Macam-macam cerita kita dengar tentang hubungan menantu dan mentua. Ada yang manis, ada pula penuh dengan kemarahan dan kekecewaan.
Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya, terutama anak@pasangan dan juga cucu-cucu yang ada. Tentu tidak menyenangkan apabila cucu-cucu atau anak-anak melihat nenek dan orang tua mereka bermasam muka serta tidak bertegur sapa.
Ada beberapa perkara penting yang perlu kita pahat di kepala dan juga jiwa:
Bagi mentua, ingatlah bahawa menantu itu pilihan anak kita. Tentu ada yang menarik dan baik tentangnya yang membuatkan anak kita tertarik. Pada menantu pula, walau macam mana jahat pun mentua di mata kita, cuba fikirkan bahawa pasti ada kualiti baik dalam dirinya kerana merekalah orang yang bersusah payah membesarkan individu yang kita pilih menjadi pasangan hidup kita.
Jangan sesekali memburukkan mentua@menantu pada pasangan@anak kita. Mungkin dia sedar atau tahu tentang perangai keluarga@pasangannya, tetapi rasa kasih atau menyebabkan mereka tetap mempertahankan apa yang dilakukan oleh orang tua atau pasangan mereka itu.
Sentiasalah bersikap positif terhadap menantu@mentua kita. Ini membuatkan kita dapat melihat mereka daripada perspektif berbeza. Ia akan secara perlahan-lahan dapat meleraikan segala kekusutan.
Jangan terlalu sensitif. Sebagai mentua, ada kalanya kita cepat sangat tersentuh atau kecil hati dengan menantu. Ini mungkin sebab kita bimbang kehilangan kasih sayang anak yang kini sudah menjadi milik orang. Sepatutnya perasaan seperti ini tidak timbul dan kita patut berlapang dada menerima kehadiran seorang `anak’ lagi dalam keluarga. Sementara menantu pula kadang-kadang cepat terasa hati dengan mentua lantaran masih tidak dapat menyesuaikan diri dengannya. Sepatutnya menantu juga mengambil inisiatif untuk mendekati mentua dan cuba menyayanginya sama seperti menyayangi orang tua sendiri.
Bagaimana Menghapus ‘Duri’
Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk menghapuskan racun dalam hubungan menantu-mentua ini
Bagaikan panglima perang, baik menantu mahupun mentua sepatutnya bijak dalam mengatur ‘strategi’ untuk memenangi hati pihak yang satu lagi. Kalau anda menunjukkan sikap bermusuhan, pasangan atau anak anda pasti memandang serong pada anda biarpun anda di pihak yang betul. Lantaran itu sikap dan keperibadian anda perlu dijaga agar anda di pihak yang `menang’.
Jangan sekali-kali bersikap kurang ajar. Ia hanya akan memalukan diri sendiri. Juga tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada menantu mahupun mentua. Namun jika hubungan anda berdua sangat `buruk’ elok juga perkara ini dibincangkan dengan pasangan mahupun seseorang yang anda percayai boleh membantu.
Pihak ketiga ini sepatutnya mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tentang hubungan menantu-mentua ini. Mungkin jalan yang terbaik adalah bersemuka dengan kedua-dua pihak untuk mencari akar umbi masalah. Bagaimanapun anda harus sedar bahawa tugasnya tidak mudah, bak kata pepatah bagai menarik rambut dalam tepung, ia perlukan ketelitian dan diplomasi.
Ads
Kadang-kadang tanpa kita sedar sikap kita yang berlagak pandai ataupun besar kepala membuatkan hubungan jadi tidak sejahtera. Sentiasalah bersikap merendah diri dan mengeluarkan kata-kata yang lembut dan bersopan.
Mengalahlah jika itu satu-satunya jalan yang boleh memulihkan hubungan menantu atau mentua. Biar orang nampak seolah-olah kita kalah tetapi hakikatnya kita menang besar kerana berjaya memenangi hati individu yang selama ini menjadi `duri’ dalam kehidupan kita. Ingatlah selalu bahawa `mengalah bukan bererti kita kalah’!
