Kekeluargaan

Uqasha & Kamal Adli Cantik Sedondon Merah Jambu, Majlis Aqiqah & Kesyukuran Meriah!

Share

Setelah selamat menimang cahaya mata pertama pada April lalu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengadakan majlis aqiqah dan majlis kesyukuran buat buah hati mereka.

Anak pertama Kamal dan Uqasha, si comel Haura Uqaira kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.

Majlis aqiqah dan kesyukuran yang berlangsung baru-baru ini dilihat cukup ringkas namun meriah. Menerusi akaun Tik Tok, turut dikongsikan beberapa momen ketika majlis berlangsung.

Kamal dan Uqasha dilihat tampil dengan persalinan berona merah jambu, begitu juga dengan si comel Uqaira yang berada kemas di pangkuan ibunya.

Majlis keluarga itu turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira.

Apa yang menarik majlis ringkas dan tidak keterlaluan ini dihias dengan hiasan dekorasi minimalis. Kelihatan pentas utama dirias dengan belon-belon dan teddy bear dari warna putih dan kecoklatan. Memang cantik dan kemas.

Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini memuji penampilan Uqasha selepas melahirkan anak. Ibu cantik manis ini tetap kekal jelita dan ayu dengan berlitup kemas di majis ini.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Sumber: Tik Tok @uqasha.senrose0