Urus Anak Sulung Perlu Cara. Tapi Sayang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang!

Share

Dikurniakan beberapa orang anak tentunya suatu yang membahagiakan buat ibu dan ayah. Pun begitu, dalam membesarkan anak-anak ini mungkin kita sebagai ibu bapa sering terlepas pandang. Apa yang sering terjadi, kita selalu beranggapan anak sulung sudah pandai berdikari dan merasakan tidak perlu diberikan perhatian penuh berbanding adik-adiknya yang kecil. 

Hakikatnya, bila mana menyandang gelaran anak sulung, mereka  juga sebenarnya sedang cuba belajar menyesuaikan diri. Tapi dari kacamata seorang ibu dan ayah, kita mengharapkan kesempurnaan daripadanya. Maka sering sahaja kita akan memarahi anak sulung dan tanpa sedar membandingkan sikapnya dengan adik-adiknya yang lain.

Bila ini berterusan terjadi, pasti timbul konflik di dalam diri anak sulung. Ikuti perkongsian seorang ayah iaitu Encik Taufik Razif dan juga merupakan seorang doktor mengenai apa yang dilakukan dalam menyantuni anak sulungnya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama.

INI KISAHNYA

Kalau tiba-tiba Maryam Soolihah suka marah dan pukul adiknya mesti saya check diri saya sendiri.

Biasanya Maryam Soolihah jadi camtu sebab SAYA SISIHKAN dia tanpa saya sedar!

Dia berebut mainan dengan adik dia, saya marah dia.
Dia mintak dipeluk, saya pergi dahulukan adiknya.
Dia minta dihargai, saya pergi puji adiknya.
Kadang-kadang adik dia buat perangai pun saya termarah juga si kakaknya!

Ya Allah! Saya salah!

Saya lupa yang nak jaga anak sulung ni ada tekniknya yang tersendiri. Saya terlupa anak sulung ni juga ada ego yang kalau tak dijaga dengan baik, boleh rosak dalaman dia.

SEPATUTNYA, bila berebut mainan saya kena jaga dulu hati anak sulung yang dah mula faham erti kecil hati, kecewa dan cemburu. Sepatutnya saya kena buat-buat suruh si adik tu mintak izin kakak. Si adik bukan faham apa pun tapi saya kena buatkan kakak tu rasa dihargai.

SEPATUTNYA, saya kena buatkan si kakak ni tak merasa terancam dengan kehadiran si adik. Saya kena INSTALL BELIEF SYSTEM bahawa kehadiran si adik ni membuatkan diri si kakak ni lebih dihargai kerana dia lah nanti yang akan bertindak sebagai ROLE MODEL dan PELINDUNG kepada adiknya sendiri

SEPATUTNYA, saya kena lebihkan menghargai dan memuji kakaknya. Hanya kakak yang penuh tangki emosinya akan mampu menyalurkan kasih sayang tu pada adiknya sendiri. Kakak yang kosong tangki emosinya akan mula cemburu dan merasakan si adiknya lah punca dan perampas kebahagiaannya!

sumber : Taufiq Razif