Sudah menjadi harapan para peniaga, kalau berjualan biarlah laku. Habis semua yang dijual dan dapat untung yang lumayan, kadang-kadang ada juga yang mengimpikan asal pulang modal pun dah cukup bagus asalkan setiap jualan habis terutamanya makanan.
Kadang-kadang bakat berniaga sejak dari kecil dah boleh nampak. Asalkan ada minat dan tak segan nak mempromosikan barang jualan pasti akan ada pelanggan yang mahu. Begitulah kisahnya dengan seorang murid tahun 6 apabila soft cookies yang dijualnya di sekolah laku ‘teruk’ dan boleh menjana keuntungan sehingga RM300 sehari!
Mungkin bukan rezeki, murid itu terpaksa menghentikan bisnesnya kerana telah ditegur oleh ketua pengawas yang mahu melaporkan hal itu kepada guru disiplin. Hal ini dikongsikan oleh ibu murid tersebut melalui akaun Facebook Huspalita Hussain Arif.
Di dalam hantaran tersebut Pn Huspalita berkongsi tentang cerita anak perempuannya yang berumur 12 tahun telah berjaya meraih RM300 sehari hasil jualan soft cookies namun terpaksa dihentikan kerana anaknya telah ditegur oleh ketua pengawas yang merupakan rakan sekelasnya.
“Sehari anak dara menjuai kat sekolah dia dekat RM300 😅 Amazingly, bawa la soft cookies banyak macam mana pun habis setiap hari. Duit tally dengan soft cookies yang di bawa walau dia asyik ulang dia tak pandai kira, tak pandai berniaga.
Sesungguhnya terkejut dengan apa yang dia boleh buat sebab Si Hessa ni pemalu sangat kalau suruh meniaga. Syabas betey!..”
Ads
Ketika artikel ini dikeluarkan, anak Pn Huspalita sudah tidak berniaga lagi. Menurut ibu ini, anaknya tidak patah semangat dan masih mencari jalan terbaik untuk meneruskan bisnesnya itu.
“Next week dia kata nak stop sebab ketua pengawas yang 1 kelas dengan dia dah sound dia. KP nak report kat cikgu 🤣 Mana la KP tak marah, budak-budak sampai beratur kat luar kelas nak beli soft cookies Hessa. Tapi Hessa kata ada cikgu yang beli soft cookies daripada dia.
Lepas dia kata nak stop, dia mai tukaq fikiran. “Boleh ka bawa sikit² ke sekolah? Rugi pulak kalau tak meniaga.” Sebab meniaga semua orang kenal dia. Dia kata dia happy – Dasar gila glamer 🤣..”
Menurut perkongsian Pn Huspalita, anaknya terpaksa berhenti menjual kerana terlalu ramai murid yang mahu membeli sehingga penuh satu kelas mereka beratur. Itulah punca Ketua Pengawas menegurnya dan meminta untuk berhenti berniaga atau dia terpaksa melaporkan kepada guru.
Ads
Pengalaman berniaga itu membuatkan anaknya teruja dan semakin seronok biarpun sebenarnya dia seorang yang pemalu.
“Baru hang tau meniaga tu syok. Cuma tu la, bukan semua orang boleh. Muka kena tebai macam mak hang dulu meniaga kerepek ubi basah kat sekolah sorok-sorok. Juai sepeket 2 kupang. Sapa tak bayaq aku ligan berhari-hari suruh bayaq. Kira Hessa lagi hebat la, tak ada yang berhutang dengan dia 🤭..”
Rupa-rupanya minat berniaga ‘turun’ dari ibunya yang juga pernah menjalankan bisnes ketika bersekolah dahulu. Ketika ditanya orang ramai tentang harga soft cookies yang dijual, Pn Huspalita memberitahu biskut itu dijual dengan harga RM4 untuk murid sekolah semasa anaknya berniaga dahulu berbeza dengan harga RM5 jika dibeli dari kedainya.
Ads
Baguslah pandai berniaga, semoga anak perempuan Pn Huspalita akan sukses di masa hadapan!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Lasagna mungkin sedikit ‘renyah’ bagi anda yang pertama kali mencuba menu istimewa dari Itali ini. Namun, sebenarnya ia cukup mudah disediakan. Apa kata untuk minum petang hari ini, anda pikat selera keluarga dengan lasagna Selamat mencuba!
Bahan-bahan
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping cheese keping
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Inti Daging
Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter.
2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun slice cheese ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali tabur grated Mozzarella kat lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur siram di atas roti.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit :
resepi : Blog zonewanita (Mimie Ali)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mempelbagaikan menu berasaskan roti untuk dihidang sebagai menu istimewa buat keluarga, apa kata mencuba menu ini.
Menariknya juga menu ini terletak pada cara memasaknya. Roti perlu digoreng kemudian dibakar dengan bahan-bahan yang lainnya sekali gus memberi rasa yang sedap dan menyelerakan.
Roti goreng bakar bersama ayam dan cheese!
Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang! Mudah sangat ni, tunggu apa lgi? Buat ler..
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging slice
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih saya cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
Garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Goreng roti yang disalut telor dahulu, kemudian letak roti yang telah siap digoreng ke dalam bekas satu persatu hingga penuh.
Kemudian letakkan separuh daging atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese dan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
Ulangi proses ni dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan taburan cheese.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir.Bakar dengan api sederhana selama 30 minit atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
-Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Sumber : Viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa nak buat puding, ibu-ibu pasti guna roti biasa kan. Apa kata kali ini ubah sikit selera. Kita cuba resipi viral yang menggunakan roti pandan gardenia.
Simple je caranya dan tak banyak beza dengan resipi biasa kita buat sebelum ini. Tetapi yang ini, sedapnya lain macam. Bau wangi pandan pasti menambat selera sekeluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Suzy Love Baking
Puding roti pandan kelapa Gardenia bersama sos custard untuk minum petang 🥰
Selalu buat roti putih. Kali ni guna roti Gardenia pandan kelapa 😋
Resepi
10 keping roti pandan kelapa Gardenia
2 biji telur gred A *
2 -3 sudu besar gula *
2 1/2 cawan susu segar/full cream*
Esen vanila 1 sudu kecil*
1/4 sudu kecil pandan paste *
Kismis
Kacang almond-option
Cara membuat:
-potong 4 setiap roti .susun roti dalam loyang
-campur semua bahan bertanda *
-tuang keatas susunan roti sehingga roti terendam
-taburkan kismis dan hirisan kacang almond
-bakar 180 selama 40 minit api atas bawah..kemudian api atas shj sebentar Untuk garing kan Bhg atas.
Cara membuat Sos kastard
1 cawan susu segar/fullcream
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit pandan paste
Campur kan semua bahan dan kacau sehingga pekat diatas api sederhana..
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.