
Sekali sekala mesti kita akan rasa sakit kaki, lebih-lebih lagi kalau banyak berjalan. Jika tidak pun disebabkan tuntutan kerja yang memaksa kita banyak berdiri.
Cara hendak melegakannya lain tak bukan mestilah dengan urutan, agar urat-urat di kaki tak bersimpul.
Jadi ketahui cara hendak mengurut kaki sendiri. Jangan biarkan diri terus mengeluh dan menanggung kesakitan.
Teknik urutan ini telah dikongsi oleh Puan Sarifa Redzuan II melalui fbnya.
Bila selalu sakit kaki, boleh urut macam ni.
- Sapu minyak seluruh kaki
- Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan lahan 6 kali – teknik Alternate palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali – teknik knuckle
4. Buat putaran ke atas 6 kali- teknik thumb circle
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali – teknik thumb gliding
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali – teknik thumb gliding
7. Urut bawah ibu jari kaki – teknik thumb gliding
8.Tekan setiap jari jari – teknik static pressure
- Ulang dari langkah 1-8 pada kaki sebelah lagi
- Lap tapak kaki atau terus pakai stokin
Buat setiap malam sebelum tidur. In Sha Allah tidur pun lebih berkualiti. Bangun pagi esok kaki pun ringan ja rasa. Selamat berurut semua
Sumber : Sarifa Redzuan II
Biasa-biasakan Keluarga Minum Air Carrot Susu Berbanding Jus Carrot Kosong, Dr Ni Bagi Pencerahannya!

Meskipun menikmati air carrot menjadi antara menu yang digemari ramai, namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu rupanya jika dicampurkan dengan susu, ianya menjadi lebih berkhasiat berbanding jika diminum kosong.
Selain itu, disarankan juga menggunakan susu segar. Namun apa yang biasa kita buat adalah dengan mencampurkan dengan susu sejat. Apa sebabnya cara ini adalah yang terbaik?
Hal ini dijelaskan oleh saintis dan elok juga kita fahami, agar apa yang keluarga kita minum atau makan adalah yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan bukan sebaliknya.
Jom baca perkongsian penuh daripada Dr Suri Roowi ini.
KENAPA MINUM ‘CARROT SUSU’ LEBIH BAIK berbanding ‘CARROT O’?
Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid. Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan. Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak atau lemak.
Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi. Sebaiknya guna susu segar.
Makanan lain yang kaya dengan karotenoid
Tomato juga kaya bahan karotenoid. Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah. Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu
Labu juga kaya karotenoid. Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan
Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun
Fakta penting : Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak)
Ini penting untuk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih.
Selamat mencuba
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
sumber : Dr Suri Roowi
Ibu Hamil Ada GDM Kena Ikut Langkah Pemakanan Ni, Perlu Kawal Makan!

