Usah Bebankan Ibu Ayah, Dengan Biarkan mereka Jaga Cucu. Anak Tanggungjawab Kita Suami Isteri

Share

Kini, ramai wanita bekerjaya. Sehingga urusan menjaga anak diberikan sepenuhnya kepada pengasuh atau pembantu rumah. Namun, ada segelintir yang fobia iaitu tidak percaya kepada luar untuk menjaga anaknya akan mengambil jalan mudah dengan meminta bantuan ibu ayah menjagakan anak.

Hakikatnya, keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada ibu ayah.
Memang ibu ayah tak akan menolak permintaan kita, tetapi kita harus sedar bahawa diusia emas ini, ibu ayah kita perlukan rehat yang secukupnya.
Perkongsian suami ini, Muhammad Hassan mengenai cucu yang dijaga oleh datuk dan nenek. Deep perkongsian ini


Ada seorang makcik umur 56 tahun datang jumpa saya. Bawa 3 orang anak kecil. Umur 4 tahun,3 tahun dan 1 tahun. Saya tanya mana mak ayah mereka? makcik ini jawab Ibunya di sabah,Ayah di perlis. Masing masing kerja. Makciklah kena jaga.

Makcik ni bukan apa. Jika tak jaga cucu siapa lagi nak jaga. Tak sampai hati nak menolak permintaan anak.

Tapi itulah kadang kadang letih jaga anak kecil. siang hari oklah ada orang lain tolong tengokkan,waktu malam meragam itu yang penat,lagilah jika mereka demam,dengan makcik sekali demam.

Saya diam. Taknak lagi tanya berapa duit belanja mereka hantar,kenapa tidak hantar ke pengasuh sahaja,apa masalah mereka,apa pekerjaan mereka,kenapa mak ayah anak anak kecil ini tidak merancang.

Cukuplah dengan saya melihat wajah seorang nenek kepada 3 orang cucu yang sepatutnya rehat dari segala penat lelah membesarkan anak anak kecil ini.

Saya tidak berada pada situasi ini,jadi saya tidak tahu bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini. Kebanyakkan yang menghadapi masalah ini apabila bertugas sebagai penjawat awam.

Rancang keluarga, barulah rasa anak bukan masalah 

Cuma mungkin saya boleh cadangkan kepada mereka yang baru kahwin mungkin cukup seorang anak dahulu,selebihnya rancang keluarga sehingga kita benar benar bersedia. Jangan kerana ada orang lain sanggup menjaga anak anak kita,maka kita rasakan anak ramai bukan satu masalah.

Tak kesiankah ibu yang penat membesarkan kita selama ini? Hari ini tambah lagi satu beban dengan menjaga anak anak kita pula. Tak kesiankah anak ini perlukan kasih sayang ibu yang melahirkan mereka,kasih sayang seorang bapa? Lagi pun tanggungjawab mendidik anak anak budaklah tanggungjawab mak ayah kita,tapi tanggungjawab kita.

Mak ayah kita ni memang mereka tak kisah pun,Sebab mereka sanggup buat apa sahaja demi kita,lebih lebih lagi itu cucu mereka.

Tapi sampai bila? Saya doakan jika yang ada yang sedang mengalami situasi ini moga ada jalan penyelesaian.

Semoga kita menjadi anak yang tidak memberi beban kepada ibu bapa. Seharusnya kita memberikan kebahagiaan buat mereka meniti hari tua.