Bila memikirkan tentang menguruskan buku-buku sekolah anak, boleh pening kepala dibuatnya.

Mana hendak disiapkan tulis nama pada buku teks dan latihan, balut buku yang banyak itu dan hinggalah menyusun jadual harian sepanjang sesi persekolahan. Semua ini  andai dapat diurus dengan baik pasti mudah dan teratur.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Liliwati mungkin boleh dipraktikkan. Jom semak caranya.


Di sini saya nak share cara saya uruskan buku anak. Selain nampak kemas, kacak dan bergaya ia juga bole mengelakkan kes tertinggal buku. Buku pun tak cepat rosak.

Uruskan Buku Sekolah Anak Lagi Mudah Ikut Cara Ibu Ni! Ketahui Caranya.

Tambah² untuk anak yang baru tahun 1. Ibu² mudah pantau, sambil ikut jadual waktu. Anak lebih berdisplin dan bertanggungjawab.

Uruskan Buku Sekolah Anak Lagi Mudah Ikut Cara Ibu Ni! Ketahui Caranya.

File ni saya beli kat DIY je. Harga pun berpatutan, lingkungan RM2 camtu ikut pada file yg kita pilih.

Ads

Setiap file di isi dengan buku teks, buku kerja dan buku tulis. Kira lengkaplah untuk satu subjek. Maka takdelah kes tertinggal buku tulislah, buku teksla dan sebagainya.

Seeloknya pilihlah yang berwarna. Satu warna mewakili satu subjek.

Yang sticker tu saya saja² je ngada² bio nampak lawo. Tulis tangan pun ok sebenarnya.

Tapi maknya ngade², sebenarnya tulisan tangan maknya tak lawo. Hahahaha… Pecah rahsia.

Yang cop² tu beli dulu masa aiman masuk darjah 1. Macam syok pulak tengok dia cop² kat buku teks.

Ads

Uruskan Buku Sekolah Anak Lagi Mudah Ikut Cara Ibu Ni! Ketahui Caranya.

Okey, sattle dah bab buku dengan nama anak. Yang ni penting sangat penting. Kadang² kan ada masa terlewat bangun pagi kelangkabut nak siapkan anak, nak hantar kesekolah sampai terlupa bagi duit belanja.

Uruskan Buku Sekolah Anak Lagi Mudah Ikut Cara Ibu Ni! Ketahui Caranya.

Apa yang saya buat, saya letak duit dalam 1 plastik dan tulis untuk kegunaan kecemasan.

Ads

Bagitau kat anak apa maksud kecemasan, digunakan waktu bila. Secara tak langsung kita ajar anak kita jujur dan bertanggungjawab.

Simpanlah di dalam beg di tempat yang sukar ditemui. Selalu saya cakap kat anak ‘tempat rahsia’. Kalau ‘rahsia’ memang rahsialah tak bole bagitau orang lain kecuali mama.

Semuga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu² disana. Lebih² ibu yang mempunyai anak yang baru melangkah kedunia baru. Alam persekolahan yang sebenarnya.

Anak kita adalah tanggungjawab kita.
Guru² disekolah hanya membantu.

Bila kita sama² bekerjasama pasti hasilnya lebih baik.Insyaallah..

Selamat kembali ke sekolah anak².

sumber: Liliwati Kasdi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI