Rezeki, jodoh dan maut semuanya ditangan Tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang. Begitulah juga dengan apa yang kita miliki di dunia ini.
Sehubungan itu, untuk menghadapinya sudah pastinya kita membuat perancangan agar pemergian kita tidak menyusahkan keluarga yang menguruskan harta pusaka.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, telah membuat beberapa maklumat peribadinya termasuk password nombor account bank, telefon dan sebagainya di dalam satu file.
Katanya untuk tidak menyusahkan orang yang menguruskan pemergiannya nanti.
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian ini.
ANDAI AKU PERGI DULU
Memandangkan kini hanya aku sendirian tanpa Suami di sisi, perancangan rutin kehidupan menjadi semakin complicated dan perlu direncana dengan teliti.
Segala kebarangkalian yang bakal berlaku pada masa hadapan perlu diambil kira daripada segala sudut agar tidak mengusutkan orang sekeliling. Khususnya demi kesenangan hidup anak-anakku QRST.
Senaraikan segala maklumat penting, ID & password. Taip dan seterusnya print. Simpan rapi dalam file. Maklumkan kepada ahli keluarga terdekat, andai berlaku apa² terhadap diri ini boleh rujuk file sekian sekian.
Sedikit sebanyak dapat juga memudahkan urusan dan tidak menyusahkan ramai pihak.
Andai simpan di memory handphone, bimbang suatu hari nanti handphone pula diserang virus, rosak atau dicuri orang hilang jejak tanpa dikesan.
Bukan sekadar persediaan menghadapi kematian.
Seandainya sesuatu yang tak dijangka berlaku kepada kita. Sebagai contoh accident yang menyebabkan koma berpanjangan atau hilang ingatan. Pada saat dan ketika itu otak sudah tidak mampu mengimbas segala kata laluan.
Mana mungkin dengan menggunakan kecanggihan teknologi dapat membaca aliran sistem otak menyelongkar maklumat masa lalu. Mustahil.
Caranya mudah.
1. Buka laptop / komputer
2. Buka program Microsoft Word
3. Rajinkan jari jemari anda menaip aksara
Pastikan di sekitar anda tiada mata yang memerhati kerana maklumat itu adalah rahsia. Sulit dan peribadi.
Just my two cents. The choice is yours.
Mati bila-bila masa. Apakah persediaan kita.
Sumber: Shahida Daud