
Menghuni rumah yang telah berusia lebih 40 tahun atau membeli rumah subsale biasanya keadaan lantai tandas kurang selesa digunakan memandangkan jubin terlihat telah pun berubah warna dan seakan perlu sahaja diganti dengan jubin baru untuk menjadikan terlihat cantik berseri.
Pun begitu untuk menggantikan jubin tersebut, pastinya memerlukan kos yang besar. Tapi sebenarnya ada cara jimat dan pantas boleh anda lakukan. Menariknya juga ia boleh dilakukan tanpa melakukan perubahan pada lantai bilik air atau tandas tersebut, bila menggunakan salutan epoxy kalis air.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Untuk melakukan salutan cat epoxy ini tidak perlu risau, boleh sahaja ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Shahzle Sam di akaun facebooknya. Difahamkan bajet untuk melakukan diy tersebut hanya dibawah RM150 sahaja.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Epoxy Floor Coating
Anti Slip Powder
Epoxy Hardener
Tiles Cote Hardener
Total keseluruhan untuk melakukan diy ini adalah dibawah RM150. Lazada RM139.90 epoxy brand heavy duty. Boleh beli brand yang lebih bagus jika ada budget lebih.
Cara Untuk DIY Cat Lantai Tandas Epoxy Kalis Air
- Grout tiles dulu untuk tutup segala lubang celah tiles yang ada. Mix dengan air je
- Taburkan grout tiles di seluruh permukaan lantai tersebut.
- Biarkan kering dalam tempoh sehari
- Epoxy primer coating (biarkan kering dalam masa sehari). Kalau tak cukup kering tunggu lagi
- Terus cabut tape selepas sapu epoxy supaya coating tak terkopek sekali.
- Epoxy finish coating (ivory colour) + anti slip powder. Biarkan kering dalam masa sehari, kalau tak cukup kering tunggu lagi
Diharap dengan perkongsian ini, anda semua mampu untuk mengetahui cara untuk melakukan diy ini dan dijadikan sebagai inspirasi.
ARTIKEL MENARIK
“Berdiri Di Sini Setiap Tahun…”- Bukti Kesetiaan Cinta, 6 Tahun Sambut Anniversary Di Pusara Isteri!
Beto Kusyairy Dan Isteri Tunai Umrah, Rakan Artis Titip Doa & Warganet Tumpang Gembira!
8 Jam Kena Sidai Di KLIA Buat Lelaki Ni Berang. Ramai Setuju & Sokong Dengan Tindakannya!
Sumber : Shahzle Sam via Tukang Apa Hari Ini
“Hidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3, Mampu Habiskan Larian Jarak 42km.” Sungguh Berinspirasi Kisah Lelaki Ni!

Kisah yang cukup berinspirasi, inilah antara contoh pejuang kanser yang bangkit dan terus bersemangat biarpun di dalam diri membawa bersama penyakit yang cukup digeruni. Namun itu tidak mematahkan semangat lelaki ini untuk positif dan berusaha setiap hari melawan penyakit tersebut.
Perkongsian saudara Asuri Asri Yusof ini patut dijadikan sumber inspirasi buat semua. Satu luahan yang cukup menyentuh hati. Siapa sangka 9 bulan lepas, dia terlantar sakit di rumah sambil menahan sakit kesan daripada rawatan chemoteraphy. Kesan rawatan tersebut, dia juga sukar untuk menelan makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan rawatan radiotheraphy.
Namun, mengambil semangat arwah abangnya yang juga merupakan cancer fighter, Asuri membuktikan dia berjaya menghabiskan larian marathon sejauh 42km.
CANCER FIGHTER TO MARATHON FINISHER’
Ini kisah aku..
Siapa sangka 9 bulan lepas aku masih lagi terlantar di ruang tamu rumah mak sambil menghitung saki baki hari sambil menangis hampir setiap malam menahan sakit kesan rawatan chemotheraphy (3 cycles) dan radiotheraphy (35 sesi).
Bayangkan sakitnya rawatan aku sampaikan aku tak mampu menelan sebarang makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan radiotheraphy.
Aku hanya bergantung kepada tube di hidung utk minum selama lebih 2 bulan tanpa boleh makan langsung.
Berat aku drop mendadak lebih dari 11kg sehingga ditahan di wad HKL. Membuatkan aku menghargai nikmat setiap makanan.
Aku bersyukur aku masih ada keluarga, isteri, anak dan rakan2 rapat yg sentiasa memberi semangat utk aku teruskan lawan sakit ini.
