Semua ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Anak yang memberi kegembiraan buat ibu bapa.
Namun ada anak yang menujukkan sikap yang membangkitkan kemarahan ibu bapa. Asyik melakukan kesalahan tentu geram
dibuatnya.
Menurut lelaki ini, anak juga seperti orang dewasa perlukan jawapan setiap
kesalahannya.
Ikuti selanjutnya perkongsiannya.
Ada waktu, apa yang kita marahkan pada
anak-anak, mereka tak faham mengapa perkara itu menyebabkan kita marah.
Kita marah, lampu bilik air tak tutup. Dia tak faham kerana bil elektrik bukan dia yang bayar.
Kita marah, pinggan mangkuk tak berbasuh selepas makan.
Dia tak faham semut lipas banyak dalam rumah.
Kita marah, dia malas belajar.
Dia tak faham, kenapa belajar perlu serius keras kejung sampai duduk pun tegak 90 darjah.
Kita pula, ibu bapa, marah atas sebab-sebab yang berbeza.
Anak kita, dah azan maghrib baru masuk rumah, memang siaplah kena ceramah. Kalau dulu, kena belasah.
Anak jiran, sampai azan Isyak pun masih lepak dengan motor depan rumah.
Anak confius. Anak tak faham.
Sebabnya, set nilai setiap keluarga berbeza. Ikutlah apa nilai dan prinsip yang dipegang setiap parents.
KENA ADA JAWAPAN UNTUK ANAK FAHAM
Jika kita mahu pertahankan nilai dan prinsip kita, kita perlu tahu dengan jelas, mengapa?
Kalau sekadar ikut-ikutan, turun temurun. Tak jadi. Anak perlukan jawapan. Itu pun, pelbagai jawapan, dengan harapan ada jawapan yang serasi logik akal mereka yang belum matang.
Isteri selalu mengadu, “Pelik budak-budak ni. Nasihat banyak kali pun, tak faham-faham. Susah betul nak ikut.”
Jawapan saya, “Jangan kata budak-budak. Orang dewasa pun ada yang jenis susah nak faham. Tengoklah geng potong lane atas jalan. Berapa ramai!” Pokoknya, kerja memahamkan orang ni, bukan kerja senang. Kena cakap banyak kali. Kena guna pelbagai kaedah. Kena tunggu masa yang sesuai. Nak level lebih tinggi lagi, percayalah, apabila hidayah Allah sampai, fahamlah mereka.
Gitu sajalah, kalau nak sedapkan hati.
Sumber: Ammar Kamilin