“Urus Anak, Rumah & Alahan Hamil Yang Hebat.” Jadi ‘Ketua Keluarga’ sementara Selepas Suami Operation, Tabahnya Ibu Ni!

Share

Pengorbanan seorang isteri. Demi untuk keluarga tersayangs egala kepayahan ditanggung tanpa keluhan. Demikianlah juga dengan pengasas Rina Salleh Clothing yang terpaksa memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga buat sementara waktu selepas suaminya menjalani pembedahan di kedua-dua bahagian lututnya.
Ketabahan dan semangat kental yang ada dalam diri Rina Salleh itu menarik perhatian pengikutnya. Sementelah dia kini sedang berbadan dua.

Baru-baru ini menerusi laman instagramnya, Rina memuat naik perkongsian tentang keadaan suaminya yang baru menjalani pembedahan lutut dan kini sedang berehat sambil menjalani rawatan fisio sepenuhnya.
“Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. AlhamdulILLAH Thumma AlhamdulILLAH sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya.

“Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan. Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam.

“Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar. Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InshaALLAH lepas ni kita usahakan.


Akui Rina lagi, dia seolah-olah tidak percaya dapat menguruskan segala-galanya sendiri, sementelah diri sedang berbadan dua dan alahan yang teruk.

Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat.
.
AlhamdulILLAH banyak ALLAH mudahkan. ALLAH bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga. Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami..
Ps: masa di hospital dapat khabar gembira YM ABUYA ABU ASWAD IBNU ZAKARIA ALKUBRA buat kejutan. Tiba-tiba bagitau nak datang. MasyaALLAH dari Kelantan datang untuk ziarah, bagi nasihat dan kata semangat. Tersenyum lebar @afiqiskandar1 sampai hari ni. Berkat doa seorang guru, insiden ni dapat kami ambil kekuatan dan hikmah luar biasa darinya,” tulisnya dikapsyen.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub