Jika sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan membawa isterinya ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Namun tahun ini, pasangan ini sekali lagi ke sana. Namun lebih manis lagi bila mana kali ini mereka ditemani buah hati kesayangan pasangan ini, Muhammad Luth Ali.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Saharul menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar comel si kecil memakai kain ihram ketika berada di Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul berkongsi gambar anaknya itu ketika mereka selesai menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama.
“Alhamdulillah, dah selesai umrah,” tulisnya.
Rata-rata netizen memuji akan kecomelan Ali dan kagum dengannya kerana dapat mengerjakan umrah dalam usia yang masih kecil.
Terbaru, pelakon tersebut ada memuat naik gambar mereka bertiga dengan kapsyen yang ringkas namun mencuit hati netizen.
2018. Bertiga depan Kaabah. Mintak2 lagi sekali datang berempat dah dengan anak perempuan. Aminnn,” ujar Saharul.
Doa yang dipohon Saharul itu mendapat reaksi peminatnya. Masing-masing turut mengaminkan doa tersebut.
Di dalam banyak-banyak komen tersebut, ada yang bertanyakan sama ada Deena kini sedang berbadan dua.
Sumber: IG saharulridzwan