Terpaksa berpisah dengan anak, pelakon jelita Uqasha Senrose tidak dapat menyembunyikan kesedihan hatinya kerana berniaga di Absolut Bazaar di Singapura.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Uqasha dilihat sebak untuk berpisah apa lagi mendengar tangisan anaknya yang mahu dikendong seolah-olah tidak mahu ditinggalkan.
Tambah Uqasha lagi, ini adalah kali pertama dia meninggalkan Uqaira buat masa yang lama. Aktres berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyerahkan anaknya dalam jagaan ibunya.
“Ibu takut tidak dapat tidur malam tanpamu anak tapi ibu kena bekerja.
“Tidak pernah berpisah dengan Uqaira. Ni (kena tinggalkan) empat hari.
“Ibu takut rindu,” luahnya sebak.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.