Dalam rumah tangga kena ada give and take, saling memahami antara satu sama lain. Usah biarkan benda-benda kecil menjadi penyebab anda suami isteri bermasam muka.
Sebab tu nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera perlu ada common sense antara kita dan pasangan.
Dalam bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga misalnya, kena saling membantu. Usah meletakkan tanggung jawab di bahu isteri. semata-mata Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kisah yang dikongsikan oleh saudara Zaim Zin ini cukup menyentuh hati. Semoga para suami dan juga isteri mengambil iktibar dalam sama-sama melayari alam rumah tangga. Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Ads
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki” Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Ads
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni. Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
Ads
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama. Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ajal maut adalah rahsia Allah yang mustahil diketahui mana-mana makhluk. Jika sudah tersurat suami pergi dahulu, isteri perlu tabah mengharungi kehidupan seterusnya. Memang sedih, tetapi jangan lupa hak-hak anda sebagai isteri terutama harta peninggalan arwah suami. Tuntutan hak bukan bermakna anda mata duitan, tetapi demi anak-anak sebagai waris.
Memang ada isteri yang kematian suami tidak mengetahui hak-haknya sehingga hidup susah sedangkan ada harta arwah untuk anak-anak. Paling menyedihkan isteri itu pula surirumahtangga.
Ikuti penjelasan peguam ini Roslina Sabiyah & Co mengenai hak-hak dan tindakan yang perlu isteri tahu setelah pemergian suami.
Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul menuntut harta pusaka suami yang dah meninggal. Jangan sampai maruah anda dipijak hanya kerana anda tak tahu nak membela dan mempertahankan hak anda sendiri! . Saya membelek senarai dokumen yang diserahkan seorang wanita yang baru setahun kematian suami. Saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena. “Kamu dah uruskan insurans, akaun bank dan kereta ni semua?” . “Sudah puan.. saya sudah uruskan semuanya. Hampir 10 bulan saya uruskan tapi tak selesai-selesai lagi. Sekarang ini rumah pulak nak kena mohon. Urus pusaka memang macam ni ye puan? Saya dah penat..” . Saya menggeleng.. rasa terkilan sebab masih ramai wanita yang tak dapat maklumat yang lengkap untuk mengurus harta pusaka dengan betul. “Boleh ceritakan apa urusan yang puan dah buat?” Tanya saya sekadar nak tahu sejauhmana laluan ‘berliku’ yang dah dilaluinya.. . “Suami ada tinggalkan wang simpanan di bank. Saya pergi ke bank untuk keluarkan duit. Pihak bank suruh saya pergi ke Amanah Raya untuk dapatkan surat Arahan. Saya pergi ke Amanah Raya. Pihak Amanah Raya pula suruh saya ke Mahkamah Syariah untuk mohon sijil faraid. Saya ke Mahkamah Syariah pula untuk mohon sijil faraid. Dah dapat sijil faraid saya hantar ke Amanah Raya. Saya pun dah ke JPJ untuk urusan yang sama. Dalam surat JPJ ada minta beberapa dokumen dan saya pilih untuk uruskan dengan Amanah Raya sahaja”. . Kalau dah berurusan di sana, kenapa baru sekarang puan nak jumpa peguam? . “Sebenarnya saya dah tanya ramai orang..kat mana saya nak uruskan harta pusaka ni. Tapi jawapan mereka berbeza-beza. Ada yang suruh saya ke pejabat tanah. Jadi saya ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah suruh saya buat carian persendirian tanah tu di pejabat tanah negeri pula (sebab hakmilik tanah adalah HS.(D)). Saya dah buat carian dan pergi semula ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah dah bagi saya borang permohonan pusaka..” . Kemudian? Kenapa tak teruskan permohonan? Tanya saya semakin tak sabar.. . “Puan.. anak saya masih kecil. Suami cuma tinggalkan rumah ini sahaja untuk saya. Mak ayah mertua dah dapat pampasan insurans suami. Tak ada cara ke macamana saya boleh dapatkan rumah ini untuk saya dan anak? Sebab mak ayah mertua dah pernah bagitau.. rumah yang saya duduk ni atas nama anak mereka… “ . Tak sempat habiskan ayat dia dah keluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Merambu air matanya. Mungkin dah lama sangat dipendam apa yang terbuku di hati.. usianya masih muda tetapi wajahnya jelas menggambarkan raut keletihan.. saya yang mendengar cerita pun dapat rasakan betapa letihnya dia mengurus semua seorang diri. . “… jadi mereka pun nak tuntut juga hak mereka atas rumah tu. Mak ayah mertua saya bukan orang susah puan. Mereka orang berada. Tapi sejak arwah hidup memang mak ayah mertua dan adik-beradik suami tak suka kami sebab kami bukan orang senang. Dia tak pernah pelawa cucu dia sendiri makan di rumah dia puan. Bila suami meninggal, dia dulu yang tuntut insurans suami. Tak bagi pun kat anak saya. Duit tu saya tak kisah sangat. Saya hanya nak rumah ini sahaja untuk tempat berteduh saya dan anak..” . Baru saya faham kenapa dia tak teruskan permohonan sendiri. Beliau rasa tak selamat untuk teruskan kerana ada isu yang beliau tak tau jalan penyelesaiannya. . “Puan tau tak, sebenarnya puan tak perlu pergi semua tempat tu. Jika arwah suami ada tinggalkan rumah atau tanah, puan sebenarnya hanya perlu mohon terus di unit pusaka kecil di pejabat tanah sahaja. Perintah dari pejabat pusaka tu nanti boleh digunakan untuk keluarkan duit di bank dan tukar nama kereta di JPJ dan juga untuk tukar nama pemilik rumah dalam geran. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu mohon faraid pun sebab di pejabat pusaka tu dah ada pegawai yang mahir kirakan faraid”. . Terkejut dia dengar saya bagitau macam tu. “Patutlah saya rasa macam orang bodoh je puan. Tak ada siapa pun yang bagi maklumat macam tu. Suruh ke sana saya ke sana. Suruh ke sini saya ke sini. Kadang rasa macam bola kena tendang ke sana sini. Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah.. sekarang apa perlu saya buat puan?“ ada harapan dalam nada suaranya.
