Bukan calang-calang. Hasrat anak kecil, Alisha Aisyah, anak kepada pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen untuk bertemu idolanya, pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia ditunaikan bapanya.
Menerusi media social, Hairul memuat naik beberapa video pertemuan anak perempuannya itu bersama Lee Zii Jia.
Hairul pada awalnya berkongsi momen Alisa yang menangis sebak kerana pemain handalan itu telah pun pulang dan tidak sempat bertemu dengannya.
Sedih dengan situasi itu, Alisa mula menangis dan memberitahu untuk bertemu dengan Lee Zii Jia.
Namun apa yang mengejutkan, Zii Jia dilihat membuat kejutan berkunjung ke rumah pelakon itu dan menegur anak pelakon tersebut yang dilihat sedang duduk bersama ibunya, pelakon Hanis Zalikha.
Tidak hanya bertemu dan beramah mesra, Zii Jia juga dilihat sempat melayan Alisa untuk bermain badminton bersama.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kehadiran Zii Jia ke rumah Hairul untuk bertemu dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu.
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Ya Allah, kuatkan aku.” 3 Minggu Koma Akibat Kemalangan, Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia. Al-Fatihah!
Selepas tiga minggu berada dalam keadaan koma, anak kepada penyanyi era-80an Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospitala Selayang.
Berita pilu tersebut dikongsi Azian yang juga bekas bintang Gegar Vaganza musim kedua, menerusi laman instagramnya.
Assalamualaikum semua..
Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman.
Ya Allah..kuatkan aku.
View this post on InstagramA post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan tersebut Mohamad Aqil mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan.
Sebelum ini suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain menulis di Facebooknya memaklumkan anaknya dalam keadaan koma bagi memulihkan hati dan limpanya selepas dibius sejak dimasukkan ke hospital.Beliau turut meminta sahabat handai dan orang ramai supaya mendoakan Mohammad Aqil Zulkarnain dan memohon maaf seandainya anak mereka pernah melakukan kesalahan terhadap sesiapa.
Lebih menghibakan, Aqil Zulkarnain baru sahaja menimang cahaya mata lelaki sebelum mengalami kemalangan jalan raya itu. Selain Aqil, pasangan ini memiliki enam lagi anak pasangan itu ialah Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
Suami Isteri Kena Tahu Rahsia Kekuatan Cium Tangan & Cium Kening.
Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit dan manis. Nak bahagia ada petua atau rahsia sebagai kunci rumah tangga bahagia.
Salah satunya adalah amalan mencium kening dan tangan pasangan. Amalkan ini supaya hubungan kalian sentiasa dalam fasa yang terbaik.
Ikuti perkongsian ini.
Tahukah Anda…
Kenapa lelaki mesti mencium kening isteri & isteri mesti mencium tangan suaminya?
Bahawa semangat & ketenangan lelaki itu terletak pada kening isterinya. Lalu sumber ketenangan & kekuatan perempuan itu ada pada tangan suaminya.
Mengucup kening isteri atau mencium tangan suami, hakikatnya sebuah simbol dr satu hal paling mahal dlm hubungan suami isteri.
“Apa itu?”
“Saling percaya”.
Jangan menilai bahwa yang mendorong suami mengucup kening isterinya itu kerana berahi.
Seorang suami mengucup kening isteri adalah cara dirinya mendapat ketenangan. Dan perempuan mencium tangan lelaki bukan semata tentang siapa yang lebih tinggi derajatnya, tapi itu adalah tanda bahwa keikhlasan yang menuntunnya. Kerana perempuan juga tahu, di tangan suaminya ada redha Allah.
Kenapa mesti kening atau tangan?
Kening perempuan adalah sumber ketenangan & semangat bagi suami, karena kening adalah saksi dari ketaatan pada Allah.Keninglah, perantaraan tunduk makhluk pada Penciptanya.
Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahwa Allah adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.
Keninglah yang bersujud.
Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahwa tiada yang lebih tinggi daripada Allah.
Padahal kening adalah bagian tubuh kita yang paling tinggi.
Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan.
Maka tak heran jika suami akan merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya. Lalu, apakah sama kondisinya dengan tangan suami yang dicium isteri?
Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai & disayanginya.
Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Allah menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya & tak mengambil yang bukan haknya.
Tangan suami adalah kekuatan untuk berlindung, ya Allah jaga lah suami dari rezeki yang Haram. Dan untuk selalu sayang pada ku atas Robb nya.
Kredit: Ana Sya
“Dah Lah Tu Along. Mama Dah Takda. Abah Tahu Tak Pandai Masak, kena Belajar. ” Sebak Baca Luahan Lelaki Ini!
Bukan mudah menerima hakikat orang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Nak nak lagi bila pemergian tersebut berlaku secara mendadak.
Sukar diungkapkan perasaan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Apa lagi jika melihat wajah-wajah si kecil yang ditinggalkan. Perit rasanya namun hidup perlu diterukan.
Benarlah kata orang, Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Demikian kisah seorang ayah yang didedahkan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Abah tak pandai masak”
Budak ni datang ke klinik dengan abahnya, mengadu sakit perut dan cirit birit. Budak ni salahkan masakan abah dia. Aku pun periksalah budak tu, sambil-sambil berborak dengan budak tu.
