Urus Group Telegram Untuk Sesi Pembelajaran PdPR Anak-anak Lagi Mudah Bila Buat Begini!

Share

Cabaran pembelajaran anak-anak untuk sesi persekolahan tahun ini memang luar biasa cabarannya.

Bahkan kita sebagai ibu ayah juga perlu memberi lebih tumpuan dan kerjasama dalam menjayakan sesi PdPR ( Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kita.

Melancarkan lagi perlaksanaan pembelajaran atas talian, guru-guru sudah mewujudkan group telegram untuk memudahkan info, borang dan sebagainya disampaikan kepada murid-murid dan ibu ayah.

Lantaran itu, bagi mengurus group telegram yang ibu ayah telah join, seorang ibu ini berkongsi ilmu untuk mewujudkan folder di telegram dan sekali gus cukup bermanfaat untuk dipraktikkan.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.


Dua hari lagi Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia?

Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungsi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak.

Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar.

Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau.

Step 1

Pastikan telegram kalian sudah di update dalam versi terkini untuk settong FOLDER. Cara hendak up date perlu masuk google apps, update Telegram

Step 2

Klik pada FOLDER untuk ceate folder. FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku. Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channe ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.

Step 3

Klik Creat New Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan.  Setiap folder letak nama atau apa-apa yang mak ayah mahu.

Step 4

Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut
ketegori folder yang dicipta tadi.

NOTA PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (karang tak boleh nak SAVE)

Step 5

Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.

Senang mak ayak nak carik group anak
yang mana satu. Tak perlu nak scroll
semua chats. Kurang sikit pening kepala tu

Nota kecil :
Harap semua guru yang masih menggunakan wasup menukarkan kepada group Telegram. Ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.

Sumber : Nora’s Noraziyan