ISTERI BOLEH MOHON SENDIRI . “Sebenarnya, urusan pusaka kecil ni puan boleh mohon sendiri. Tapi jika ada isu dengan waris-waris, puan kena lantik pihak ketiga sebagai orang tengah. Ini untuk memastikan, puan mendapat nasihat yang betul dan hak puan serta anak terbela. . Walaupun bahagian puan di atas rumah tu hanya 1/8, puan masih boleh mohon Hak Harta Sepencarian. Bahagian mak ayah mertua akan semakin kecil selepas ditolak dengan bahagian harta sepencarian. . Jika mak ayah mertua masih tak setuju melepaskan hak faraid atas rumah tu, minta bapa mertua tandatangan surat, “saya setuju mengambil duit pampasan ini sebagai bahagian faraid saya dari harta si mati dengan sepenuh kesedaran bahawa tanggungjawab untuk menanggung anak si mati iaitu cucu saya adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai datuknya”. . Lepas ni kalau datuk tu senyap dan buat tak tahu pasal cucu tu, puan boleh failkan tuntutan nafkah untuk anak puan di Mahkamah Syariah. Faham? . “Alhamdulillah faham puan. Terima kasih puan. Saya memang tak tau langsung pasal hak saya. Kan bagus kalau ramai wanita yang tau hak mereka. Tak adalah mereka kena lalui apa yang saya dah alami..” ada sinar di matanya. Ada senyum di bibirnya. Alhamdulillah.. lega saya drama air mata kali ini tidak berpanjangan. . Sejenak saya terfikir. Aduhai wanita.. kalau kita sendiri yang tak mempertahankan hak kita siapa lagi? . #celikpusaka #rancanghartaelaksengketa #empoweringwomen #kuasawanitadisini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang ni ramai yang menggunakan kemudahan internet secara WiFi di rumah. Maklumlah anak-anak setiap hari menggunakan untuk PdPR. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja di rumah.
Namun pernah kita mengalami situasi apabila prestasi WiFi anda terasa perlahan pada waktu-waktu tertentu membuatkan aktiviti harian menjadi sukar.
Tahukah anda ia berlaku barangkali dikatakan berkaitan dengan ‘pencerobohan’ line internet. Siapa yang tak geram, bayar mahal-mahal ada yang guna secara percuma.
Nak tahu cara kesan pencuri WiFi tersebut, menerusi pengguna TikTok @hafizi.zain, menunjukkan cara untuk kesan pencuri WiFi di rumah yang menyebabkan internet menjadi perlahan.
Langkah pertama: Muat turun aplikasi Fing yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.
Langkah kedua: Settings Fing mengikut terma dan syarat
Langkah ketiga: Selesai settings, ‘scan for device’
Langkah Ke empat: Paparan skrin dikatakan menunjukkan beberapa nama yang mencurigakan. Klik peranti berkenaan.
Langkah kelima: Klik ‘remove divice’.
Nota: Aplikasi ini dapat membantu anda mengenal pasti peranti yang daripada terus mengakses rangkaian WiFi ini. Jadi cara yang sebaiknya adalah menukar ‘password’ untuk mengelak kejadian sama berulang.
Cara menyimpan setiap orang berbeza-beza, tetapi cara yang satu ini sangat kreatif. Walaupun sedikit amaunnya, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Menurut Miss Watie Resaliza kaedah tersebut sudah lama dipraktikkan setiap kali suaminya memberi duit untuk membeli kuih. Baki membeli kuih tersebut dijadikan simpanan olehnya.
Menarik idea yang dikongsikan ini. Boleh cuba praktikkan ni.
“siapa igt lagi cara saya saving duit hasil dari baki belanja bli lauk.baki bli sarapan..atau bli kuih kuih.
“Husband bg duit sy g bli dan baki sy packing mcm ni…hujung bulan buka…dapat la 300-400 tgok pda baki la kan.
“Alhamdulillah..murah rezeki husband kan😁🥰🥰smoga suri2 terinspirasi ya.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.