“Siapa yang pandai masak?” soal aku.
“Mama. Mama pandai masak. Mama masak, kita tak sakit perut pun. Hari-hari kita makan sedap,” jawab budak tu. Petah bukan main. Umurnya sekitar 5-6 tahun.
Masa aku periksa perut dia, aku perasan di pinggang hingga ke perut ada jangkitan kulat, ada bekas garu, luka-luka. Setelah itu aku lihat kukunya sedikit panjang dan hitam dibawahnya. Aku pun tanya abahnya.
“Abah, dah lama ke dia gatal-gatal ni?”
Abah dia kelihatan blur.
“Abah tak perasan eh? Ni, tengok ni. Ada panau ni. Banyak juga ni,” beritahu aku.
Abah budak tu pun, bangun dari kerusi dan mencangkung di sebelah anaknya yang sedang duduk di kerusi. Dia lihat perut anaknya.
“Kuku dia pun panjang. Kotor dah tu. Mungkin sebab tu dia sakit perut,” sambung aku lagi, dan ketika itu aku perasan kuku budak tu ada bekas digigit.
Si Abah ambil tangan anaknya dan lihat dan kemudian dia angguk-angguk.
“Jangan gigit kuku tau. Tak elok,” nasihat aku pada budak tu.
“Dulu Mama yang selalu potongkan. Mama— ”
“Along! Please. Dah dah lah tu!” tegas si abah menyeka kata-kata anaknya tu lalu berdiri.
Aku yang sedang duduk di kerusi aku pun menengadah muka dan lihat pada si Abah. Tengah elok dia lihat anaknya, kenapa tiba-tiba dia kata begitu? Aku lihat dia lihat pada anaknya. Di wajahnya terpamer wajah seorang ayah yang hampa.
“Mama dah tak ada… dan abah tahu… abah tak pandai masak. Abah kena belajar,” dia berhenti seketika, aku kira menyeka air mata, kemudian dia sambung “tapi along pun kena belajar. Belajar hidup tanpa Mama.”
“I’m sorry… “ gumam budak tu.
Budak tu bangun dari kerusi, lalu abahnya tunduk dan peluk budak tu sebelum didukungnya rapat ke di dada. Aku dengar budak tu mula menangis tersedu.
“I love you too.” Aku dengar suara si abah kata begitu, mungkin membalas apa yang dibisik oleh anaknya ke telinga.
Sebak pula. Aku baru je periksa isteri dia dua minggu lepas. Datang sebab pening kepala. Masa tu dia tanya pasal ubat kurus. Aku cakap tak payahlah ambil.
“Sorry doktor…” kata si Abah tadi lalu bercerita berkenaan isterinya.
Rupanya masa datang jumpa aku tu isterinya dah ambil pun ubat kurus. Lepas aku tegah tu, isterinya masih ambil lagi. Tiba-tiba satu hari tu rebah masa memasak. Bawa hospital, tapi tak dapat diselamatkan. Doktor kata serangan jantung.
Ada sesetengah pil kurus ada bahan terlarang, dan bahan tersebut boleh akibatkan serangan jantung, sudden cardiac arrest. Namun, aku tak tahulah dalam kes ni berkaitan atau tak.
Apapun, baik elakkan.
Sebenarnya masa lelaki itu bercerita, aku cuba meletakkan diri aku pada situasi dia. Aku dapat bayangkan aku pun akan terkapai-kapai. Hilang arah.
Entah bila kali terakhir aku periksa kuku anak aku. Potong kuku anak mungkin tak pernah. Bila kali terakhir aku mandikan anak aku? Aku tak ingat.
Kalau isteri aku suruh aku pakaikan baju untuk anak aku yang umur 5 tahun tu, mesti aku ambil baju dan hulur pada anak dan suruh dia pakai sendiri.
Kalau tanya aku, kulit anak aku ada jangkitan kulat ke, ruam ke, parut ke, pasti aku pun tak tahu/perasan. Entah bersih tak jika aku yang jaga kebersihan anak aku.
Suruh masak sedap setiap hari? Entahlah…
Tak usah nafi. Lelaki ni tak pandai urus benda rumit sebegini. Perempuan sahaja punya ketelitian dan kesabaran untuk lakukan tugas begitu. Sebab itu lelaki perlukan perempuan dalam hidupnya.
Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Oleh itu, para isteri kena jaga kesihatan baik-baik. Tak perlu buat sesuatu yang mudaratkan kesihatan. Lagipun, kesihatan keluarga biasanya isteri yang uruskan. Suami tak pernah tahu pun dos ubat deman untuk anak.
Para suami, jika isteri minta tolong cuci pinggan, letak baju kotor dalam bakul, buang sampah di luar, siram mangkuk tandas, maka buatlah dengan hati tenang. Sebab, suatu hari nanti bila kalian terpaksa buat benda tu tanpa disuruh, tak mungkin kau boleh buat dengan hati tenang.
Kita pun akan jadi macam abah tadi jika tak sedia. Maka, bersedialah. Aku, kau, kita, semua lelaki kena bersedia.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lelaki/Suami/Ayah.
Nota: setiap pesakit bawa pengajaran hidup buat aku, dan aku akan sentiasa kongsi dengan kalian yang follow. Sama-sama memperingati.