Baik menantu mahupun mentua sepatutnya apa juga perasaan yang kita rasakan terhadap satu dengan lain seharusnya dipendamkan sahaja. Kita seharusnya sedar bahawa hubungan kita bukan sahaja berkisar antara kita berdua, tetapi juga dengan anak dan cucu. Mereka menyayangi kita (ibu ataupun nenek mereka) tanpa sebarang sempadan.
Lantaran itu kata-kata negatif yang kita keluarkan terhadap menantu mahupun mentua boleh meninggalkan kesan tidak elok. Mereka pasti berasa keliru dan sedih mengapa dua orang yang mereka sayangi saling bermusuhan.
10 cara jadi menantu favourite!
Selalu senyum
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Ads
Elak masuk campur
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Murah hati
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ringan tulang
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Selalu minta pandangan
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Usah cemburu dengan ibu mertua sendiri
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Ads
Jaga air muka suami
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
Jaga percakapan
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Dahulukan dia
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Puji suami anda
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pasangan itu dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.
Kelihatan Ungku Ismail dan Nad mengaburi wajah putera mereka pada setiap gambar yang dikongsikan.
Ungku Ismail menjelaskan bahawa tindakan dia dan isterinya adalah untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik berlaku kepada putera mereka.
Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.
Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi.
Ungku Ismail menegaskan dia mahu menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadi mereka bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.
Kami kongsi seadanya, sekadarnya.
Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.
Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan pelakon drama Syurgamu Ramadhan itu.
Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 10 Oktober 2023.
Sekadar info, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.
Bersama bekas suaminya, Nad mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.
Lumrah dalam perkahwinan sikap cemburu itu ada. Bak kata orang, cemburu itu tandanya sayang.
Malah ada sesetengah wanita jadikan kematian sebagai bahan gurauan dengan mengugut akan mencekik suami jika berkahwin lain.
Namun, hakikatnya suami itu hanyalah pinjaman semata, bukan milik mutlak kita. Kena redha dan pasrah dengan ketetapan Tuhan.
Menarik dengan perkongsian seorang wanita ini mengenai kehidupan yang harusi dinikmati dengan rasa syukur dan hargai setiap detik yang ada. Katanya jangan hidup dengan berfantasi tetapi hidup dengan realiti.
Deep perkongsiannya.
Dulu saya pernah cakap kat suami, kalau saya mati lepas tu dia kahwin lagi nanti saya mati jadi hantu cekik dia dengan bini baru dia.
Dulu la. Dulu.
Masa otak tak berapa nak berkembang.
Sedangkan kita perlu sedar realitinya yang hidup ini akan tamat sebaik saja kita takda. Dan orang yang masih ada mesti kena teruskan hidup dia.
Masa hidup kita mungkin saja isteri paling solehah dan ibu paling baik. Yang disayang, dipuja dan disanjung oleh suami dan anak-anak. Tapi sampai satu masa kita masih akan diingat sebagai sebuah kenangan sedang yang masih hidup tetap perlu meneruskan kehidupan.
Begitu juga kita kena sedar banyak lagi realiti hidup ini supaya kita tak murung dan susah hati sendiri-sendiri.
Misal saja kita adalah staff terbaik yang sentiasa on par bila buat kerja dan tak pernah buat masalah apa, tapi boss sikit pun tak acknowledge usaha keras kita.
Misal saja kita tak pernah kacau sesiapa dan buat baik pada semua, tapi tetap saja ada orang tak suka dan masih juga mengata-ngata.
Misal saja kita sentiasa cari jalan untuk hidup tenang sendiri-sendiri tanpa terlibat dengan masalah orang, tapi sering saja nama kita dipetik-petik menjadi bahan orang membawang.
Misal saja kita buat perubahan besar menuju ke arah kebaikan, tapi masih juga dijadikan bahan untuk orang terus bersangka-sangkaan.
Realiti.
Semakin cepat kita sedar realiti, semakin cepat kita melepaskan mimpi dan fantasi.
Semakin cepat kita sedar kita sedang menghadap ragam sikap orang, semakin cepat kita didik hati untuk menerima sesuatu dengan senang dan tenang.
Disclaimer : Untuk perenggan di atas sekali. Tu lah. Syaratnya. Tunggu aku mati. Kalau tak mati buat begitu, sekarang jugak aku jadi hantu.
