Ramai wanita yang bergelar ibu ingin memberikan yang terbaik buat anakn-anak. Ada yang sanggup berkorban untuk memastikan anak-anak berjaya.
Anak ramai atau sedikit, pasti ada cabarannya buat isteri. Lumrah ada yang membandingkan cara menguruskan anak-anak. Hakikatnya setiap orang mempunyai acuan sendiri untuk mendidik anak cemerlang dunia akhirat.
Sebagaimana perkongsian ini sungguh inspirasi buat ibu-ibu dalam menghadapi cabaran mendidik anak-anak.
Ada cara tersendiri didik anak
Siti Suryani Yaakop bersama suami
Saya ni anak 2 orang. Dah besar-besar pulak tu. Beza umur pun jauh. Takda sangat nak ditengok dan diuruskan mana. Bolehlah saya bersayang-sayang dan berlemah lembut selalu dengan anak saya.
Tapi adik saya ada anak bersusun paku. Banyak masa saya lihat dia sangat bersabar dengan anak-anak dia. Selalu dukung anak sebelah tangan masa sebelah tangan lagi makan. Sesekali dia termarah anak tu, taklah bererti dia mak yang panas baran asyik nak marah tak ketahuan. Dia bukanlah mak yang tak baik.
Mak dan mak mertua saya tinggal sini jarang-jarang. Kadang 2-3 bulan gilir-gilir tinggal. Masa dia tinggal sini, saya kool rileks je dengar depa nak cakap apa. Jarang-jarang jumpa ni seronok dengar mak bebel dekat kita. Ikut je lah apa-apa pun dia nak kata.
Ads
Tapi ada kawan saya yang memang tinggal dengan mak dan mertua dia. Kadang-kadang menangis cerita berkecik hati kena marah dah tua-tua. Lagi-lagi depan anak suami semua. Tapi saya taklah rasa dia mengadu sebab dia tak faham hati ibu dan jadi anak derhaka. Dia bukanlah anak menantu yang tak baik.
Saya kadang lihat adik lelaki dan adik ipar saya raikan pasangan dengan buat kejutan hari jadi, beli hadiah, beli bunga, beli barang kemas dan buat sambutan masa hari-hari istimewa mereka. Tapi suami saya dari kecik dah takda ayah. Cuma ada mak yang besarkan dengan susah payah. Dia takda contoh untuk lihat macamana nak rai-merai. Dari kecik tak pernah merasa sambut walau harijadi. Tapi taklah bermaksud dia suami yang tak bertanggungjawab dan tak memahami. Dia bukanlah suami yang tak baik.
Saya bekerja. Ada masa dekat rumah. Ada masa dekat pejabat. Bolehlah saya ada waktu jumpa kawan nak berbual dan ada masa rehat untuk urus diri sendiri. Tapi kawan saya suri rumah. Anak pun kecik lagi. Dari buka mata sampai malam urusannya cuma famili. Ada masa dia boleh rehat. Ada masa dia penat tak hingat. Sesekali dia kata letih urus rumah tu taklah bermaksud dia tak bersyukur ada keluarga disisi. Dia bukanlah suri rumah yang tak baik.
Ads
Saya bekerja. Ada duit sendiri. Sesekali saya reward diri beli barang dan makan macam-macam sebab saya ada duit dan boleh buat semua dalam kemampuan. Kadang saya join kawan-kawan buat bisnes kecik sebab saya ada lebih masa. Dengan itu ada la sikit saya boleh cari harta.
Tapi adik saya tak bekerja. Dulu pun masuk U juga tapi dia pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Dia pilih untuk pantau anak sendiri depan mata. Apa yang suami bagi dia kena pandai bahagi dan guna seadanya. Ada buat online sikit nak tambah duit belanja. Dengan apa yang dia pilih taklah bermakna dia taknak majukan diri dia. Dia bukanlah wanita yang tak berjaya.
Hidup ini kawan..Baca tapi jangan banding. Tengok tapi jangan tanding. Fikir tapi jangan pening. Rancang tapi jangan runsing.
Bersenam untuk menjaga kesihatan itu semua kita sedia maklum, pun begitu membaca perkongsian daripada Dr. Rizal Abu Bakar menarik juga untuk dipraktikkan.
Bersenam walau hanya berjalan kaki bersama pasangan bukan sahaja menyihatkan tapi boleh juga membantu meningkatkan kasih sayang.
Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
Selalu orang tanya exercise ni pagi ke bagus atau petang. Saya cenderung pilih pagi.
Saya akan keluar dengan isteri. Anak anak pun ikut sekali. Tapi biasanya dia orang jalan jauh jauh sikit.
Kenapa bagus pagi?
Banyak neurohormon yang keluar. Ini yang hebatnya walking pagi pagi. Salah satu yang keluar ialah neurohormon oxytocin. Neurohormon kasih sayang, trust dan romantic attachment.
