
Sebelum anda ingin membuat keputusan untuk membuang perabot lama yang terlihat usang namun masih kukuh fizikalnya, adalah lebih baik fikirkan terlebih dahulu cara untuk upgrade perabot berkenaan.
Cara ini bukan sahaja memberi nafas baharu pada rekaan perabot tersebut malah modal yang diperlukan tidaklah tinggi.
Ini sebagai yang diinspirasikan oleh Nazia Suhaimi, dengan hanya bermodalkan RM10.50 sahaja sudah mempu merubah bentuk fizikal meja yanh asalnya terlihat kurang menarik.
Nak tahu lanjut, ikuti lerkongsiannya.
Saya nak share tutorial simple saya DIY meja buruk ni seperti meja baru.
Saya cuma guna kepingan getah vinyl ni, beli di Kedai Eco. Guna 5 keping jadi 5 x RM2.10 sahaja modalnya.
Boleh tengok gambar ya.Semoga bermanfaat
Step 1
Saya try susun dulu.Saja susun zig zag begini, kekonon untuk nampak cantik.Okay ngam-ngam je.
Step 2
Kepingan vinyl dah siap gam. Cuma tarik kertas bawah sahaja.
Step 3
Taraa..dah siap separuh. Sekarang kita buat pada part susah sikit.
Step 4
Hat ni kena ukurlah kalau tak buruk potong bersimpang siur.
Step 5
Macam biasa, buka kertas sikit baru tekan-tekan sambil tarik kertas gam bawah.
Step 6
Taraa dah siap, nampak baru.
Sumber : Nazia Suhaimi
Dekor Ruang Dapur Guna Wirenet. Ruang Sempit Nampak Lebih Kemas & Tersusun. Mudah & Berbaloi!

Nak dekor ruang dapur tapi tak banyak modal, nah admin kongsikan tip yang cukup mudah dan menjimatkan ini yang hanya menggunakan wirenet. Hasil perkongsian dari Noor Hafiza Mohamad. Cukup simple tapi banyak manfaatnya.Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ni ..
Jaring ini dipanggil WIRENET !
Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Antara kegunaannya adalah sebagai tempat susun bekas rempah, gantung sudip dan fry pan, dijadikan rak, gantung kaktus kecil, dekorasi meja belajar, organize alatulis dan banyak lagi.
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri.
Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Kedai2 lain yang boleh dapatkan WIRENET adalah:
– DAISO
– MR DIY
– KAISON
– IKEA
Selamat mendeko
Noor Hafiza Mohamad
Nak Rezeki Melimpah & Hidup Jadi Berkat, Amalkan ‘Micro Habit’ Ni. Walau Buat Sekejap Tapi Impak Besar Dalam Hidup!

Dalam sehari pelbagai perkara kita lakukan, bermula dari bangun tidur hingga malam hari, ada sahaja aktiviti yang kita buat untuk mengisi ruang masa yang ada. Pun begitu, alangkah bagusnya dalam banyak-banyak aktiviti yang dilakukan ianya dapat memberi impak hebat dan bermakna dalam hidup. Umpamanya dengan amal sesuatu itu dapat dikurniakan rezeki melimpah ruah, diberikan nikmat hidup tenang dan berkat dan banyak lagi perkara baik yang kita harapkan.
Jadi apa kata anda membiasakan tabiat ini yang hakikatnya nampak mudah dan kecil sahaja usaha yang perlu dibuat namun sebenarnya dapat memberi kesan hebat dalam kehidupan seseorang.
Inilah yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad tentang micro habit, iaitu perkara yang perlu kita jadikan kebiasaan setiap hari. Jadi apa kata anda amalkan saranannya itu dan lihat kesannya pada diri anda. Tak rugi pun mencuba, kerana kesannya lebih besar dirasai dalam hidup anda!
Buat Dalam Masa Sekejap, Impak Besar Dalam Hidup
Kita kena ada 13 micro habit yang ini. Ia kecil dari jumlah masa, namun beri impak besar dalam hidup:
1. Mengaji 1 helai Al-Quran setiap hari, jiwa akan tenang.
2. Membaca 1 helai buku setiap hari, akan dapat lebih 200 perkataan dimasukkan dalam kepala.
3. Bersenam 10 minit sehari, badan sihat.
4. Minum 8 gelas air masak sehari, badan cergas.
5. Sentiasa berfikir 1-2 saat sebelum bercakap atau menjawab soalan atau memberi idea adalah rasional.
6. Solat 5 waktu hanya 30 minit dari 24 jam sehari.
7. Menyusun checklist setiap pagi untuk siapkan kerja sepanjang hari.
8. Istighfar jika tersalah, bismillah untuk bermula dan sebut alhamdulillah apabila selesai adalah mendahulukan Allah. Ia sekitar 1 saat setiap kali menyebutnya.
9. Mengucap selawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sekitar 5-7 saat sahaja. Ia untuk tegapkan hati mendahului sifat, sikap dan cara baginda dalam melakukan sesuatu.
10. Sedekah secara transfer atau menghulurnya terus hanya sekitar kurang 10 saat sahaja.
11. Terserempak sesiapa, beri salam. Ia hanya perlu sekitar 1 saat sahaja mengucapkannya.
12. Berdoa merupakan perkara kita suka buat. Namun kita sengaja baca laju-laju. Tenang! Bacalah perlahan-lahan, biasanya hanya sekitar 2-3 minit sahaja!
13. Berwuduk hanya sekitar 1 minit sahaja kawan-kawan!
Kawan-kawan, semua perkara ini sangat sekejap. Sangat kecil dari jumlah 24 jam sehari. Kita mahu hidup kita aman, tenteram, jiwa lapang dalam diuji, namun kita tak serikan dengan habit-habit “kecil” begini.
Ia adalah cara hidup (lifestyle), kita kena biasakan. Jadikan sebagai tabiat. Hidup kita akan banyak berkat. Dilimpah dengan berbagai hadiah, rezeki dan nikmat.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad,
Buat list micro sendiri gais! Lihat mana yang tiada, tambah! Mula terus esok! Bismillah!
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Dapatkan juga promosi produk berjenama untuk anda miliki dengan klik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Datuk Seri Dr Wan Azizah Kongsi Berita Gembira “Caruman KWSP Buat Suri Rumah Dipenuhi & Bakal Dilaksanakan Minggu Depan.”

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,mengenai insentif Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bakal menggembirakan hampir 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Insentif yang bakal dilaksanakan minggu depan adalah di bawah Program Sukarela Insentif Suri (SURI). Menurut Datuk Seri Wan Azizah, SURI yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.
“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.
“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.
“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.
Dalam pada itun, pihak KWSP dan PERKESO juga bakal menjalankan kajian menyeluruh bagi memastikan pelaksaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.
“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka.
Sumber: IG drwanazizah