Bila seorang isteri itu tidak bekerja, pelbagai persepsi yang diberikan kepadanya termasuk suami terkena tempiasnya. Jika sekali aje pertanyaan diajukan tiada masalah. Tapi kalau yang jenis suka bertanya pelbagai soalan, boleh jadi geram juga dibuatnya. Antaranya, “Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.”

Perkongsian isteri ini Suaidah Zakuan di laman facebooknya dengan jawapan yang sungguh deep! Nyata setiap manusia jangan perlekehkan atau mempersoalkan seseorang wanita itu kerja atau tidak. Semua itu sudah tertulis buatnya.

“Untunglah Tak Kerja Sebab Suami Awak Gaji Besar.” Jawapan Ibu Ini Sungguh Deep!

Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.

Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awal perihal kewangan keluarga saya.

Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 3K sebulan.

Ads

Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.

Ada hamba Allah berkata; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.

Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan.

Ads

Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.

Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit.

Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.

Ads

Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.

Sayangku bermulut bawang; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.

Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku.

Hati-hati bila berbicara
Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.

sumber: Suaidah Zakuan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI