Bila suami memahami situasi isteri yang bekerja, pasti tidak timbul isu ada sahaja itu tak kena atau ini tak sempurna di matanya.
Bagi menjelaskan hal ini, seorang suami jelaskan detail melalui posting di adi akaun fbnya. Jom semak.
1q1″Isteri yang bekerja…”
Rumahnya mugkin tidak sekemas rumah mereka yang menjadi surirumah sepenuh masa…Pakaian suami dan anak-anak mungkin tidak dibasuh, dilipat dan diseterika setiap hari…dapurnya mungkin tidak berasap sepanjang masa…kerana dia bekerja, dia keluar pagi, balik petang…
Ads
Ada juga yang dah malam baru sampai rumah…
Sederhanakanlah tuntutan anda sebagai suami terhadapnya…dia keluar mencari rezeki untuk mengurangkan dan meringankan beban anda…dia sedang membantu memperbaiki ekonomi keluarga…dia buat semua itu untuk membayar “hutang2” anda…
Ads
Usahlah membandingkan dirinya degan apa yang dibuat oleh isteri-isteri yang lain…orang lain mungkin masih boleh melayani suami mereka seperti RAJA, boleh menghidangkan makanan betul-betul didepan mata…tapi dia hanya boleh melayani anda sekadar kemampuannya sahaja…
Dia tahu untuk rasa letih, dia juga tahu untuk rasa penat…
Ads
Dia hanyalah seorang wanita biasa…kudratnya tak sama dgn kudrat anda…tolonglah dia sebagaimana dia menolong anda…kurangkanlah bebanan dia sebagai seorg isteri dgn membantunya melakukan keje2 umah…sederhanakanlah tuntutan anda utk dia memenuhinya…berikanlah dia ruang, peluang dan masa utk berehat juga…
Kerana dia juga bekerja…dia juga perlu membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga…jika anda “mampu” , sudah pasti dia tidak perlu bersusah payah untuk keluarganya…
Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.
Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya saya.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.
Keluarga bahagia Ezad dan Zeana
Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.
Anak-anak punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menyingkap sejarah awal pembabitannya dalam dunia nyanyian yang bermula seawal usia 17 tahun.
Lebih dua dekad bergelar anak seni, .pemilik nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsi Elly yang menyifatkan single Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Awn hitam yang meliputi hidupnya sebelum ini sudah berlalu, meninggalkan sinar baru buat hos Bis Stage ini.
Jujur meluahkan rasa hati dengan kehidupan yang dikecapi kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik.
“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu.
“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya.
“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini.
“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Untuk rekod, Elly Mazlein sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Noh yang sinonim disapa sebagai Cikgu Azlan pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 4 bulan.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.