KEPUTUSAN GILA
Sekitar bulan January semasa menunggu follow up dengan ENT Hospital Ampang, aku ambil satu keputusan mendaftar secara online acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM) untuk menebus balik hutang tahun lepas yang mana aku dah register. Tetapi terpaksa batalkan sebab baru lepas operation di leher tanpa mengetahui yang aku boleh sempat recover dalam tempoh itu.
Dan ini juga merupakan jarak yang belum pernah aku lari seumur hidup aku (Full Marathon 42km). Paling jauh aku pernah lari ialah 30km dan itupun 2 tahun lepas. Pada mulanya tiada siapa yang tahu keputusan aku daftar termasuk isteri dan rakan. Tapi aku beritahu isteri dan beliau bagi sokongan padaku untuk berlatih hanya jika keadaan badan betul2 pulih..
Dan sepanjang tempoh itu aku memang tak boleh berlatih langsung akibat side effect lepas treatment yang mana deria rasa aku tak ada langsung selama hampir 6 bulan..membuatkan aku lemah serta pemakanan tidak konsisten. Dan yang paling teruk ialah mulut aku tak mampu hasilkan sebarang air liur akibat kelenjar air liur yang dah rosak semasa rawatan radiotheraphy menyebabkan mulut aku sentiasa kering dan membuatkan aku terpaksa jauhi dari sebarang aktiviti sukan.
Sehinggalah 2 bulan lepas aku betul mula berlari sikit- sikit berbekalkan botol air di tangan untuk elakkan mulut kering. Seminggu dalam 3 kali aktiviti dengan jarakk 2-3km per sesi. Kemudian aku tambah jarak ke 6km setiap sesi dengan pace 8:30-9:00min perkm.
Dan sebulan sebelum event KLSCM, jerebu teruk melanda negara membuatkan aku terpaksa berhenti melakukan segala aktiviti luar rumah sambil mengharap yang KLSCM tidak dibatalkan seperti kes pada SCKLM 2015 (nama waktu dulu) dibatalkan akibat jerebu. Lebih-lebih lagi bagi aku yang sering menghidap masalah respiratori, serta sejarah aku sebagai pesakit Kanser Pangkal Hidung membuatkan aku pilih untuk tidak mahu ambil risiko.
Jadi aku pilih untuk buat aktiviti ringan seperti pumping, squating dan planking untuk kekalkan kecergasan. Dan seminggu sebelum event aku memberitahu rakan rapat dalam dunia larian yang aku nak buat ‘Virgin Full Marathon’ di event marathon terbesar di Malaysia ini. Tanpa sebarang aktiviti larian selama hampir 2 tahun membuatkan aku nervous untuk acara jarak 42km yang mana sesetengah pelari-pelari aktif pun gerun dengan jarak sejauh itu.
Tetapi aku sangat bersyukur rakan larian Ajez, Najmi, Arip, Sadiq dan Acan bagi full support pada aku sehinggakan Ajez dan Arip sanggup pilih untuk abaikan event kali ini demi teman aku habiskan distance acara ni.
And the rest is history.
Siapa sangka target pada mulanya hanyalah untuk habis dalam 6jam 30minit.. tetapi dengan sokongan rakan dan isteri aku mampu habiskan jarak larian dalam tempoh 5jam 47minit walaupun baki 12km tu aku banyak berjalan daripada berlari akibat cramp teruk di seluruh otot kedua belah kaki.
Aku tamatkan larian dengan air mata sebak kerana aku tak sangka pada saat aku di diagnos dengan Kanser Pangkal Hidung tahap 3 pada awal 2018, aku tak jangka langsung aku mampu habiskan larian jarak 42km yang mana waktu sihat dulu pun tak pernah terfikir untuk buat.
Terima kasih pada rakan-rakan, ahli group NPC dan ahli keluarga saudara mara yang sentiasa beri sokongan dari awal pada saat tempoh gelap untuk aku bangun dan lawan penyakit ni.
Aku ambil semangat arwah abang aku Mohd Ashraf Yusof yang juga merupakan seorang Cancer Fighter. October ni genap 8 tahun beliau tinggalkan kami. Kami berkongsi minat yang sama dalam larian sejak sekolah menengah lagi.
Aku doakan setiap orang apa jua penyakit yang masih dalam tempoh rawatan dan yang sudah habiskan rawatan tetap cekal dan positif untuk tempuh ujian yang dah ditetapkan untuk kita. Pentingnya sokongan orang sekeliling untuk kita terus lawan dan lawan. Semoga aku pun sentiasa diberikan peluang untuk merasai nikmat kesihatan ni supaya aku boleh teruskan bagi inspirasi pada kawan- kawan yang lain.