Penggunaan ruang yang betul untuk menempatkan televisyen penting terutama sekali memastikan keselamatan jika anda memiki anak kecil.
Selain itu kaedah ini juga dapat membantu, menyembunyikan wayar yang berselirat. Nak tempah kabinet TV ni pastinya memerlukan modal yang banyak, apa kata rajin-rajinkan diri buat sendiri je.
Jom tengok perkongsian oleh Ray Didek melalui Facebook ini yang berkongsi cara DIY Kabinet tv tanpa cat dengan kos di bawah RM500.
Saya berminat nak share Projek DIY Kabinet TV Wall Mounted tanpa menggunakan cat.
Anggaran kos bawah RM500 (untuk harga barang sahaja).
Bagi yang berminat nak cuba buat sendiri bolehlah buat rujukan dan penambahbaikan mana yang patut.
Di sini saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan.
BAHAN-BAHAN
Plywood 18mm = 1 unit (4ft x 8ft)
Plywood 12mm = 1 unit (4ft x 8ft)
Wallpaper (Black) = 1 unit (5m)
Wallpaper (White) = 1 unit (5m)
Wallpaper (Walnut Wood) = 1 unit (<5m)
Hardwood (1inch x 6inch) = 1 unit 12ft (belah jadi 1inch x 3 inch)
Chasing (White) 2 inch = 1 unit
Laminated Plywood 3mm (White) = 1 unit (4ft x 8ft)
Door Hinge (concealed type) = 6 units
TV Bracket = 1 unit
3 pin Socket (2 Gang) = 2 units
2 Gang Switch = 1 unit
LED Eyeball Downlight (1W) = 2 units
LED T5 (5W) = 4 units (recommanded use LED strip Light)
L-Shaped Brackets = 10 units
1.5mm & 2.5mm Cable
Skrews
Magnetic Catches = 3 units
Cara Memasang:
1. Buat lakaran kabinet mengikut design kesukaan sendiri atas kertas.
2. Potong papan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
3. Lekatan papan tadi pada dinding mengunakan skru simen (saya guna skru panjang 3 inchi). Pastikan tebuk dinding dulu sebelum masukan skru.
4. Pasangkan chasing untuk menyimpan cable nanti.
5. Potong plywood 18mm untuk kabinet mengikut ukuran yang ditetapkan (saya potong guna circular saw).
7. Potong & Lekatkan wallpaper pada plywood (saya lebihkan sikit ukuran wallpaper dari ukuran plywood).
ini contoh wallpaper saiz 60cm x 5m. Saya beli di Shopee
8. Potong plywood 12mm mengikut ukuran yang ditetapkan. Plywood ni saya guna untuk back ground cabinet.
9. Lekatkan Laminated plywood 3mm warna putih pada plywood 12mm tadi menggunakan gam kayu (jenis CA).
10. Selepas kering, pasangkan plywood tadi pada dinding. Cantumkan pada papan di dinding tadi menggunakan skru.
11. Pasangkan L-shaped bracket pada kabinet dan pasangkan kabinet pada dinding (cantumkan dengan plywood 12mm yang dah dibalut dengan laminated plywood).
12. Tutup laluan cable menggunakan plywood 12mm yang telah dipotong.
13. Proses tambahan untuk sembunyikan skru.
14. Saya buat ukuran tebal muat² untuk pasang LED eyeball downlight lebih kurang 3-4 cm tebal.
15. Pasangkan TV Bracket, 3 pin Socket & LED eyeballs down lights.
ini door hinge yang saya gunakan. Beli di kedai hardware.
ini Magnetic Catches yang saya guna. Beli di kedai hardware.
ini L-Shaped bracket yang saya guna beli di DIY.
Setelah semua siap pasang. Dah dirasmikan kumpulan Bulus .
Extra.. saya tambah satu lagi 3 pin plug untuk sembunyikan cable TV.. Saya gunakan sekali ada port USB sebab saya nak pasang LED strip light yang guna USB.
Saya pasang di belakang TV mcmni.
Beginilah hasilnya sebelum dan selepas.
Selamat mencuba!
Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kos yang berbaloi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.