Jadi pagi lagi dah jadi bonding time. Bukan masa kalut kalut dan masam muka. Bukan berkejar kejar.
Lebih menarik lagi pasal oxytocin ialah kajian dari jurnal Psychoneuroendocrinology tahun 2012. Ikut kajian ini, mereka yang dalam fasa awal bercinta ada high level of oxytocin.
Dunia indah sahaja waktu tu. Semua wangi. Tulang rusuk sentiasa bergetar. Sama macam yang jalan kaki bersama.
Jadi kalau dah kembalikan bara kasih dulu, rajin rajinlah keluarkan oxytocin awal pagi. Bila berjalan keluar oxytocin. Bila berjalan secara berduet lagi banyak oxytocin keluar.
Paling power kata research di Psychoneuroendocrinology ni, rasa kasih sayang ni lasting for 6 months. So bayangkan how powerful walking pagi bersama pasangan would do to you and your love one.
Jom jalan!
Sumber : DrRizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila suami menasihati isteri dan ada ketikanya isteri pula menegur tindakan suami, tidaklah perkara tersebut pelik dilakukan. Malah kedua-dua pihak harus melihat daripada sudut yang positif.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang suami ini. Bersama ambil manfaat daripada nukilan ini agar kita juga dapat menerima teguran pasangan dengan hati yang lebih terbuka.
Saat paling indah apabila dapat dating berdua duaan dengan isteri untuk saling memperdengarkan bacaan Al Quran. Rindu saat ini apabila berjauhan.
Saya paling banyak belajar Al Quran dari isteri. Dari jauh isteri menegur bacaan saya walaupun beliau tidak melihat Al Quran. Saya perbaiki dan teruskan bacaan.
Begitulah dalam rumah tangga, jika saling menasihati, rendahkan ego, terima dengan lapang dada segala kesilapan kita. InsyaAllah tiang kebahagiaan itu tidak akan goyang sedikit pun.
Gambar hiasan
Jika bukan isteri atau suami siapa lagi nak menasihati kita. Orang lain belum tentu mampu istiqomah untuk berusaha, sabar, berdoa agar kita sentiasa dalam kebaikan.
Namun tidak pasangan kita, dia menasihati kita dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Dia taknak lihat kita dalam kegelapan, kemusnahan.
Saya bersyukur dapat isteri seindah ini. Menerima seadanya walaupun banyak kelemahan, kekurangan, keaiban.
Percaya wahai suami. Setiap nasihat dan teguran isteri itu tidaklah sia sia. Ia tanda sayang kepada kita, ia tanda kasih kepada kita. Ia tanda cinta kepada kita.
Dan ingatlah. Saat kita diuji, menerima musibah, boleh jadi semua orang membenci kita, menjauh dari kita, namun tidak sesekali isteri. Dia tetap bersama kita, dia tetap memberi peluang kepada kita. Dia mahu kita jadi insan yang baik untuk bimbing dia masuk syurga.
Bila ramai memuji dan diajukan apa rahsianya dalam menghias kediaman hingga nampak begitu cantik walau tanpa menggunakan perabot atau perkakasan yang mahal, ini jawapan yang diberikan oleh Puan Nizz Iman, “Allahu,tak pakar pun..saya banyak rujuk di pinterest dan kawan-kawan deko di ig. Saya beli barang deko sikit-sikit, beli ikut suka je. Susun pun ikut sedap mata memandang.”
Dan ini pula perkongsian beberapa keping gambar berkenaan dekorasi ruang di rumahnya dan nyata telah mencuri perhatian wargamaya.
Diharapkan ianya juga akan memberi inspirasi kepada follower Keluargamagazine dalam menghias kediaman terutamanya kepada peminat warna pink.
“Some people look for a beautiful place,others make a place beautiful.” -Hazrat Inayat Khan-
Dalam tempoh pkpb ni ramai antara kita lebih banyak masa di rumah.Jadi mestilah nak duduk rumah dalam keadaan cantik dan sedap mata memandang.
Nak cantikkan rumah,tak semestinya kena guna barang atau perabot mahal.Kita kena kreatif.Boleh rujuk Pinterest untuk dapatkan idea2 susun atur dan diy.
Nah saya share sekitar beberapa ruang yang telah saya deko dengan cara bajet.
Dekorasi Bilik Tidur
Bajet disini bermaksud, saya tak pakai perabot atau built in cabinet yang mahal-mahal. Hanya yang mampu milik.
Dekorasi Ruang Dapur
Deko saya bertemakan pink. Alhamdulillah dapat kelulusan suami.
Bekas tepung beli di kedai bakery, warna tutup asal hitam saya spray pink. Bekas spaghetti beli di shopee.
Barang-barang ni semua ada beli di shopee, mr diy, kaison, eco shop.
Untuk info barang yang saya beli di shopee boleh tengok di highlight story sye. IG nizziman_
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...