InsyaaAllah.
ASRI YUSOF
Cancer Fighter
Nasopharygeal Carcinoma (NPC)
#fightcancer
#beatyesterday
#npc
#klscm2019
Kredit photo:
Abg FizSaid
Syahiran Sukardi
Safawi Zainal
Sumber : Asuri Asri Yusof
15 Syarat Kelayakan Ketat Untuk Jadi Pramugari

Kerjaya sebagai seorang pramugari adalah antara kerjaya moden yang diimpikan oleh ramai gadis. Siapa yang tidak mahu kerjaya glamor yang memerlukan anda mengembara ke seluruh dunia dengan pesawat moden, gaji lumayan serta berpeluang bertemu ramai orang?
Pun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu banyak syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan untuk menjadi pramugara ataupun pramugari. Tidak semua orang berpeluang menyandang jawatan ini sewenang-wenangnya.
Berikut adalah 15 syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan untuk pramugara dan pramugari yang dipetik daripada portal Era Baru. Bagi anda yang impikan kerjaya pramugari, jom kita lihat antara syarat-syaratnya.
1) Memiliki sepasang kaki yang cantik
Di China, latihan untuk menjadi seorang pramugari menjadi semakin sukar disebabkan oleh lambakan pramugari yang layak. Jadi, pihak penerbangan telah menetapkan syarat kelayakan yang semakin ketat dan pelik setiap tahun.
Contohnya, pramugari mesti mampu untuk berdiri dengan botol diletakkan di atas kepala mereka sambil mengepit sehelai kertas di antara lutut.
2) Latihan kung fu
Bukan semua penumpang kapal terbang mampu mempamerkan tingkah laku yang baik dan sopan. Selain itu, kemungkinan untuk berlaku sebarang jenis jenayah di atas pesawat adalah tinggi.
Justeru, Hong Kong Airlines telah mewajibkan pramugari untuk menghadiri kelas kung fu dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pertahanan diri.
3) Tiada bulu hidung atau bulu ketiak
American Airlines mewajibkan pramugarinya untuk menjalankan tugas setelah segala bulu ketiak, hidung dan juga telinga mereka dibuang.
4. FIT!
Kebanyakan syarikat penerbangan tidak meletakkan had umur sebagai syarat untuk melantik seseorang pramugari. Akan tetapi, Delta Air Lines telah meletakkan had umur sehingga 25 tahun sahaja untuk menjawat tugas sebagai pramugari.
5) Saiz pinggul yang sesuai
Syarikat penerbangan Perancis telah menentukan para pramugari untuk memiliki saiz pinggul yang tidak melebihi 39 inci (100cm).
6) Berat badan
Bagi Czech Airlines, bentuk badan yang sempurna bukan antara syarat kelayakan untuk menjadi seorang pramugari. Asalkan berat badan individu tersebut seimbang dengan ketinggiannya mengikut indeks jisim badan (BMI), ia sudah cukup memadai.
Artikel Berkaitan
7) Ketinggian
Secara purata, seseorang pramugari perlu memiliki ketinggian daripada 158sm sehingga 188sm.
8) Pramugari tidak boleh berkahwin
Sebagai contoh, Jet Airways hanya mengambil pramugari yang bujang sahaja. Tetapi syarat ini hanya ditetapkan kepada pekerja yang kurang berpengalaman. Bagi pramugari yang sudah berpengalaman, mereka dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga.
9) Kuku yang pendek
Bagi sesetengah penerbangan, memiliki kuku yang panjang adalah diharamkan! Misalnya, Hawaiian Airlines telah menetapkan panjang kuku maksimum adalah 3mm sahaja.
10) Tiada sebarang tanda lahir yang jelas kelihatan pada wajah
Tidak semua penerbangan menetapkan syarat sebegini kepada pramugarinya. Ini mungkin salah satu syarat untuk mendapatkan jawatan sebagai pramugari di sesetengah penerbangan.
11) Kekuatan
Salah satu tugas pramugari adalah untuk membantu penumpang menyimpan beg mereka di bahagian siling atau ruang penyimpanan barang di bahagian atas. Justeru, pramugari haruslah memiliki kekuatan untuk mengangkat beg bagasi penumpang yang berat.
Syarikat penerbangan New Zealand telah meletakkan kriteria kepada pramugari untuk mengangkat berat sebanyak 10kg sehingga ke ketinggian 5 kaki 7 inci tanpa perlu menjengketkan kaki mereka.
