Rezeki itu datang dengan pelbagai cara dalam kehidupan kita. Rezeki bukan wang ringgit semata tapi memiliki anak juga adalah rezeki.

Untuk membesarkan adalah cabaran buat ibu bapa lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Bukan calang-calang untuk menguruskan anak dengan pelbagai ragam.

Bah kan pada masa yang sama perlu uruskan hal memasak, menghantar ke sekolah, mengajar dan mendidik anak. Sudah tentu ia agak memenatkan. Bukan suami tidak membantu, namun ia momen ini sudah tentu menjadi kenangan yang indah untuk dikenang.

Inilah yang diakui oleh wanita ini, Nor Sha Eriani apabila menguruskan tujuh orang anaknya kesemua adalah perempuan.

Urus 7 Puteri, Malam Bertukar Jadi ‘Harimau Jadian’. Wanita Ini Akui Penat Tapi Itulah Memori Indah.

RUTIN HARIAN 

Rutin harian saya ..

Ads

– Bangun kul 4 pagi , solat sunat tahajut dan masak sahur (hari biasa kul 5)
-Pukul 5 kejut anak6 ( baby pun bgn jugk)
– anak 6 semua wajib bersahur dan mkn takut x larat puasa
-Kemas dapur sambil dibantu ank2
-Pukul 6.00 semua ank6 mandi (baby kdg2 mandi sebab berak)
– Pukul 6.15 wajib masuk surau ( sapa masuk lebih time kena rotan)
– Sembahyang subuh berjemaah

SIAP KE SEKOLAH

– 6.40 semua kena masuk kereta ( masa ni la mama memetir takut jem ke sekolah)
– 7.00 sampai ke sekolah rendah (drop 3 puteri)
– 7.05 hantar barang dan keperluan kat umah transit untk anak sek agama petang ( tepi sekolah jer )
– 7.15 sampai sekolah menengah( drop kakak )

MASA URUS RUMAH

Ads

– 7.40 sampai umah( lau hari x puasa g breakfast dulu )
– 8.00 settle pakaian, siram pokok, kemas umah dan bagi baby makan ( umah kena settle sebelom hadap kerja opies)
– pukul 10.00 solat dhuha (ada kala miss jugak)
– Pukul 10.30 masuk opies (jalan kaki jer ngn baby dan anak no 6 sebab opies 2 minit smpi)
– Settle keje opies dan pastikan ank no 2 g sekolah ptg (naik transport )
– Pastikan ank sekolah ptg blk (naik transport) smpi opies
– Sambung keje dan solat zohor
– Pukul 4.00 mandikan bb dan bagi makan bb kat opies
– Pukul 4.30 ambik ank sek agama
-5.30 sampai umah dan solat asar pastu start masak untk berbuka (pastikan ank no 2 balik dr sek)

WAKTU BERBUKA. SOLAT BERJEMAH DAN TERAWIH

Urus 7 Puteri, Malam Bertukar Jadi ‘Harimau Jadian’. Wanita Ini Akui Penat Tapi Itulah Memori Indah.

Ads

-7.20 ptg berbuka sama2 dan kemas2 dan semua sembahyang magrib dan mengaji al mulk dan al waqiah( wajib setiap mlm)
– 8.30 mlm sembahyang isyak berjemaah n solat tarawikh

HOMEWORK ANAK
– 9.30 mlm suh anak belek2 buku sek (mama bertukar jadi harimau jadian) dan minum n makan2 kuih
– 11.00 -11.30 pastikan keperluan ank esok ready dan masuk tido (lau hari biasa kul 12 tido) (ank2 kul 10)

Penat menangla penat, tapi memori ni tak kan dapat kita ulang bila anak dah bekahwin dan tiada disisi kita nanti.

Nila ruti harian kami 7 puteri.

Sumber: Nor Sha Eriani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI