai tempat kita ‘mencapai’ cita cita kita yang tidak kesampaian
Usah jadikan anak anak itu sebagai satu benda untuk dibangga dan dibandingkan
Saya tahu, setiap ibu dan ayah ada impian masing masing kepada anak anak.
Ads
Tidak salah memasang impian bersama
Tidak salah menyemai minat dalam diri anak
Yang salah itu, apabila ibu dan ayah memaksa anak anak mengikut kata mereka 100% tanpa memberi peluang untuk mereka memilih jalan hidup mereka.
Apa pun pilihan anak anak,
Redhalah dengan keputusan mereka.
Selagi perkara itu tidak salah, tidak menyimpang dari sudut agama dan moral.
Sokonglah sepenuh hati.
Itu sahaja yang anak anak mahu.
Kalau ibu dan ayah tidak redha, tidak sokong..
Anak anak pun akan rasa kurang bersemangat untuk buat apa yang dia suka.
Akhir sekali anak pun mengalah demi mencapai redha ibu dan ayah.
Namun, ada yang hanya mampu buat separuh hati.
Tak seronok.
Mungkin apa yang ibu dan ayah mahu akan tercapai pada akhirnya.
Namun, apa gunanya andai anak anak sendiri tidak bahagia?
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. “Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri. “Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan. “Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain. “Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan selalu dapat keluar makan bersama, nak nak lagi jika ibu dan ayah sibuk dengan kerja. Tetapi sesekali kena juga bawa keluarga keluar dapat juga eratkan hubungan. Tidaklah asyik makan di rumah sahaja kan. Sesekali nak tukar angin apa salahnya!
Yang pasti ibu paling suka sebab masa inilah boleh ‘gantung kuali’ ‘off duty’ memasak. Tapi bila mengenangkan susahnya mengawal anak-anak, lebih-lebih lagi ketika di meja makan terus membantutkan keinginan untuk berbuat demikian dan ada yang lebih rela makan di rumah sahaja.
Tapi tip berikut yang boleh digunakan untuk pastikan anak berkelakuan baik ketika menjamu selera di restoran.
1. Bawa mainan
Benarkan anak-anak untuk membawa mainan kesukaannya. Cara ini lebih mudah untuk memastikan anak-anak tidak ‘buat perangai’. Bila hidangan telah sampai di meja, simpan mainan tersebut dan sama-sama menikmati juadah.
2. Pilih tempat yang selesa
Pilih tempat makan yang mempunyai ruang yang selesa untuk anda sekeluarga menjamu selera. Lebih baik jika tempat makan tersebut ada menyediakan ruang bermain untuk anak-anak.
3. Waktu yang tepat
Kanak-kanak kebiasaannya tidur awal. Jadi janganlah keluar lewat malam, nanti bila anak mengantuk pasti akan meragam. Oleh itu rancang waktu terbaik untuk menikmati hidangan, umpamanya keluar selepas jam 8.00 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah sesekali guna pencuci lantai untuk cuci lantai bilik air, baunya memang kuat sangat sampai buat kita nak terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil di rumah yang sudah masuk fasa meniarap dan menyusur ni. Memang patut dielakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan terutama jika ahli keluarga anda jenis sensitif.
Rupanya ada cara mudah nak buat pencuci serbaguna yang mesra alam dan bebas bahan kimia. Hanya guna 2 bahan saja iaitu cuka dan kulit oren. Yang pasti, baunya pun wangi sangat macam essential oil. Boleh release stress tau!
PARUT KULIT OREN / LEMON
Gunting kulit oren atau lemon kecil-kecil supaya aromanya dapat dikeluarkan.
Masukkan siap-siap ke dalam sebuah bekas kedap udara atau botol spray.
2. TAMBAHKAN CUKA
Tambah cuka putih tadi sampai penuh bekas atau sehingga menutupi semua kulit oren atau lemon. Pastikan semua kulit oren terendam dengan sempurna tau sebab kulit oren yang tak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi. Tutup bekas spray tadi.
3. PERAM
Seterusnya, biarkan ia diperam selama seminggu dua sebelum digunakan.
4. CARA GUNA
i) Untuk cuci ‘table top’ dapur: Lembapkan kain dengan air, spraykan sedikit larutan pencuci homemade ini. Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas. Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka sitrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
ii) Untuk cuci lantai: Lembapkan kain mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan cuka sitrus ini atau spraykan terus ke lantai. Wangi je bau lantai nanti. Macam bau oren segar! Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas pun tak apa. Kecuali kalau lantai terlalu kotor boleh tambah soda bikarbonat dan bilaskan dengan air.
BERKESAN & SELAMAT!
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, pencuci serbaguna ini boleh tahan selama sebulan atau mungkin lebih. Jika larutan cuka dah habis, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Selain kulit oren atau lemon, boleh juga guna kulit limau nipis, limau purut atau apa saja jenis buah-buahan sitrus yang ada di rumah. Mudah kan?Selamat mencuba.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...