12) Mempunyai kemahiran untuk hidup di dalam hutan
Andai kata pesawat terpaksa mendarat di kawasan hutan, syarikat penerbangan Brazil telah melaksanakan kursus ketahanan hutan khas kepada para pekerjanya.
Mesti Baca :
13) Tiada tatu dan subang
Kebanyakan penerbangan sememangnya tidak menggalakkan kru penerbangan untuk mempunyai tatu atau subang pada tubuh mereka.
14) Memiliki rambut yang pendek
Pramugari perlu sentiasa kelihatan kemas dengan berambut pendek agar tidak mengganggu kelancaran tugas mereka. Sebagai contoh, British Airways meletakkan syarat kepada para pramugari supaya tidak mempunyai rambut yang melebihi paras bahu.
15) Mahir berenang
Semua syarikat penerbangan mewajibkan pramugari mereka untuk memiliki kemahiran berenang. Bagi penerbangan Ryanair misalnya, pramugari perlulah mampu berenang sekurang-kurangnya pada kedalaman 20 meter manakala bagi pramugari British Airways, 50 meter.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Jangan Risau Sayang. Rezeki Allah Tu Pasti Ada.” Beli Keperluan Anak Sakit Hasil Jualan Barang, Ibu Ni Terharu Ramai Prihatin

Kasih ibu sepanjang hayat, andai boleh ditukar tempat, pasti si ibu sanggup menanggung kesakitan yang di alami anak. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa yang mampu menduga. Anak yang dikandung lebih 9 bulan diharap membesar sempurna seperti insan lain, tetapi menderita sakit. Lebih memilukan bila anak kecil ini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin.
Kisah adik Harith dikongsi oleh ibunya Qaseh Aisy menerusi laman facebook semalam cukup menyentuh hati.
Rezeki Allah
Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan harith dengan usha mama sendiri…tapi maafkan mama xkesemua mesin harith hargnya ratus2
Suction mesin 8bijik dah meletup😭😭
Mesin infusion pump dah yg kedua….😫😫
Semuanya harga ribu2..sapa cakap semuanya mudah untuk mama telan sorang…tapi mama masih xmampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk harith…xpe jangan esau tau syg...insyallah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau.
Mama akan usaha…
Jangan tanya kenapa xmintak bantuan kerusi roda…mintak dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak….jangan ditanya jkm kami mmg xlayak..hanya zakat shaja kami dapat rm300 sebulan…
mama jenis bukan suka meminta2 untuk keperluan harith selagi mama mampu usha untuk anak2 mama insyallah mama yakin Allah pasti akan bantu…
Skrg harith duduk atas sofa dulu ea syg nanti mama ada duit yg cukup untuk harith mama akan belikan untuk harith….mama syg harith dunia akhirat mama….syg mama xkan pernah abis untuk harith…
#harith anak syurga mama…
#harith segalanya untuk mama…
#harith yg terindah untuk mama…
Dalam perkongsian terbaru, Qaseh Aisy menafikan apa yang dikongsikan itu sekadar ingin meraih sumbangan orang ramai.
Bukan nak raih simpati
Berkaitan post berkaitan abg semalam Allah mama betul2 terkejut…post tu bukn bertujuan untuk meraih simpati sesiapa atau untuk membuka dana untuk membeli keperluan harith…mama boleh usaha dengan kudrat mama sendiri…mama yakin kerana Allah…tapi Allah lebih mengetahui segalanya….
Jual barang demi anak
Allah telah menghantar semua rakyat malaysia yg prihatin yg xputus2 msg mama untuk beli segala barang2 jualan mama….mama sangt2 terharu Allah luasnya rezeki abg….saya mintak maaf ada no mintak no akaun tapi sya xsiarkan sebab sya bukan meminta sumbangan apa3 mama hanya menjual barangan segalanya untuk harith…ya Allah yg baik semuanya datang dari Allah….yg negetive sila nyah jauh2 mama hanya ada masa untuk menjaga harith shaja….
Terima kasih yang prihatin
Terima kasih Allah semua yg xputus2 sehingga skrg masih wtssp mssger untuk beli barang jualan mama…syukur ya Allah…terima kasih semua yg prihatin….terima kasih semua yg ada bagi sumbangan xkira dari membeli atau dari keperluan harith….mama lia terima kasih atas semua….terima kasih yg prihatin….terima kasih semua yg baik hati budiman…semoga Allah sahaja membalas jsa kalian….
#anaksyurga mama
#harithsegalanya bagi mama
#terima kasih semua care tentang harith…