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil. Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung.
Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak menyeronokkan. Apatah lagi jika ia makanan kegemaran anda seperti makanan segera.
Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anda dan juga bayi, ibu terpaksa berkorban sedikit apabila disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari:
- Makanan berproses
- Minuman beralkohol
- Makanan pastri seperti mufin, donut atau kek
- Makanan bergoreng
- Minuman bergula seperti soda, jus dan minuman manis
- Aiskrim
- Makanan diproses
- Makanan yang sangat berkanji seperti pasta putih, roti putih, nasi dan juga kentang
- Bijirin manis, bar granola manis dan oat manis
Kawal jumlah hidangan berkanji
Makanan berkanji yang diambil akan berubah menjadi glukosa. Disebabkan itu penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan atau ia akan meningkatkan jumlah glukosa yang tersimpan.
Bukan tidak boleh memakan makanan berkanji, boleh. Namun, anda harus pastikan ia dalam jumlah yang berpatutan, seperti 1 cawan kanji bagi setiap hidangan atau 2 keping roti putih.
Secawan susu
Oleh itu, pengambilan berlebihan atau terlalu banyak sekali gus oleh wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
Hadkan pengambilan buah-buahan
Buah adalah makanan sihat tetapi ia tinggi kandungan gula semula jadi. Seorang ibu mengandung boleh memakan sehingga 3 hidangan buah setiap hari, tetapi disarankan untuk makan satu persatu dan bukan sekali gus. Elakkan daripada memakan buah yang diproses dalam tin.
Waktu bersarapan
Pada waktu pagi, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal disebabkan tahap naik turun normal kadar hormon.
Pun begitu, pengambilan bijirin halus, buah-buahan bahkan susu mungkin tidak boleh diterima dengan baik semasa sarapan pagi.
Jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu banyak selepas bersarapan dengan makanan sebegitu, ia bermakna anda harus mengelakkan daripada mengambilnya pada waktu sarapan. Biasanya, sarapan pagi yang mengandungi kanji serta protein adalah gabungan terbaik.
Elakkan jus buah
Untuk menghasilkan segelas jus memerlukan beberapa biji buah. Umumnya, jus adalah sumber karbohidrat pekat.
Disebabkan ia dalam bentuk cecair, memakannya berisiko untuk menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat, sudah tentu tidak bagus untuk mereka dengan gestasi diabetes.
Jauhi gula tambahan
JANGAN menambah gula, madu atau pemanis ke dalam makanan atau minuman anda. Apabila sesuatu produk menyatakan ia “bebas gula”, sila semak kandungannya. Ini kerana produk sebegini selalu mengandungi sejumlah besar karbohidrat. Contohnya, makanan yang diproses dan makanan segera.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: Hello Doktor
“Jangkitan Dari Gigi Kalau Tak Dirawat Boleh Membunuh” Dr Malar Pesan Ibu Ayah Pantau Gigi Anak

Isi Kandungan
ToggleSakit gigi antara sakit yang paling ramai orang tak boleh tahan. Kesakitan yang dirasakan bila sakit gigi menyerang memang boleh membawa pergaduhan.
Kebanyakan orang tak kira kanak-kanak atau dewasa pasti boleh menangis kalau mendapat sakit gigi.
Tak kira sama ada kesakitan itu disebabkan jangkitan kuman, berlubang dan sebagainya, sakit gigi memang tak boleh bawa berbincang kecuali perlu segera berjumpa doktor gigi.
Tetapi berapa ramai yang tahu, sakit gigi tanpa rawatan boleh membawa kepada jangkitan kuman di otak dan ke seluruh badan sehingga boleh membawa maut!
Jangan main-main ya. Perkongsian daripada Dr Malar Santhi dalam Instagram miliknya @celotehdrmalar mengenai pengalaman beliau merawat seorang pesakit kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh semua tentang pentingnya penjagaan kesihatan gigi.

