Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit setiap kali lepas memasak. Rupanya boleh guna untuk semai pokok.
Jom cuba perkongsian dari Puan Siti Yahaya menerusi page Berkebun Untuk Beginner. Cukup menarik kan cara ini. Bukan je jimat malah bantu suburkan pokok juga.
Siapa kat sini yang suka semai benih dalam kulit telur? Senang dan jimat kan. Tak payah beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu besar pun mudah.
Angkat, genggam bagi pecah sikit letak terus dalam pasu. Kulit telur ni pun baik untuk tanaman, ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Dah jadi kebiasaan di laman sosial, orang berkongsi cerita atau hal-hal penting dalam hidupnya seperti ucapan hari jadi buat tersayang.
Sempena ulang tahun kelahiran anak lelaki kesayangan Pelakon hebat Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang ke-4, dia telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa apabila dikurniakan seorang anak yang cerdik seperti Jebat.
Baba kuat sebab Jebat
Happy Birthday my dear son.. Im getting older the same day as you.. But im very sure my love for you is getting stronger..
Tambah Sharnaaz, Jebat adalah kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Apa yang diraih sekarang ini semuanya adalah disebabkan Jebat. Sharnaaz turut berterima kasih kepada Jebat kerana sentiasa memberi peluang dan menyayangi dirinya setiap hari.
Boy nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek.. who am i today is because of you.. Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day..
Di akhir kata dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz sempat menitipkan doa buat anak lelakinya supaya menjadi anak yang kuat, bijak dan tidak membiarkan sesiapa sahaja mengambil kesempatan terhadap dirinya. Ujar Sharnaaz, dia berharap Jebat mampu berlawan untuk mendapatkan kebenaran dalam setiap apa yang dilakukan.
Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita .. Always fight for what you think is right. Salah atau betul bukan manusia yg hakimi.. You are the king of your self.. love u boy @jebatjayden
Meninjau di ruangan komen, terlihat bekas isteri dan juga ibu kepada Jebat, iaitu Noor Nabila meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat anaknya Jebat. Malah, Nabila juga turut meninggalkan ucapan yang sama buat Sharnaaz yang berkongsi tarikh lahir sama iaitu pada 30 Ogos.
Tidak ketinggalan, rakan artis dan juga pengikut Sharnaaz di Instagram juga turut beri ucapan buat Sharnaaz dan Jebat, dan mendoakan anak dan bapa ini sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu.
Lihat rumah orang lain yang sentiasa nampak kemas dan bersih memanglah kita suka dan seronok, tapi sekadar suka sahaja tanpa buat sesuatu pasti tidak menjadi.
Jadi apa rahsianya?
Berkongsi cara atau style mengemas dari seorang lelaki bujang ini yang mengelarkan dirinya Pak Su, menarik juga untuk dipraktikkan.
Cubalah dulu buat kerja rumah mana yang mudah dan pasti lama-lama semuanya jadi rutin dan sekali gus rumah akan terlihat kemas, bersih sentiasa.
Ini perkongsiannya.
Guys.
Semalam paksu share cara arwah mak ayah didik paksu hingga jadi rajin buat kerja rumah. Hari ni paksu nak share cara paksu kemas rumah. Mungkin cara kita tak sama (berbeza), ada orang buat begini…..ada orang buat begitu, itu tidak jadi masalah. Semuanya betul dan tidak ada yang salah. Tapi ini style paksu (nak tiru…..silakan, tak nak ikut paksu tak marah).
1. Bangun je tidur paksu akan pastikan selimut dilipat, bantal disusun dan katil dikemas seperti sebelum malam pertama nikah. (Orang baru nak nikah kan katil dia cantik je kemas, lepas malam pertama huhhhhhh bersepah).
Amalkan dari awal, inshaallah ia akan jadi mudah.
2. Lepas guna tandas, paksu akan pastikan mangkuk jamban diflush. Cermin dan sinki dicuci/dilap, dinding-dinding/lantai disental dan alatan mandian disusun kemas tidak boleh bersepah. Susun mengikut ketinggian dan kategori (yang kenal paksu tahulah). Kahkahkah!!!
3. Rumah paksu tak ada mesin basuh. Jadi paksu amalkan cuci/basuh terus baju kotor yang dah dipakai dengan tangan (jimat dan mudah). Kalau korang ada mesin basuh lain ceritalah.
4. Jenis paksu lepas masak/makan, cawan, pinggan, kuali paksu terus cuci/basuh. Jadi dalam sinki paksu akan pastikan sentiasa bersih. Sebab manusia normal macam kita ni, semua ada penyakit “malas” (paksu pun 2×5 jugaklah). Bila dah bertimbun, dibiarkan lagi bertimbun……parah!!!
Paksu duduk bujang (ramai-ramai) paksu tahulah!!!
5. Sapu dan mop lantai (yang ni 2-3 hari sekali pun jadi dah). Sebab paksu tinggal rumah bujang bukan rumah kelamin/orang bernikah, jadi rumah paksu tak kotor sangatlah. Tapi untuk rumah berkeluarga yang ramai anak mungkin kena sapu setiap hari sebab mudah berpasir dan berhabuk (betulkan paksu kalau paksu salah).
Mop lantai tu paksu akan buat last sekali sebab tak nak lantai tu kotor lagi masa kita buat kerja gi mari gi mariiii…..(bahasa kelantan keluar dah).
Amalkan dulu yang mudah, kediankan yang payah. Inshaallah kerja rumah ni kacang sangatlah. Laki perempuan semua boleh buat, kalau betul cara didikannya, percayalah.
Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti. Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya.
1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.
2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.