Usah Berleter Jika Suami Mengadu Penat. Picit Aje Sudah Cukup Buat Suami Bahagia

Share

Tiada siapa wanita yang boleh setanding dan sebaik Saidatina Khadijah yang merupakan isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Rasulullah S.A.W. Hubungan komunikasi inilah yang patut dicontohinya untuk membentuk keluarga bahagia. Bayangkan jika suami mengadu penat setelah pulang dari kerja, isteri pula pula berleter atau kritik yang dirinya juga penat bekerja. Sebaliknya alangkah sweetnya, isteri menawarkan ‘khidmat’ memicit suami. Biarpun sekejap, ia cukup membahagian suami anda.

Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan dilaman facebook Puan Cahaya Norhaini Sulaiman berkisar  bagaimana Saidatina Khadijah melayan dengan baik Rasulullah  S.A.W.

Moga para isteri muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat suami tercinta.

_____________________________________________________________

Alhamdulillah, saya pernah hadir ke majlis ilmu komunikasi suami isteri beberapa tahun lalu yang disampaikan oleh Team pengkaji Hadith.

MasyaAllah ilmu-ilmu yang sangat-sangat bermanfaat.

Immediately after class, saya terus aplikasikan pada Tuan Suami.

Salah satu Hadith yang dikongsikan seperti berikut:

Aisyah melaporkan: Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid (peristiwa setelah Nabi Saw mendapat wahyu pertama)

lalu Baginda berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.

Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah menceritakan semua kejadian yang baru dialaminya itu)

“Sesungguhnya aku bimbang atas diri ku”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah!
Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan kamu.

Kamu selalu:

1) menghubungkan tali persaudaraan,
2) membantu orang yang kesengsaraan,
3) mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada,
4) memuliakan tetamu,
5) menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu Sepupu Khadijah.

Dalam Hadith di atas ada 3 Teknik yang boleh dicontohi oleh para isteri untuk menjadi isteri dambaan suami (Saidatina Khadijah sering disebut-sebut oleh Rasulullah Saw walaupun sudah tiada)

Teknik 1) Apabila Rasulullah menyuruh Khadijah menyelimutinya, beliau akur dan tidak bertanya sepatah pun

Teknik 2) menjadi pendengar yang setia pada Rasulullah dan menyenangkan

Teknik ke 3) Khadijah memberi kata-kata yang baik dan menyebutkan 5 perkara kebaikan Rasulullah kepada orang lain.

Untuk aplikasi pada pasangan, jika pasangan kita dalam keadaan Rasulullah, kita cuba menjadi seperti Khadijah. Jika kita dalam keadaan Rasulullah, mohon pasangan kita berbuat sebagaimana Khadijah buat kepada Baginda Saw.

Contoh:

Apabila suami pulang ke rumah dengan muka tidak ceria/ stress di pejabat atau tekanan dari perkara luar…

Isteri tidak perlu jadi nasi tambah, tak perlu tanya apa dan mengapa.

Abang ni kenapa balik rumah masam-masam? (Berleter- SALAH)

Abang ingat Abang seorang je penat? Saya duduk rumah ni 24 jam lagi penat (Kritik – SALAH)

Terus sahaja buat apa yang suami minta, jika dia minta air, bantu sediakan air.

Jika dia penat mahu terus masuk bilik baring tenangkan fikiran, pastikan katil sentiasa tersusun kemas.

Be a good listener.

Dan sebutkan kebaikan-kebaikan beliau kepada orang lain.

InsyaAllah, jika begini pasti Suami sangat sayang isterinya ? (#ulangkaji dan nasihat untuk diri saya sendiri sebenarnya)

Jadi, pernah terjadi suatu ketika dahulu, on the way pulang ke rumah dari suatu majlis ilmu di dalam kereta, Tuan Suami mohon saya urutkan beliau. Katanya:

“Tolong picit leher Abang. Abang rasa nak demam”

MasyaAllah terus saya aplikasikan ilmu yang dipelajari dan tutup mulut mengikut arahan yang diminta (dengan niat dapat mencontohi Akhlak SaidatinaKhadijah yang indah didambakan Rasulullah saw)

Tidak saya katakan:
“Tu lah Abang tak bawa baju tebal, kan dah nak demam” (mengkritik-salah)

“Bilik tu mmg sejuk, tu sebab Abang nak demam” (membebel-bebel -Salah)

Apa yang saya lakukan, hanya ambil tangan dan picit-picitkan bahu/leher suami.

MasyaAllah ilmu #ulangkaji bagi saya, suka saya dapat refresh ilmu dari Puan Guru dan mendapat ilmu baru.

Perasaan saya apabila ikut apa yang Saidatina Khadijah lakukan saya rasa tenang dan bahagia. Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad

Didoakan kasih sayang kita semua dan pasangan kekal hingga ke Syurga tertinggi. Amin Amin Ya Rabb

Nota: Status ini ditulis pada tahun 2014 sewaktu saya baru belajar ilmu ini.

Alhamdulillah, kini dengan Alquran Allah bantu lagi dan lagi & sangat relevan untuk saya ulangkaji.

Astagfirullahal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Allahummasoliala Muhammad

Gambar hiasan: Air & Alquran tersedia menunggu Tuan Suami pulang dari Masjid Solat Subuh sebentar tadi.

Satu untuk makanan fizikal dan satu lagi makanan spiritual tadabbur Alquran bersama-sama. Mudah-mudahan tenteram hatinya ?

#NotaPuanCahaya
Supaya tidak terlepas Tips kehidupan, boleh follow atau set see firstPuan Cahaya

Sumber:Puan Cahaya Norhaini Sulaiman