Usah Banding Cara Ibu Urus Anak, Sikit Atau Ramai, Pasti Ada Acuan Sendiri, Itulah Cabaran Bergelar Isteri.

Share

Ramai wanita yang bergelar ibu ingin memberikan yang terbaik buat anakn-anak. Ada yang sanggup berkorban untuk memastikan anak-anak berjaya.

Anak ramai atau sedikit, pasti ada cabarannya buat isteri. Lumrah ada yang membandingkan cara menguruskan anak-anak. Hakikatnya setiap orang mempunyai acuan sendiri untuk mendidik anak cemerlang dunia akhirat.

Sebagaimana perkongsian ini sungguh inspirasi buat ibu-ibu dalam menghadapi cabaran mendidik anak-anak.

Ada cara tersendiri didik anak

Siti Suryani Yaakop bersama suami

Saya ni anak 2 orang. Dah besar-besar pulak tu. Beza umur pun jauh. Takda sangat nak ditengok dan diuruskan mana. Bolehlah saya bersayang-sayang dan berlemah lembut selalu dengan anak saya.

Tapi adik saya ada anak bersusun paku. Banyak masa saya lihat dia sangat bersabar dengan anak-anak dia. Selalu dukung anak sebelah tangan masa sebelah tangan lagi makan. Sesekali dia termarah anak tu, taklah bererti dia mak yang panas baran asyik nak marah tak ketahuan.

Dia bukanlah mak yang tak baik.

Mak dan mak mertua saya tinggal sini jarang-jarang. Kadang 2-3 bulan gilir-gilir tinggal. Masa dia tinggal sini, saya kool rileks je dengar depa nak cakap apa. Jarang-jarang jumpa ni seronok dengar mak bebel dekat kita. Ikut je lah apa-apa pun dia nak kata.

Tapi ada kawan saya yang memang tinggal dengan mak dan mertua dia. Kadang-kadang menangis cerita berkecik hati kena marah dah tua-tua. Lagi-lagi depan anak suami semua. Tapi saya taklah rasa dia mengadu sebab dia tak faham hati ibu dan jadi anak derhaka.
Dia bukanlah anak menantu yang tak baik.

Saya kadang lihat adik lelaki dan adik ipar saya raikan pasangan dengan buat kejutan hari jadi, beli hadiah, beli bunga, beli barang kemas dan buat sambutan masa hari-hari istimewa mereka.
Tapi suami saya dari kecik dah takda ayah. Cuma ada mak yang besarkan dengan susah payah. Dia takda contoh untuk lihat macamana nak rai-merai. Dari kecik tak pernah merasa sambut walau harijadi. Tapi taklah bermaksud dia suami yang tak bertanggungjawab dan tak memahami.


Dia bukanlah suami yang tak baik.

Saya bekerja. Ada masa dekat rumah. Ada masa dekat pejabat. Bolehlah saya ada waktu jumpa kawan nak berbual dan ada masa rehat untuk urus diri sendiri.
Tapi kawan saya suri rumah. Anak pun kecik lagi. Dari buka mata sampai malam urusannya cuma famili. Ada masa dia boleh rehat. Ada masa dia penat tak hingat. Sesekali dia kata letih urus rumah tu taklah bermaksud dia tak bersyukur ada keluarga disisi.
Dia bukanlah suri rumah yang tak baik.

Saya bekerja. Ada duit sendiri. Sesekali saya reward diri beli barang dan makan macam-macam sebab saya ada duit dan boleh buat semua dalam kemampuan. Kadang saya join kawan-kawan buat bisnes kecik sebab saya ada lebih masa. Dengan itu ada la sikit saya boleh cari harta.

Tapi adik saya tak bekerja. Dulu pun masuk U juga tapi dia pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Dia pilih untuk pantau anak sendiri depan mata. Apa yang suami bagi dia kena pandai bahagi dan guna seadanya. Ada buat online sikit nak tambah duit belanja. Dengan apa yang dia pilih taklah bermakna dia taknak majukan diri dia.
Dia bukanlah wanita yang tak berjaya.

Hidup ini kawan..Baca tapi jangan banding. Tengok tapi jangan tanding. Fikir tapi jangan pening. Rancang tapi jangan runsing.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club