Demam Tak Kebah
Berdasarkan kisah benar
Budak tu berusia 10 tahun, berat dalam 30kg, lelaki. Parents dia memang nampak risau sangat. Katanya dah on off demam batuk dekat sebulan.Dah pergi beberapa klinik, dan hospital sekali dua, ubat semua dah habis makan 2-3 round, tapi demam masih tak kebah.
Kali ni mereka datang ke hospital tengah tengah malam, sebab anaknya tu langsung dah tak respons. Mereka risau anaknya dah dehydrated. Kepada kaunter saringan di depan, complaint yang ibu bapanya beri adalah “demam batuk dah sebulan, tak makan minum 2 hari”.
Saya tengok adik S dekat zon merah, staff bawak masuk terus sebab nampak lembik sangat. Suhu 40′, kadar nadi dia laju sangat,lebih kurang 140-150. Tekanan darah dia pulak rendah untuk umur dan berat dia. Itu memang kriteria masuk zon merah.
Muka pucat, bibir kering, hujung jari dia sejuk walaupun bahang badannya begitu tinggi. Lepas perkenalkan diri, saya tanya si Ibu,panggil dia apa ye? Along katanya.
Maka saya bertanya,
“Along demam ke?” Adik S tak respon.
Along lapar tak? Masih takde respons.
Mata dia tertutup, bila si ibu panggil, dia bukak mata, tengok sesaat dua, lepas tu dipejam balik.Hati saya dah rasa tak best, someting not right with this budak.
Saya tekan bahagian tengah dada dia, dia mengerang sikit, lepas tu ditolaknya tangan saya, dan dia pejam mata balik.
Ibunya ajukan soalan atas arahan saya, dia jawab tapi meracau, tak menjawab soalan.
Along tak sedar sepenuhnya, score kadar kesedaran dia, ayng dikenali sebagai GCS dah tak normal.
Saya pandang staf senior, “Patient in septic shock, pasang 2 branula, fluids 10mls per kilogram = 300mls bolus, Suppository Paracetamol 450mg. Satu branula saya pasang, nak amek blood C&S sekali.Set check BP every 10mins”
Kena Jangkitan Sepsis
Sepsis tu maksudnya kuman dah merebak ke seluruh badan, menyebabkan pengaliran darah dah dicemari dengan kuman, dah tak normal, menyebabkan tekanan darah rendah, nadi laju, dan pesakit boleh tidak sedarkan diri tiba tiba. Biasanya bermula dengan separa tak sedar, ataupun macam meracau, lepas tu baru lah “pengsan” ataupun tak sedarkan diri.
Saya sambung periksa Along balik. Sebab saya kena carik kuman dalam tubuh dia ni berasal daripada mana.
Saya arahkan si Ibu untuk bantu saya bukak mulut Along, ye lah dia kan tak sedar sangat,tak boleh ikut arahan.
Saya standby dengan torch light,si Ibu dan staff tolong bukak kan mulut Along.
Tak sempat tengok tonsillnya, kami semua dah terlopong.Di gigi gerahamnya ada satu nanah besar, gusinya di belakang di bengkak dan merah. Adui !!!
Sepsis dia berasal dari nanah di gigi, turun ke gusi, turun ke tekak dan sekarang ia telah merebak melalui pengaliran darah ke seluruh tubuh !!
Gigi lain pun memang tak bersih, penuh dengan cavity tebal berwarna kuning.
“Along dalam keadaan kritikal sebab jangkitan kuman dari gigi dan gusi dah merebak ke seluruh tubuh.
Kami dah bagi antibiotics untuk bunuh kuman, air drips sebab dia dehydrated, dan ubat untuk naikkan tekanan darah.
Sekarang kami kena hantar Along ke CT Scan Otak sebab memang jangkitan dari gigi boleh merebak ke otak dengan cepat, lagipun leher dia tegang, kadar kesedaran dia tak normal, memang risiko jangkitan dah merebak ke otak snagat tinggi.
Ibunya menangis teresak esak, sambil si ayah memujuknya.
“Takpe, kita doa banyak banyak, jangan risau, Abang risau takde apa jadi kat Along”
Si ibu pula menjawab, “Tu lah saya kerja pagi sampai malam sampai tak sempat nak pantau dia orang. Anak dah sakit pun boss tak bagi ambil cuti, saya masih pergi ke kerja. Lepas ni saya nak resign bang”
Daripada ujian CT Scan, kami nampak jangkitan dah masuk ke ruang sinus, menyebabkan sinusitis, tapi tak nampak dalam otak. Nasib baik, termakbul jugak doa mak ayah dia, huh!!
Along di zon merah dekat 4 jam untuk distabilkan, dan kemudiannya 3minggu di ICU untuk rawatan penuh. Dia dalam keadaan koma dalam 2-3hari, yang mana dia diberikan bantuan pernafasan secara intubasi.
Bermula Dari Sakit Gigi Biasa Sahaja
Semuanya berasal daripada sakit gigi biasa.
Melalui pesakit ni lah saya dapat tahu bahawa, tak ramai orang tahu yang bahawasanya jangkitan daripada gigi boleh naik ke otak, boleh merebak ke seluruh tubuh, dan seterusnya boleh membunuh sebenarnya. Bukan hanya di kalangan kanak-kanak ye, tapi juga sering berlaku kepada orang dewasa dan warga emas.

Kalau ada masa, terutamanya dalam cuti sekolah ni, bawalah anak anak berjumpa doktor gigi, check apa yang patut, cuci apa yang perlu. Kalau kat swasta kena belanja sikit, kalau kat kerajaan seringgit je pun. Lagipun, doktor gigi ni rata rata cantik dan hensem orangnya.
Berjaga-jaga sebelum kena, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Kita beringat lah sama-sama ye.
Sumber: @celotehdrmalar